Senarai Kursus
Memaparkan 9,761-9,773 daripada 9,773 items.
| # | Nama Kursus | Jumlah Hari Bekerja | Pusat Bertauliah [Kod Pusat] | Penerangan Kursus | Negeri | Tahap Program | Kategori Program |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 9761 | TUINALOGY THERAPEUTIC | 300 | CHARACTER INTERNATIONAL ACADEMY (SEREMBAN) SDN BHD [PD6207] | Kursus Tuinalogy Services (MP-031-3:2016) merupakan kursus kemahiran berasaskan manipulasi manual sepenuhnya, yang direka khas untuk Pencari kerja, golongan OKU dan kumpulan berpendapatan rendah bagi membekalkan kemahiran sara hidup yang selamat, praktikal dan boleh dilaksanakan. Kursus ini memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan pelatih dalam kemahiran tuina secara bukan invasif, tanpa penggunaan peralatan kompleks atau kos modal yang tinggi. Pendekatan ini sesuai dengan keupayaan OKU dan kumpulan rentan, di mana latihan boleh disesuaikan mengikut kemampuan individu dan dilaksanakan secara berperingkat. Dalam konteks kehidupan moden, gaya hidup sedentari, penggunaan teknologi berpanjangan dan postur badan yang tidak ergonomik menyebabkan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan sokongan penjagaan tubuh. Oleh itu, kemahiran tuinalogy berfungsi sebagai perkhidmatan sokongan kesihatan, yang mempunyai permintaan berterusan dan sesuai dijadikan sumber pendapatan berasaskan kemahiran. Pelaksanaan kursus adalah berorientasikan industri dan latihan praktikal, dengan penekanan kepada keselamatan, etika perkhidmatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). | Negeri Sembilan | 3 | Program Penuh |
| 9762 | SENI SOLEKAN | 5 | SENSE PERFECT INTERNATIONAL COLLEGE [PD5804] | Program Seni Solekan memberi latihan asas dan lanjutan dalam lifestyle, bridal, beauty, photography makeup, face painting serta khidmat pelanggan. Program ini menekankan kemahiran praktikal, kreativiti dan profesionalisme bagi melahirkan jurusolek yang bersedia bekerja dalam industri kecantikan. | Pulau Pinang | 2 | Program Penuh |
| 9763 | MASSAGE AND FACE TREAMENT | 60 | JJ ONE BEAUTY ACADEMY [PD5943] | ADI Modular Massage and Face Treatment ialah satu program latihan kemahiran percuma sepenuhnya yang ditawarkan di bawah Geran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kursus ini khas untuk golongan rentan, terutamanya bekas banduan, individu berpendapatan rendah dan mereka yang memerlukan peluang kedua untuk membina kerjaya serta meningkatkan taraf hidup. Kursus ini direka secara modular dan praktikal, memberi tumpuan kepada kemahiran sebenar industri dalam bidang urut terapeutik dan rawatan wajah profesional. Peserta akan dilatih oleh tenaga pengajar berpengalaman dengan penekanan kepada amalan selamat, kebersihan, etika kerja dan keyakinan diri. | Selangor | 3 | Program Modular |
| 9764 | MASSAGE AND FACE TREAMENT | 60 | JJ ONE BEAUTY ACADEMY [PD5943] | ADI Modular Massage and Face Treatment ialah satu program latihan kemahiran percuma sepenuhnya yang ditawarkan di bawah Geran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kursus ini khas untuk golongan rentan, terutamanya bekas banduan, individu berpendapatan rendah dan mereka yang memerlukan peluang kedua untuk membina kerjaya serta meningkatkan taraf hidup. Kursus ini direka secara modular dan praktikal, memberi tumpuan kepada kemahiran sebenar industri dalam bidang urut terapeutik dan rawatan wajah profesional. Peserta akan dilatih oleh tenaga pengajar berpengalaman dengan penekanan kepada amalan selamat, kebersihan, etika kerja dan keyakinan diri. | Selangor | 3 | Program Modular |
| 9765 | REKABENTUK GRAFIK (DIGITAL) | 22 | CLICKPIXEL STUDIO [SD9013] | Kursus Rekabentuk Grafik (Digital) ADI Perantisan memberi pendedahan praktikal kepada perantis dalam bidang kreatif digital yang selari dengan keperluan industri semasa. Program ini membimbing peserta daripada asas grafik hingga ke kemahiran teknikal perisian profesional, serta penerapan amalan kerja sebenar di tempat industri (on-job training). | Johor | 3 | Program Penuh |
| 9766 | DANDANAN RAMBUT | 23 | MIRZAD ENTERPRISE (ALOR SETAR) [SI0573] | ursus Dandanan Rambut Tahap 2 (Level 2) merupakan kursus lanjutan yang direka untuk melahirkan pendandan rambut separa mahir hingga mahir, dengan kemahiran praktikal yang lebih mendalam dan bersedia untuk bekerja di salun profesional atau membuka perniagaan sendiri. Objektif Kursus Kursus ini bertujuan untuk: Meningkatkan kemahiran teknikal dandanan rambut secara profesional Menguasai teknik guntingan, penggayaan dan rawatan rambut tahap pertengahan Membentuk sikap profesional, etika kerja dan kemahiran komunikasi dengan pelanggan Menyediakan peserta untuk bekerja dalam industri kecantikan dan dandanan rambut | Kedah | 2 | Program Penuh |
| 9767 | ADI PERANTISAN MICRON SIRI 2026 | 5 | INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN TANGKAK [X00747] | Program ini direka bentuk untuk membekalkan tenaga separa profesional dalam bidang kejuruteraan mikroelektronik bagi memenuhi keperluan industri semikonduktor negara. Penyusunan program akademik memberi penekanan kepada aspek teori, praktikal dan pembangunan jati diri. Graduan akan didedahkan secara khusus kepada susun atur litar terkamil, fabrikasi wafer, pempaketan elektronik dan analisa kegagalan, di samping subjek teras yang berlandaskan elektronik. Peluang pekerjaan dalam bidang ini amat meyakinkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja separa profesional selaras dengan perkembangan Pelan Induk Perindustrian Negara. Antara industri yang terlibat adalah seperti Intel, Infineon, Silterra, Motorola, MIMOS, Flextronics, Agilent Technologies, Avago Technologies dan lain-lain lagi. Selain bidang pekerjaan, pelajar juga mempunyai peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang mikroelektronik mahupun elektronik yang ditawarkan oleh universiti di dalam mahu pun di luar negara. | Johor | 3 | Program Penuh |
| 9768 | DANDANAN RAMBUT TAHAP 3 | 150 | SNIP SNAP SALOON [SI0253] | Dandanan Rambut Tahap 3 | Negeri Sembilan | 3 | Program Penuh |
| 9769 | TUINALOGY THERAPEUTIC - OGOS 2026 PROGAM | 300 | CHARACTER INTERNATIONAL ACADEMY (SEREMBAN) SDN BHD [PD6207] | Kursus Tuinalogy Services (MP-031-3:2016) merupakan kursus kemahiran berasaskan manipulasi manual sepenuhnya, yang direka khas untuk Pencari kerja, golongan OKU dan kumpulan berpendapatan rendah bagi membekalkan kemahiran sara hidup yang selamat, praktikal dan boleh dilaksanakan. Kursus ini memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan pelatih dalam kemahiran tuina secara bukan invasif, tanpa penggunaan peralatan kompleks atau kos modal yang tinggi. Pendekatan ini sesuai dengan keupayaan OKU dan kumpulan rentan, di mana latihan boleh disesuaikan mengikut kemampuan individu dan dilaksanakan secara berperingkat. Dalam konteks kehidupan moden, gaya hidup sedentari, penggunaan teknologi berpanjangan dan postur badan yang tidak ergonomik menyebabkan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan sokongan penjagaan tubuh. Oleh itu, kemahiran tuinalogy berfungsi sebagai perkhidmatan sokongan kesihatan, yang mempunyai permintaan berterusan dan sesuai dijadikan sumber pendapatan berasaskan kemahiran. Pelaksanaan kursus adalah berorientasikan industri dan latihan praktikal, dengan penekanan kepada keselamatan, etika perkhidmatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). | Negeri Sembilan | 3 | Program Penuh |
| 9770 | BEAUTY SERVICES - OGOS 2026 PROGRAM | 75 | CHARACTER INTERNATIONAL ACADEMY SDN BHD [PD5441] | Kursus Beauty Services (S960-002-1:2020) Tahap 1 merupakan kursus kemahiran asas dalam bidang perkhidmatan kecantikan yang direka untuk membantu pencari kerja dan kumpulan rentan memperoleh kemahiran praktikal bagi memasuki pasaran pekerjaan dalam tempoh yang singkat. Walaupun kursus ini tidak diklasifikasikan secara langsung sebagai program “High Growth High Value (HGHV)”, industri kecantikan dan kesihatan dikenal pasti sebagai sektor perkhidmatan berpermintaan tinggi dan bernilai tambah, serta mempunyai kaitan rapat dengan industri pelancongan dan perkhidmatan hospitaliti negara. Industri ini memerlukan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran asas, sikap profesional dan keupayaan memberikan perkhidmatan mengikut standard yang ditetapkan. Kursus ini membolehkan pelatih menamatkan latihan dalam tempoh yang singkat (sekitar 4 bulan) dan bersedia untuk memasuki pekerjaan peringkat asas dengan cepat. Pendekatan ini menyokong usaha meningkatkan kadar guna tenaga dan penyertaan tenaga kerja, khususnya dalam kalangan individu yang memerlukan peluang pekerjaan segera. Kandungan kursus dibangunkan berasaskan National Occupational Skills Standard (NOSS) S960-002-1:2020, dengan penekanan kepada kemahiran teras perkhidmatan kecantikan yang selamat, praktikal dan relevan dengan keperluan industri semasa. | Johor | 1 | Program Penuh |
| 9771 | BEAUTY SERVICE - OGOS 2026 PROGRAM | 80 | CHARACTER BEAUTY STYLING PLT [PD6023] | Kursus Beauty Services (S960-002-1:2020) Tahap 1 merupakan kursus kemahiran asas dalam bidang perkhidmatan kecantikan yang direka untuk membantu pencari kerja dan kumpulan rentan memperoleh kemahiran praktikal bagi memasuki pasaran pekerjaan dalam tempoh yang singkat. Walaupun kursus ini tidak diklasifikasikan secara langsung sebagai program “High Growth High Value (HGHV)”, industri kecantikan dan kesihatan dikenal pasti sebagai sektor perkhidmatan berpermintaan tinggi dan bernilai tambah, serta mempunyai kaitan rapat dengan industri pelancongan dan perkhidmatan hospitaliti negara. Industri ini memerlukan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran asas, sikap profesional dan keupayaan memberikan perkhidmatan mengikut standard yang ditetapkan. Kursus ini membolehkan pelatih menamatkan latihan dalam tempoh yang singkat (sekitar 4 bulan) dan bersedia untuk memasuki pekerjaan peringkat asas dengan cepat. Pendekatan ini menyokong usaha meningkatkan kadar guna tenaga dan penyertaan tenaga kerja, khususnya dalam kalangan individu yang memerlukan peluang pekerjaan segera. Kandungan kursus dibangunkan berasaskan National Occupational Skills Standard (NOSS) S960-002-1:2020, dengan penekanan kepada kemahiran teras perkhidmatan kecantikan yang selamat, praktikal dan relevan dengan keperluan industri semasa. | Johor | 1 | Program Penuh |
| 9772 | URUT TERAPI | 26 | PONDOK RAWATAN NUSANTARA [SI0405] | Kursus Urut Terapi ini adalah bertujuan untuk mendedahkan perantis mengenai pengetahuan asas berkaitan dengan kesihatan, konsep dan prosedur serta teknik melakukan urut terapi. Kursus modul ini juga direka juga meliputi tatacara sebelum,semasa dan selepas urut terapi dilakukan oleh juruterapis dengan mementingkan aspek kebersihan dan keselamatan. Kursus urut terapi ini merangkumi lapan (8) penyataan aktiviti kerja iaitu: 1. MENGENALPASTI KEPERLUAN URUT TERAPI 2. MENYEDIAKAN TEMPAT URUT TERAPI 3. MENYEDIAKAN PELANGGAN UNTUK URUT TERAPI 4. MELAKSANAKAN URUT TERAPI 5. MEMANTAU PROSEDUR URUT TERAPI 6. MENILAI PERKHIDMATAN URUT TERAPI 7. MEREKOD PERKHIDMATAN URUT TERAPI 8. MENGURUS PROSEDUR SELEPAS URUT TERAPI | Pulau Pinang | Program Penuh | |
| 9773 | URUT TERAPI | 26 | PONDOK RAWATAN NUSANTARA [SI0405] | Kursus Urut Terapi ini adalah bertujuan untuk mendedahkan perantis mengenai pengetahuan asas berkaitan dengan kesihatan, konsep dan prosedur serta teknik melakukan urut terapi. Kursus modul ini juga direka juga meliputi tatacara sebelum,semasa dan selepas urut terapi dilakukan oleh juruterapis dengan mementingkan aspek kebersihan dan keselamatan. Kursus refleksologi kaki, tangan dan telinga ini merangkumi lapan (8) penyataan aktiviti kerja iaitu: 1. MENGENALPASTI KEPERLUAN URUT TERAPI 2. MENYEDIAKAN TEMPAT REFLEKSOLOGI URUT TERAPI 3. MENYEDIAKAN PELANGGAN UNTUK URUT TERAPI 4. MELAKSANAKAN URUT TERAPI 5. MEMANTAU PROSEDUR URUT TERAPI 6. MENILAI PERKHIDMATAN URUT TERAPI 7. MEREKOD PERKHIDMATAN URUT TERAPI 8. MENGURUS PROSEDUR SELEPAS URUT TERAPI | Pulau Pinang | Program Penuh |

