Dasar Privasi

Dasar Privasi Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MySPIKE)

Dasar Privasi

Privasi anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi yang dikumpul semasa pengunjung melayari aplikasi ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui emel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi di dalam aplikasi ini. Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran

Data Peribadi yang biasanya dikumpul adalah seperti berikut:

  • Nama
  • No Kad Pengenalan
  • Kod Pusat
  • Tarikh Lahir
  • Emel
  • No Telefon Pejabat
  • No Telefon Bimbit
  • Jantina
  • Status OKU
  • Agama
  • Kaum
  • Status Perkahwinan
  • Alamat
  • Pindaan Dasar

    Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.