Platform Pekerja

Pengenalan

Latihan dan pembangunan pekerja ialah aktiviti organisasi yang penting kerana pengaruhnya terhadap produktiviti. Program latihan kepada pekerja memberi pekerja peluang untuk berkembang dan maju dalam kerjaya sama ada dalam atau di luar organisasi.

Pembangunan sumber manusia adalah proses peningkatan kemahiran dan pengetahuan yang telah diberikan melalui latihan dan ia melibatkan konsep perkembangan psikologi, tahap kematangan dan menambahkan keyakinan diri.

Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia, menggesa para pekerja Malaysia agar menghadiri kursus latihan kemahiran dan menyatakan dengan adanya kemahiran yang sesuai akan membolehkan mereka mendapat bayaran gaji 20 peratus lebih tinggi. Dimaklumkan, mana-mana rakyat Malaysia yang boleh membaca dan menulis layak untuk menyertai kursus latihan kemahiran di mana-mana institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Para pekerja juga boleh menghubungi pusat latihan yang ditauliahkan oleh JPK untuk mengetahui kursus sepenuh masa (Mengikut Tahap atau Single Tier) atau kursus pendek (Kursus Modular). Carian Pusat Latihan.

Carian Kursus/Program Yang Ditawarkan

Semakan dan carian kursus atau program yang ditawarkan oleh Pusat Bertauliah SLaPB dan SLDN boleh didapati dari pautan di bawah:-

Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS)

Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Skills Standard (NOSS) adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

Ciri-ciri utama NOSS

  • Berasaskan keperluan pekerjaan.
  • Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
  • Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

Kepentingan NOSS kepada pekerja

  • Memberi maklumat skop tugas yang jelas
  • Memberi maklumat peluang kerjaya dalam sektor yang berkaitan
  • Membantu dalam peningkatan kerjaya
  • Menjadi penanda aras prestasi kerja
  • Membuat keputusan yang tepat bagi mengikut latihan yang sesuai untuk peningkatan kerjaya
  • Membolehkan pekerja mengikuti latihan secara fleksibel berdasarkan unit kompetensi yang bersesuaian

Senarai NOSS dan Competency Profile yang berkaitan boleh dilihat melalui pautan berikut. Senarai NOSS.

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan adalah layak untuk dipersijilkan. Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam NOSS.

Faedah persijilan kepada individu

  • Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri
  • Penganugerahan Sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian)
  • Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya

Permohonan PPT boleh dibuat setelah mendaftar dalam MySPIKE melalui pautan berikut. Dashboard Pengguna.

Rekod Persijilan Kemahiran Malaysia

Calon PPT atau Individu/Pekerja Industri juga boleh menyemak status sijil yang telah diperolehi setelah tamat pengajian:-