Senarai Kursus
Memaparkan 9,741-9,760 daripada 9,773 items.
| # | Nama Kursus | Jumlah Hari Bekerja | Pusat Bertauliah [Kod Pusat] | Penerangan Kursus | Negeri | Tahap Program | Kategori Program |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 9741 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA | 20 | BENANG KREATIF ENTERPRISE [SI0556] | Kursus Jahitan Pakaian Wanita Asas INI memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai kemahiran asas dalam bidang jahitan pakaian wanita. Kursus ini merangkumi pengenalan kepada alatan dan mesin jahit, teknik mengambil ukuran badan, penyediaan pola asas, serta kaedah memotong dan menjahit kain dengan betul. Peserta juga akan mempelajari jahitan asas bagi menghasilkan pakaian wanita ringkas seperti blaus dan skirt. Kursus ini sesuai untuk pemula yang berminat untuk mempelajari jahitan sebagai kemahiran baharu, hobi atau asas kepada kerjaya dalam bidang fesyen dan jahitan. | Kelantan | 2 | Program Modular |
| 9742 | OPERASI TEKNIKAL PAKAIAN WANITA INTAKE FEB | 100 | HGM JAYYID RESOURCES [SI0464] | Kursus ini diadakan untuk membantu masyarakat lepasan SPM, suri rumahtangga, belia/beliawanis yang menganggur serta tidak mampu melanjutkan pengajajian dalam akedemi mahupun tidak berkemampuan. Kursus ini juga akan membantu masyarakat dalam membina jati diri serta mencungkil ilmu baharu dan dapat menambah ilmu pengetahuan bagi yang telah berminat dalam bidang jahitan. 1 Hari Teori dan 4 Hari Amali. | Kelantan | 3 | Program Penuh |
| 9743 | PENYELIAAN OPERASI AKUAKULTUR MARIN | 65 | KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH [SI0316] | Walaupun Malaysia telah mencapai lebihan dalam tahap sara diri bekalan ikan makanan sejak tahun 2010, namun pengguna di negara ini terus menghadapi isu kenaikan harga ikan. Ini menunjukkan cabaran yang dihadapi bukan sahaja bagi memastikan kecukupan bekalan, tetapi juga jaminan kemampuan rakyat memperolehi ikan sebagai sumber protin dalam makanan. Jaminan bekalan ikan makanan akan terus menjadi cabaran yang besar di masa depan akibat kesan daripada perubahan iklim, faktor pengeluaran yang terhad, kenaikan harga input, persaingan bahan makanan untuk pengeluaran bio-tenaga dan liberalisasi perdagangan. Permintaan ikan makanan akan terus meningkat akibat daripada pertambahan penduduk dan pendapatan serta perubahan citarasa pengguna. Kesinambungan bekalan ikan yang mencukupi bergantung kepada daya maju perusahaan ini untuk menjamin pendapatan kepada nelayan dan penternak ikan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti 61 kawasan seluas 36,743 hektar untuk dijadikan Zon Industri Akuakultur (ZIA) di seluruh negara. ZIA merupakan satu konsep pembangunan baru bagi memastikan pembangunan akuakultur di negara ini dapat dilaksanakan secara terancang dan lestari. | Sabah | 3 | Program Modular |
| 9744 | OPERASI TEKNIKAL PAKAIAN WANITA INTAKE JULAI | 100 | HGM JAYYID RESOURCES [SI0464] | Khusus ini diadakan untuk membantu masyarakat lepasan spm, suri rumahtangga, belia/beliawanis yang menganggur yang berminat untuk belajar dalam bidang jahitan. 1hari teori dan 4hari amali. | Kelantan | 3 | Program Penuh |
| 9745 | OPERASI PENGELUARAN TANAMAN | 60 | MARDI CORPORATION SDN BHD [SI0594] | Bidang Operasi Pengeluaran Tanaman yang berasaskan NOSS A016-001-3:2016 merupakan salah satu bidang kemahiran penting yang ditawarkan melalui Program ADI Perantisan. Program ini memberi peluang kepada perantis untuk menjalani latihan berasaskan industri yang menekankan kemahiran praktikal dalam penyediaan kawasan tanaman, penanaman, penjagaan, penuaian serta pengendalian hasil tanaman mengikut standard amalan pertanian baik (GAP). Melalui pendekatan pembelajaran secara hands-on di ladang latihan dan tempat kerja sebenar, perantis ADI bukan sahaja memperoleh kemahiran teknikal yang diperlukan industri, malah turut dibimbing untuk membangunkan sikap profesional, disiplin kerja, dan semangat keusahawanan. Dengan sokongan industri dan pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), perantis ADI berpotensi untuk menyertai tenaga kerja mahir dalam sektor pertanian moden atau memulakan perniagaan sendiri sebagai agropreneur yang berdaya saing dan berinovasi. | Selangor | 3 | Program Modular |
| 9746 | DANDANAN RAMBUT | 60 | GEORGE HAIR & BEAUTY SALON [SI0516] | Kursus ini merangkumi aspek teori dan praktikal seperti keselamatan, dan sanitasi, konsultasi pelanggan, teknik penggayaan, mensyampu rambut serta penggunaan peralatan dan produk salon dengan betul. Peserta akan dilatih mengikut standard industri bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten, profesional dan bersedia untuk kerjaya dalam bidang salon rambut dan keusahawanan. | Sarawak | 2 | Program Modular |
| 9747 | PERKHIDMATAN KECANTIKAN | 80 | WAHYUNI BEAUTY AND MUSLIMAH SPA (KANGAR) [SI0215] | Kursus Perkhidmatan Kecantikan memberi pendedahan kepada pengetahuan asas dan kemahiran praktikal dalam rawatan wajah, penjagaan kulit, dandanan asas, serta penyediaan persekitaran kerja yang selamat dan profesional. Pelajar akan mempelajari teknik rawatan kecantikan, penggunaan produk dan alat, pengendalian pelanggan, serta etika kerja dalam industri kecantikan. Kursus ini sesuai untuk mereka yang berminat memulakan kerjaya sebagai juruterapi kecantikan di spa, salon, atau bekerja sendiri. | Perlis | 1 | Program Penuh |
| 9748 | PERKHIDMATAN KECANTIKAN) | 80 | WAHYUNI BEAUTY AND MUSLIMAH SPA (KANGAR) [SI0215] | Kursus Perkhidmatan Kecantikan memberi pendedahan kepada pengetahuan asas dan kemahiran praktikal dalam rawatan wajah, penjagaan kulit, dandanan asas, serta penyediaan persekitaran kerja yang selamat dan profesional. Pelajar akan mempelajari teknik rawatan kecantikan, penggunaan produk dan alat, pengendalian pelanggan, serta etika kerja dalam industri kecantikan. Kursus ini sesuai untuk mereka yang berminat memulakan kerjaya sebagai juruterapi kecantikan di spa, salon, atau bekerja sendiri | Perlis | 1 | Program Penuh |
| 9749 | BEAUTY SERVICE L1 | 75 | CHARACTER BEAUTY STYLING PLT [PD6023] | Kursus Beauty Services (S960-002-1:2020) Tahap 1 merupakan kursus kemahiran asas dalam bidang perkhidmatan kecantikan yang direka untuk membantu pencari kerja dan kumpulan rentan memperoleh kemahiran praktikal bagi memasuki pasaran pekerjaan dalam tempoh yang singkat. Walaupun kursus ini tidak diklasifikasikan secara langsung sebagai program “High Growth High Value (HGHV)”, industri kecantikan dan kesihatan dikenal pasti sebagai sektor perkhidmatan berpermintaan tinggi dan bernilai tambah, serta mempunyai kaitan rapat dengan industri pelancongan dan perkhidmatan hospitaliti negara. Industri ini memerlukan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran asas, sikap profesional dan keupayaan memberikan perkhidmatan mengikut standard yang ditetapkan. Kursus ini membolehkan pelatih menamatkan latihan dalam tempoh yang singkat (sekitar 4 bulan) dan bersedia untuk memasuki pekerjaan peringkat asas dengan cepat. Pendekatan ini menyokong usaha meningkatkan kadar guna tenaga dan penyertaan tenaga kerja, khususnya dalam kalangan individu yang memerlukan peluang pekerjaan segera. Kandungan kursus dibangunkan berasaskan National Occupational Skills Standard (NOSS) S960-002-1:2020, dengan penekanan kepada kemahiran teras perkhidmatan kecantikan yang selamat, praktikal dan relevan dengan keperluan industri semasa. | Johor | 1 | Program Penuh |
| 9750 | BEAUTY SERVICE L1 | 75 | CHARACTER INTERNATIONAL ACADEMY SDN BHD [PD5441] | Kursus Beauty Services (S960-002-1:2020) Tahap 1 merupakan kursus kemahiran asas dalam bidang perkhidmatan kecantikan yang direka untuk membantu pencari kerja dan kumpulan rentan memperoleh kemahiran praktikal bagi memasuki pasaran pekerjaan dalam tempoh yang singkat. Walaupun kursus ini tidak diklasifikasikan secara langsung sebagai program “High Growth High Value (HGHV)”, industri kecantikan dan kesihatan dikenal pasti sebagai sektor perkhidmatan berpermintaan tinggi dan bernilai tambah, serta mempunyai kaitan rapat dengan industri pelancongan dan perkhidmatan hospitaliti negara. Industri ini memerlukan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran asas, sikap profesional dan keupayaan memberikan perkhidmatan mengikut standard yang ditetapkan. Kursus ini membolehkan pelatih menamatkan latihan dalam tempoh yang singkat (sekitar 4 bulan) dan bersedia untuk memasuki pekerjaan peringkat asas dengan cepat. Pendekatan ini menyokong usaha meningkatkan kadar guna tenaga dan penyertaan tenaga kerja, khususnya dalam kalangan individu yang memerlukan peluang pekerjaan segera. Kandungan kursus dibangunkan berasaskan National Occupational Skills Standard (NOSS) S960-002-1:2020, dengan penekanan kepada kemahiran teras perkhidmatan kecantikan yang selamat, praktikal dan relevan dengan keperluan industri semasa. | Johor | 1 | Program Penuh |
| 9751 | BEAUTY THERAPY | 75 | CHARACTER INTERNATIONAL ACADEMY SDN BHD [PD5441] | Kursus Beauty Therapy Services (S960-002-2:2020) Tahap 2 merupakan kursus kemahiran lanjutan dalam bidang terapi kecantikan yang direka khas untuk pencari kerja, individu menganggur serta kumpulan rentan yang mempunyai asas dalam perkhidmatan kecantikan dan ingin meningkatkan tahap kemahiran bagi memasuki semula pasaran pekerjaan. Walaupun kursus ini tidak diklasifikasikan secara langsung sebagai program High Growth High Value (HGHV), industri kecantikan dan kesihatan merupakan sektor perkhidmatan berpermintaan tinggi dan bernilai tambah, serta mempunyai hubungan rapat dengan industri pelancongan dan perkhidmatan negara. Permintaan terhadap tenaga kerja yang mempunyai kemahiran teknikal, kefahaman rawatan yang betul dan kualiti perkhidmatan profesional adalah berterusan. Kursus ini memberi peluang kepada pelatih untuk meningkatkan kemahiran secara praktikal sambil terlibat dalam persekitaran kerja sebenar, sekali gus menyokong usaha meningkatkan kadar guna tenaga dan penyertaan tenaga kerja mahir. Kandungan kursus dibangunkan berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS) S960-002-2:2020, selaras dengan keperluan industri terapi kecantikan semasa. | Johor | 2 | Program Penuh |
| 9752 | TUINALOGY THERAPEUTIC | 300 | CHARACTER INTERNATIONAL ACADEMY SDN BHD [PD5441] | Kursus Tuinalogy Services (MP-031-3:2016) merupakan kursus kemahiran berasaskan manipulasi manual sepenuhnya, yang direka khas untuk golongan OKU dan kumpulan berpendapatan rendah bagi membekalkan kemahiran sara hidup yang selamat, praktikal dan boleh dilaksanakan. Kursus ini memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan pelatih dalam kemahiran tuina secara bukan invasif, tanpa penggunaan peralatan kompleks atau kos modal yang tinggi. Pendekatan ini sesuai dengan keupayaan OKU dan kumpulan rentan, di mana latihan boleh disesuaikan mengikut kemampuan individu dan dilaksanakan secara berperingkat. Dalam konteks kehidupan moden, gaya hidup sedentari, penggunaan teknologi berpanjangan dan postur badan yang tidak ergonomik menyebabkan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan sokongan penjagaan tubuh. Oleh itu, kemahiran tuinalogy berfungsi sebagai perkhidmatan sokongan kesihatan, yang mempunyai permintaan berterusan dan sesuai dijadikan sumber pendapatan berasaskan kemahiran. Pelaksanaan kursus adalah berorientasikan industri dan latihan praktikal, dengan penekanan kepada keselamatan, etika perkhidmatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). | Johor | 3 | Program Penuh |
| 9753 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF BATCH FEB 2026.PROGRAM PENUH OPERASI PEMBUAT PERABOT(RB-050-02:2012) | 160 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI SIMPANG RENGGAM [SI0037] | PROGRAM INI ADALAH BERTUJUAN MENDEDAHKAN PERANTIS MENGENAI BIDANG OPERASI PENGELUARAN PERABOT DARI ASAS SEHINGGA PERINGKAT PERTENGAHAN. PERANTIS DIAJAR MENGAMBIL UKURAN,LAKARAN,MEMOTONG,MEMBUAT KEMASAN,MENGECAT,PEMBUNGKUSAN PRODUK DAN PENGGUNAAN JENIS MESIN MENGIKUT DENGAN KAEDAH YANG BETUL.PERANTIS JUGA DIAJAR TENTANG ASAS PERNIAGAAN DARI PENGIRAAN KOS BAHAN HINGGA PASARAN PRODUK | Johor | 2 | Program Penuh |
| 9754 | PERAKAUNAN 1 | 60 | HADI VENTURE SDN BHD [PD6222] | Kursus Perkauanan ini memberi pemahamanan dan aplikasi kepada peserta tentang keadah penyediaan akaun penghutang dan pemiutang. Peserta juga akan mempelajari kaedah penggajian mengikut yang diguna pakai dalam industri. | Terengganu | 3 | Program Modular |
| 9755 | BAKERY PRODUCTION L2 | 100 | CHARACTER HEALTH & FITNESS ACADEMY [PD6192] | Kursus Bakery Production (Tahap 2) merupakan kursus kemahiran berorientasikan kemahiran sara hidup dan kebolehjanaan pendapatan, yang direka khas untuk golongan OKU dan kumpulan rentan. Kursus ini bertujuan membekalkan pelatih dengan kemahiran pengeluaran bakeri yang selamat, praktikal dan boleh dilaksanakan, bagi membolehkan mereka menjana pendapatan secara berdikari atau menyertai pasaran kerja asas. Produk bakeri merupakan makanan berpermintaan tinggi dan penggunaan harian, serta mempunyai pasaran yang luas dan stabil. Penguasaan kemahiran pengeluaran bakeri memberi peluang kepada pelatih OKU untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi yang berisiko rendah, boleh dijalankan secara berskala kecil, dan sesuai dilaksanakan sama ada di tempat kerja, komuniti atau persekitaran rumah yang terkawal. Kursus ini dibangunkan berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS) HT-013-2:2011, dengan penekanan kepada: • Proses pengeluaran bakeri yang tersusun dan berulang • Pengendalian bahan mentah dan peralatan secara selamat • Amalan kebersihan dan keselamatan makanan • Penghasilan produk bakeri asas yang konsisten dan boleh diterima pasaran Latihan disusun mengikut keupayaan pelatih, dengan fokus kepada keselamatan, kebolehlaksanaan dan kebolehan menjana pendapatan, selaras dengan keperluan industri dan keupayaan golongan OKU. | Johor | 2 | Program Penuh |
| 9756 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF BATCH FEB 2026.PROGRAM PENUH PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK SATU FASA(F-432-005-2:2019) | 160 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI SIMPANG RENGGAM [SI0037] | PROGRAM INI ADALAH BERTUJUAN MENDEDAHKAN PERANTIS MENGENAI BIDANG PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK SATU FASA DARI ASAS SEHINGGA PERINGKAT PERTENGAHAN. PERANTIS DIAJAR MENGAMBIL UKURAN,LAKARAN,MEMBUAT PENDAWAIAN DAN PENGUJIAN DENGAN KAEDAH YANG BETUL.PERANTIS JUGA DIAJAR TENTANG ASAS PERNIAGAAN DARI PENGIRAAN KOS BAHAN HINGGA MEMBUAT PENDAWAIAN FASA TUNGGAL | Johor | 2 | Program Penuh |
| 9757 | PERAKAUNAN 2 | 50 | HADI VENTURE SDN BHD [PD6222] | Peserta akan mempelajari penyusunan kewangan organisasi khususnya merekodkan tunai dan bank | Terengganu | 3 | Program Modular |
| 9758 | F&B SERVICE OPERATION | 140 | CHARACTER HEALTH & FITNESS ACADEMY [PD6192] | Kursus Food & Beverage Service Operation (Tahap 2) direka bentuk khusus untuk golongan OKU dan kumpulan rentan, dengan objektif membekalkan kemahiran asas yang selamat, praktikal dan boleh dilaksanakan dalam persekitaran kerja sebenar industri makanan dan minuman. Kursus ini menekankan latihan kemahiran perkhidmatan yang berstruktur, berulang dan berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP), supaya pelatih dapat menjalankan tugas dengan yakin, terkawal dan selamat mengikut keupayaan masing-masing. Fokus utama kursus adalah kepada aktiviti perkhidmatan yang tidak kompleks, tidak berisiko tinggi dan sesuai dilaksanakan oleh pelatih OKU, seperti penyediaan awal perkhidmatan, pengendalian pesanan, penyajian makanan dan minuman serta proses bil dan bayaran asas. Selaras dengan keperluan industri hospitaliti dan F&B yang mempunyai permintaan tenaga kerja berterusan, kursus ini bertujuan menyediakan laluan kemahiran yang realistik untuk membantu golongan OKU dan kumpulan rentan memasuki pasaran pekerjaan secara inklusif, di samping meningkatkan kebolehan berdikari dan keyakinan diri pelatih. | Johor | 2 | Program Penuh |
| 9759 | PERAKAUNAN 3 | 30 | HADI VENTURE SDN BHD [PD6222] | Peserta akan mempelajari kaedah penutupan akaun bulanan, mengenali akaun untung rugi, imbangan duga | Terengganu | 3 | Program Modular |
| 9760 | DI PERANTISAN BERINSENTIF BATCH FEB 2026.PROGRAM PENUH MEN TAILORING (C-141-001-2:2017) | 160 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI SIMPANG RENGGAM [SI0037] | PROGRAM INI ADALAH BERTUJUAN MENDEDAHKAN PERANTIS MENGENAI BIDANG JAHIT PAKAIAN LELAKI DARI ASAS SEHINGGA PERINGKAT PERTENGAHAN. PERANTIS DIAJAR MENGAMBIL UKURAN,LAKARAN,MEMOTONG DAN PENGGUNAAN JENIS MESIN DENGAN KAEDAH YANG BETUL.PERANTIS JUGA DIAJAR TENTANG ASAS PERNIAGAAN DARI PENGIRAAN KOS BAHAN HINGGA PASARAN PRODUK | Johor | 2 | Program Penuh |

