Senarai Kursus
Memaparkan 9,601-9,620 daripada 9,773 items.
| # | Nama Kursus | Jumlah Hari Bekerja | Pusat Bertauliah [Kod Pusat] | Penerangan Kursus | Negeri | Tahap Program | Kategori Program |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 9601 | Pengambilan Skm 3 Perkhidmatan Estetik (CU1, CU2, CU3) Intake Ogos | 160 | IEQA BEAUTY & SPA [SI0336] | Kursus selama 3 bulan, 5 hari seminggu ahad hingga khamis, 8 jam sehari. Pembelajaran teori 30% dan prestasi 70% Modul merangkumi : CU 1 BODY CONSULTATION CU 2 BODY THERMAL THERAPY CU 3 MANUAL BODY MASSAGE | Kelantan | 3 | Program Modular |
| 9602 | OPERASI PENGELUARAN PAKAIAN INTAKE FEB | 120 | HARETAS UMMI FASHION [SI0279] | BELAJAR SEPENUH MASA SELAMA 6 BULAN | Kelantan | 4 | Program Penuh |
| 9603 | PERKHIDMATAN KECANTIKAN | 30 | GLAMOR SKILL ACADEMY SDN BHD [PD6194] | Kursus Perkhidmatan Kecantikan merupakan program latihan kemahiran yang memberi pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam penjagaan wajah, dandanan diri serta perkhidmatan kecantikan asas hingga profesional. Peserta akan mempelajari teknik rawatan wajah, asas solekan, penjagaan kuku, dan prosedur perkhidmatan kecantikan mengikut piawaian industri serta amalan keselamatan. Program ini menekankan penguasaan kemahiran hands-on, komunikasi dengan pelanggan, prosedur kebersihan, penggunaan produk yang sesuai, serta etika kerja. Pelajar juga dilatih untuk menjalankan sesi konsultasi, menyediakan ruang rawatan, memilih teknik rawatan yang betul, serta memberikan nasihat selepas rawatan. Kursus ini sesuai untuk mereka yang ingin menceburi bidang kecantikan sebagai ahli terapi kecantikan, beautician, makeup artist, atau ingin membuka perniagaan sendiri dalam sektor kecantikan dan wellness. | Melaka | 1 | Program Penuh |
| 9604 | ADI PERANTISAN PROGRAM PENUH 2026 | 160 | DARUL ATIQ CONSULTANT ENTERPRISE [SI0613] | Kursus Pentadbiran Pejabat SKM tahap 3 | Kelantan | 3 | Program Penuh |
| 9605 | PROGRAM AKADEMI DALAM INDUSTRI (ADI) PERANTISAN BERINSENTIF MEI 2026 | 100 | DANDANAN RAMBUT, KECANTIKAN DAN PERSOLEKAN C & J [SI0178] | Program Dandanan Rambut ini direka untuk melatih perantis dalam kemahiran profesional merangkumi perundingan penjagaan rambut, pencucian rambut, dandanan rambut, rawatan rambut dan kulit kepala, penyelenggaraan salon, serta penjualan produk salon. Kursus ini menekankan latihan praktikal dan teori bagi memastikan perantis mampu memberikan perkhidmatan berkualiti, selamat, dan berkesan kepada pelanggan. Melalui program ini, perantis akan didedahkan dengan teknik moden dan standard industri, termasuk pengurusan salon dan pengendalian produk, sekaligus membolehkan mereka membina kerjaya dalam bidang dandanan rambut dengan keyakinan dan profesionalisme. | Sabah | 2 | Program Penuh |
| 9606 | OPERASI PERKHIDMATAN SEKURITI | 150 | USIM TalentCraft [SI0624] | Operasi Perkhidmatan Sekuriti merupakan salah satu bidang di bawah sistem SKM yang memberi penekanan kepada latihan dan kemahiran dalam bidang keselamatan dan kawalan. Ia sesuai bagi mereka yang bekerja atau ingin menceburi bidang kawalan keselamatan seperti: -Pengawal keselamatan -Penyelia keselamatan -Pegawai kawalan operasi -Pegawai keselamatan premis | Negeri Sembilan | 2 | Program Penuh |
| 9607 | PENTADBIRAN PEJABAT | 300 | USIM TalentCraft [SI0624] | Program Pentadbiran Pejabat di bawah SKM bertujuan untuk melatih individu dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan pengurusan pejabat secara berkesan. Program ini sangat sesuai untuk mereka yang bercita-cita bekerja dalam bidang pentadbiran atau sebagai pembantu tadbir. | Negeri Sembilan | 3 | Program Penuh |
| 9608 | PENGOPERASIAN MASJID | 75 | USIM TalentCraft [SI0624] | Modul kursus ini direka untuk mendedahkan para peserta kepada pengurusan institusi masjid yang bersistematik. Pada masa kini, masjid memainkan peranan yang besar dalam konteks membina dan memacu pembangunan umat Islam dalam pelbagai aspek. Sistem pengurusan dan pengimarahan masjid yang baik dan teratur dapat menghasilkan kemakmuran masjid melalui perancangan dan pengurusan yang berkualiti dan sistematik. | Negeri Sembilan | 1 | Program Penuh |
| 9609 | PENGAJARAN AL-QURAN BRAILLE | 300 | USIM TalentCraft [SI0624] | Modul kursus ini direka untuk mencapai sasaran semua murid Kurang Upaya Masalah Penglihatan mampu membaca Al-Quran bermula usia enam (6) tahun. Ia juga dapat membantu mereka yang menghadapi masalah penglihatan di peringkat usia dewasa atas faktor kemalangan atau masalah kesihatan. | Negeri Sembilan | 3 | Program Penuh |
| 9610 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA | 100 | FOCAS ACADEMY [PD6213] | Kursus jahitan pakaian wanita adalah program latihan yang mengajar kemahiran asas hingga lanjutan dalam menjahit pakaian seperti baju kurung, blouse, dan gaun. Peserta akan belajar mengenai alat jahitan, mengambil ukuran, membuat pola, memotong kain, serta teknik menjahit. Kursus ini sesuai untuk wanita yang ingin menjahit untuk diri sendiri atau memulakan perniagaan kecil. | Pahang | 2 | Program Penuh |
| 9611 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA | 100 | FOCAS ACADEMY [PD6213] | Kursus jahitan pakaian wanita adalah program latihan yang mengajar kemahiran asas hingga lanjutan dalam menjahit pakaian seperti baju kurung, blouse, dan gaun. Peserta akan belajar mengenal alat latihan, mengambil ukuran, membuat pola, memotong kain, serta teknik menjahit dan kemasan. Kursus ini sesuai untuk wanita yang ingin menjahit untuk diri sendiri atau memulakan perniagaan kecil. | Pahang | 2 | Program Penuh |
| 9612 | PEMBUATAN KOMPOSIT TAHAP 2 | 140 | GIATMARA SIMPANG AMPAT [PD5918] | Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang pembuatan komposit aeroangkasa untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional mengikut keperluan industri komposit semasa. Pelajar-pelajar didedahkan dengan teknologi dalam pembuatan komposit terutamanya dalam pembuatan komponen kapal terbang. Mereka akan dibekalkan dengan pengetahuan dan aplikasi pembuatan komposit. | Melaka | 2 | Program Penuh |
| 9613 | PERKHIDMATAN PEMBAIKAN-KENDERAAN RINGAN | 6 | ERA AUTO SERVICES ENTERPRISE [SD8258] | FOKUS KEPADA GOLONGAN MISKIN TEGAR,ORANG KURANG UPAYA,GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH. | Melaka | 2 | Program Penuh |
| 9614 | PENGOPERASIAN MASJID | 147 | AKADEMI LATIHAN ISLAM DARUL AMAN [PD6156] | Tahap 1 CU1 merangkumi pengendalian urusan dokumentasi masjid yang melibatkan pelaksanaan perekodan, penyediaan, dan pengedaran dokumentasi masjid serta pemeriksaan penggunaan peralatan operasi masjid. Aktiviti ini memastikan pengurusan dokumentasi dilakukan secara sistematik dan efisien. Tahap 1 CU2 pula memberi fokus kepada pengendalian perkhidmatan kaunter masjid. Tugas utama termasuk melaksanakan perkhidmatan kaunter hadapan, menjalankan komunikasi awam, mengatur temu janji pelawat, dan memantau keselamatan di kaunter masjid. Ini bertujuan untuk memastikan urusan di kaunter berjalan lancar dan profesional. Tahap 1 CU3 melibatkan tugas sokongan operasi masjid. Aktiviti ini merangkumi penyediaan jadual tugas pegawai masjid, pencatatan arahan tugas, pengurusan keperluan logistik, pelaksanaan perolehan masjid, serta pengendalian aktiviti kewangan. Selain itu, ia juga melibatkan penyelarasan operasi masjid, pengurusan keperluan ahli kariah, dan pengemaskinian laporan operasi. Aktiviti ini penting untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan operasi masjid secara keseluruhan. Tahap 1 CU4 menumpukan kepada pelaksanaan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Az-Zalzalah. Aktiviti ini termasuk tahsin bagi setiap surah tersebut dengan tujuan memperbaiki dan meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran. Tahap 1 CU5 pula melibatkan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Al-‘Aadiyat hingga Surah Quraisy. Aktiviti ini meliputi tahsin bacaan bagi surah-surah tersebut, dengan fokus kepada memperkemas dan memperindah bacaan Al-Quran untuk manfaat ahli kariah. Tahap 1 CU6 pula melibatkan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Al-Maa'uun hingga Surah An-Naas. Aktiviti ini meliputi tahsin bacaan bagi surah-surah tersebut, dengan fokus kepada memperkemas dan memperindah bacaan Al-Quran untuk manfaat ahli kariah. | Kedah | 1 | Program Penuh |
| 9615 | PENGOPERASIAN MASJID | 147 | AKADEMI LATIHAN ISLAM DARUL AMAN [PD6156] | Tahap 1 CU1 merangkumi pengendalian urusan dokumentasi masjid yang melibatkan pelaksanaan perekodan, penyediaan, dan pengedaran dokumentasi masjid serta pemeriksaan penggunaan peralatan operasi masjid. Aktiviti ini memastikan pengurusan dokumentasi dilakukan secara sistematik dan efisien. Tahap 1 CU2 pula memberi fokus kepada pengendalian perkhidmatan kaunter masjid. Tugas utama termasuk melaksanakan perkhidmatan kaunter hadapan, menjalankan komunikasi awam, mengatur temu janji pelawat, dan memantau keselamatan di kaunter masjid. Ini bertujuan untuk memastikan urusan di kaunter berjalan lancar dan profesional. Tahap 1 CU3 melibatkan tugas sokongan operasi masjid. Aktiviti ini merangkumi penyediaan jadual tugas pegawai masjid, pencatatan arahan tugas, pengurusan keperluan logistik, pelaksanaan perolehan masjid, serta pengendalian aktiviti kewangan. Selain itu, ia juga melibatkan penyelarasan operasi masjid, pengurusan keperluan ahli kariah, dan pengemaskinian laporan operasi. Aktiviti ini penting untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan operasi masjid secara keseluruhan. Tahap 1 CU4 menumpukan kepada pelaksanaan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Az-Zalzalah. Aktiviti ini termasuk tahsin bagi setiap surah tersebut dengan tujuan memperbaiki dan meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran. Tahap 1 CU5 pula melibatkan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Al-‘Aadiyat hingga Surah Quraisy. Aktiviti ini meliputi tahsin bacaan bagi surah-surah tersebut, dengan fokus kepada memperkemas dan memperindah bacaan Al-Quran untuk manfaat ahli kariah. Tahap 1 CU6 pula melibatkan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Al-Maa'uun hingga Surah An-Naas. Aktiviti ini meliputi tahsin bacaan bagi surah-surah tersebut, dengan fokus kepada memperkemas dan memperindah bacaan Al-Quran untuk manfaat ahli kariah. | Kedah | 1 | Program Penuh |
| 9616 | PERKHIDMATAN PEMBAIKAN-KENDERAAN RINGAN TAHAP 2 | 5 | SUGEE & FAMILY SDN BHD [SI0269] | Kursus Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan Tahap 2 merupakan program kemahiran berstruktur yang memberi asas pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam penyelenggaraan serta pembaikan kenderaan ringan. Kursus ini merangkumi aspek teori dan amali yang diperlukan oleh seorang mekanik tahap asas untuk bekerja di bengkel automotif atau pusat servis kenderaan. Program ini menekankan kemahiran asas dalam pemeriksaan, penyelenggaraan berkala, pembaikan komponen utama serta penggunaan peralatan diagnostik asas. Peserta akan dilatih untuk memahami sistem-sistem penting kenderaan seperti enjin, brek, stereng, suspensi, penyejukan, serta sistem elektrik asas. | Sabah | 2 | Program Penuh |
| 9617 | ADI PERANTISAN MICRO INTAKE FEB | 160 | DARUL ATIQ CONSULTANT ENTERPRISE [SI0613] | Kursus modul ini direka adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kerja-kerja yang dilakukan di pejabat yang meliputi dokumen pentadbiran pejabat dan cara praktikal menyediakan dokumen tersebut. | Kelantan | 3 | Program Modular |
| 9618 | PEMBANGUNAN PEMANDU LOKOMOTIF 2025 | 173 | KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD [SI0220] | Program Pembangunan Pemandu Lokomotif menerangkan keperluan untuk memandu lokomotif, menggunakan peralatan pelindung diri yang sesuai, membuat pemeriksaan peralatan lokomotif dan memastikan operasi pemanduan keretapi yang lancar dan selamat. | Perak | 2 | Program Penuh |
| 9619 | ADI PERANTISAN MICRO INTAKE MEI | 160 | DARUL ATIQ CONSULTANT ENTERPRISE [SI0613] | Kursus modul ini direka adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kerja-kerja yang dilakukan di pejabat yang meliputi dokumen pentadbiran pejabat dan cara praktikal menyediakan dokumen tersebut. | Kelantan | 3 | Program Modular |
| 9620 | ADI PERANTISAN MICRO INTAKE OGOS | 160 | DARUL ATIQ CONSULTANT ENTERPRISE [SI0613] | Kursus modul ini direka adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kerja-kerja yang dilakukan di pejabat yang meliputi dokumen pentadbiran pejabat dan cara praktikal menyediakan dokumen tersebut. | Kelantan | 3 | Program Modular |

