Platform Pensyarah

Pengenalan

Platform Pensyarah ini disediakan bertujuan untuk menjadi pusat rujukan kepada individu yang terlibat dalam tiga (3) kaedah persijilan yang digunakan dalam sistem SPKM iaitu Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) & Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Personel Penilaian Dan Verifikasi (PPV) adalah individu yang diperaku oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan Penilaian dan Verifikasi SPKM. PPV berperanan sebagai personel penilaian dan verifikasi luaran yang bertanggungjawab dalam jaminan mutu pelaksanaan SPKM. PPV boleh diperaku di kalangan personel yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan berpengalaman luas dalam bidang dimohon.

Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB)

  • Pegawai Penilai (PP)
  • Pengurus Pusat Bertauliah (PPB)
  • Pegawai Pengesah Dalaman (PPD)
  • Pegawai Pengesah Luaran (PPL)

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

  • Pegawai Penilai PPT (PP PPT)
  • Pegawai Pengesah Luaran PPT (PPL PPT)

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

  • Coach
  • Pengajar SLDN (P SLDN)
  • Pengurus Pusat Bertauliah SLDN(PPB SLDN)
  • Pengurus Pengesah Luaran SLDN(PPL SLDN)

Semakan Dan Permohonan Personel Pusat Bertauliah

ermohonan Personel Pusat Bertuliah perlu melalui portal MySPIKE. Personel sedia ada boleh menyemak rekod personel masing-masing dan boleh membuat permohonan pentauliahan personel.

Permohonan personel hanya boleh dilakukan setelah mendaftar sebagai pengguna Portal MySPIKE

Daftar Sebagai Pengguna
Rajah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
Rajah PPV

Semakan eVendor untuk individu berdaftar dalam MySPIKE

Setiap personel terutamanya personel yang akan membuat tuntutan bayaran kepada JPK dikehendaki berdaftar sebagai vendor di iGFMAS. Seterusnya mengemaskini maklumat berkaitan dalam MySPIKE untuk memudah Unit Kewangan memproses tuntutan berkaitan.

Semak eVendor