Platform Institusi Latihan

Memperkasa Pelaksanaan Institusi Latihan TVET

JPK diberi tanggungjawab bagi menyelaras dan mengurus pembangunan kemahiran di Malaysia di dalam mengrealisasikan hasrat kerajaan bagi mencapai 35% tenaga mahir negara.

Melalui Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET, sehingga kini negara telah mencapai 25% tenaga kerja mahir di Malaysia dan ia dikategorikan sebagai rendah dan tidak mencukupi. Bekalan tenaga kerja mahir yang tidak cukup menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada tenaga kerja dari negara luar, sedangkan untuk menjadi negara maju, graduan TVET perlu seiring dengan golongan profesional.

Sehingga kini, JPK mempunyai lebih 1,200 Pusat Bertauliah(PB) yang merangkumi hampir 5,000 program yang aktif menjalankan program-program latihan kemahiran. Maklumat terkini senarai Institusi Latihan Kemahiran boleh dilihat melalui pautan berikut:

Pusat Bertauliah JPK

Pusat Bertauliah (PB) bererti penyedia latihan kemahiran, samada institusi latihan atau tempat kerja (workplace) yang telah diluluskan oleh JPK untk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan standard NOSS.

Permohonan bagi melaksanakan program latihan kemahiran menerusi SPKM boleh dilakukan melalui MySPIKE dan melalui proses dan prosedur berikut: Manual Permohonan PB Baru

Bermula tahun 2017, pelaksanaan SPKM yang merangkumi Modul Pentauliahan, Modul Pendaftaran, Penilaian & Persijilan disokong sepenuhnya oleh sistem MySPIKE. Berikut adalah modul yang terdapat di MySPIKE.

Modul Pentauliahan

  • Permohonan personel
  • Permohonan PB baharu
  • Permohonan pembaharuan pentauliahan PB
  • Permohonan program baharu/ tambah program
  • Permohonan pembaharuan pentauliahan program
  • Permohonan penambahan premis luar
  • Permohonan penambahan peralatan
  • Modul Pendaftaran, Penilaian dan Persijilan

  • Pendaftaran Pelatih
  • Pengesahan Kewangan
  • Penilaian Oleh PP
  • Pengesahan Oleh PPD
  • Verifikasi PPL
  • Pengesahan Senat & JPP
  • Ulang Nilai

  • Panduan menggunakan sistem boleh diperolehi melalui laman MySPIKE di bahagian Panduan Pengguna.

    Kepentingan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) kepada institusi latihan kemahiran

    Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Skills Standard (NOSS) adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

    Ciri-ciri utama NOSS

    • Berasaskan keperluan pekerjaan.
    • Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
    • Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

    Kepentingan NOSS kepada institusi latihan kemahiran

    • Pembangunan kurikulum latihan yang tepat dan memenuhi kehendak industri
    • Pusat latihan boleh merekabentuk program latihan sepenuh masa atau customised sejajar dengan keperluan industri
    • Memahami dengan lebih jelas terhadap kemahiran yang diperlukan oleh industri
    • Asas menilai keperluan latihan semula pengajar bagi memenuhi kehendak industri semasa
    • Nasihat kerjaya yang tepat boleh diberi dengan efektif kepada pelatih

    Senarai NOSS dan Competency Profile yang berkaitan boleh dilihat melalui pautan berikut. Senarai NOSS.