Senarai Kursus
Memaparkan 9,361-9,380 daripada 9,775 items.
| # | Nama Kursus | Jumlah Hari Bekerja | Pusat Bertauliah [Kod Pusat] | Penerangan Kursus | Negeri | Tahap Program | Kategori Program |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 9361 | PENGELUARAN FABRIKASI -SME | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI LIMBANG [SI0034] | Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran sebenar dalam kerja-kerja fabrikasi logam Di akhir kursus pelatih yang kompeten dapat : i. menguruskan bengkel dan perniagaan dengan lebih bersistematik ii. menyelenggara mesin kimpalan dengan betul iii. menghasilkan produk kimpalan mengikut spefikasi yang ditetapkan iv. membaikpulih dan mengubah produk mengikut kehendak pelanggan | Sarawak | 2 | Program Modular |
| 9362 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF FEBUARI 2026 PROGRAM PENUH JAHITAN PAKAIAN LELAKI TAHAP 2 | 100 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI SUNGAI BULOH [SI0047] | Kursus SKM Tahap 2 dalam Jahitan Pakaian Lelaki memberi tumpuan kepada kemahiran teknikal membuat pakaian lelaki daripada peringkat asas hingga menghasilkan pakaian siap mengikut standard industri. Pelatih akan mempelajari teknik jahitan, pengendalian mesin, penyediaan pola, serta penghasilan pakaian formal dan kasual lelaki. | Selangor | 2 | Program Penuh |
| 9363 | OPERASI PEMBUATAN PERABOT | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI LIMBANG [SI0034] | Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran sebenar dalam kerja-kerja fabrikasi logam Di akhir kursus pelatih yang kompeten dapat : i. menguruskan bengkel dan perniagaan dengan lebih bersistematik ii. menyelenggara mesin perabot kayu dengan betul iii. menghasilkan produk perabot mengikut spefikasi yang ditetapkan iv.Membentuk dan membuat produk perabot kayu mengikut kehendak pelanggan | Sarawak | 2 | Program Modular |
| 9364 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF FEBUARI 2026 PROGRAM PENUH PENGELUARAN FABRIKASI (SME) TAHAP 2 | 120 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI SUNGAI BULOH [SI0047] | Kursus Pengeluaran Fabrikasi SME (Small & Medium Enterprise) Tahap 2 memberi tumpuan kepada kemahiran asas hingga pertengahan dalam kerja-kerja fabrikasi logam, termasuk pemotongan, penyediaan bahan, pengimpalan asas, pemasangan struktur serta penggunaan mesin dalam industri fabrikasi. Kursus ini sesuai untuk mereka yang ingin bekerja dalam sektor pembuatan logam, struktur keluli, bengkel fabrikasi dan industri kejuruteraan. | Selangor | 2 | Program Penuh |
| 9365 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA | 20 | YU SOLUTIONS [SI0254] | Dapat memberi kemahiran dan mlahirkan tenaga mahir negara | Kelantan | 2 | Program Modular |
| 9366 | OPERASI PEMBUATAN PERABOT | 160 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI KLUANG [SI0059] | PROGRAM INI ADALAH BERTUJUAN MENDEDAHKAN PERANTIS MENGENAI BIDANG OPERASI PENGELUARAN PERABOT DARI ASAS SEHINGGA PERINGKAT PERTENGAHAN. PERANTIS DIAJAR MENGAMBIL UKURAN,LAKARAN,MEMOTONG,MEMBUAT KEMASAN,MENGECAT,PEMBUNGKUSAN PRODUK DAN PENGGUNAAN JENIS MESIN MENGIKUT DENGAN KAEDAH YANG BETUL.PERANTIS JUGA DIAJAR TENTANG ASAS PERNIAGAAN DARI PENGIRAAN KOS BAHAN HINGGA PASARAN PRODUK | Johor | 2 | Program Penuh |
| 9367 | PENGOPERASIAN MASJID | 80 | AKADEMI LATIHAN AL-MUHAMMADI (ALAMi) [PD6151] | Program Pengoperasian Masjid O841-003-1:2022 memberi latihan asas kepada pegawai dan pembantu masjid dalam mengurus operasi harian masjid secara profesional. Kursus ini merangkumi kemahiran pentadbiran, penyediaan jadual solat dan program imarah, pengurusan kebersihan serta keselamatan, penyelenggaraan kemudahan, dan tatacara layanan kepada jemaah serta tetamu. Peserta turut dipandu mematuhi SOP dan garis panduan pihak berkuasa agama melalui latihan teori dan amali di masjid. Kursus ini bertujuan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan masjid sebagai pusat ibadah, ilmu dan pembangunan masyarakat. | Kelantan | 1 | Program Penuh |
| 9368 | PEMBUATAN PASTRI | 160 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI KLUANG [SI0059] | PROGRAM INI ADALAH BERTUJUAN MENDEDAHKAN PERANTIS MENGENAI BIDANG PEMBUATAN PASTRI DARI ASAS SEHINGGA PERINGKAT PERTENGAHAN. PERANTIS DIAJAR CARA MENYEDIAKAN DOH DAN BATTER,PENYEDIAAN KEK,PENGENDALIAN PRODUK PASTRI,PEMBUNGKUSAN PRODUK DAN PENGGUNAAN JENIS MESIN MENGIKUT DENGAN KAEDAH YANG BETUL.PERANTIS JUGA DIAJAR TENTANG ASAS PERNIAGAAN DARI PENGIRAAN KOS BAHAN HINGGA PASARAN PRODUK. | Johor | 2 | Program Penuh |
| 9369 | Perkhidmatan Kecantikan tahap 1 | 88 | SHIRA BELLA ENTERPRISE (BELLA S BEAUTY SPA) [SI0595] | Kursus ini direka khas untuk pemula yang ingin memulakan kerjaya dalam industri kecantikan. Peserta akan mempelajari asas-asas penting dalam penjagaan wajah, mani,pedi dan solekan serta kebersihan, komunikasi pelanggan, serta teknik rawatan kecantikan yang selamat dan betul. Melalui latihan praktikal dan bimbingan tenaga pengajar bertauliah, peserta akan mampu melakukan tugas asas seperti: 1.Penjagaan kebersihan & penyediaan ruang kerja 2.Asas rawatan wajah,manicure ,pedicure spa dan solekan asas 3.Penggunaan produk & peralatan dengan betul | Sarawak | 1 | Program Penuh |
| 9370 | FABRICATION PRODUCTION - SME INTAKE FABRUARI 2026 | 160 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI SEBERANG PERAI [SI0043] | Kursus ini menawarkan latihan dalam bidang Fabrication Production – SME tahap 2 yang dijalankan secara penuh selama 6 bulan. Unit kompetensi (CU) yang terlibat ialah C259-002-2:2016-C01, C259-002-2:2016-C02, C259-002-2:2016-C03, C259-002-2:2016-C04 dan C259-002-2:2016-C05 Pelatih akan didedahkan kepada kemahiran pengukuran, lakaran, pemotongan, kemasan, kerja mengecat, pembungkusan produk serta penggunaan pelbagai jenis mesin. Pelatih turut mempelajari asas pengurusan perniagaan. | Pulau Pinang | 2 | Program Penuh |
| 9371 | PENGGUNTINGAN RAMBUT | 100 | JAMALTIEYA HAIRCUT [SI0608] | PENGGUNTINGAN RAMBUT | Sarawak | 2 | Program Penuh |
| 9372 | GARDEN MAINTENANCE INTAKE FABRUARI 2026 | 160 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI SEBERANG PERAI [SI0043] | Kursus ini menawarkan latihan dalam bidang Operasi Penyelenggaraan Taman Tahap 1 yang dijalankan secara penuh selama 3 bulan. Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran penjagaan taman termasuk: menyiram, membaja, membentuk pokok, membuang ranting atau dahan mati, serta pembiakan pokok. Kursus ini juga melatih pelajar dalam teknik pemotongan rumput yang betul, penggunaan mesin, dan penyelenggaraan mesin untuk memastikan taman sentiasa terurus dan estetik. Unit kompetensi (CU) yang terlibat ialah LE-020-1:2011-C01, LE-020-1:2011-C02 dan LE-020-1:2011-C03 | Pulau Pinang | 1 | Program Penuh |
| 9373 | OPERASI PEMBUATAN PERABUT INTAKE FABRUARI 2026 | 160 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI SEBERANG PERAI [SI0043] | Kursus ini menawarkan latihan dalam bidang Operasi Pembuatan Perabut Tahap 2 yang dijalankan secara penuh selama 5 bulan. Unit kompetensi (CU) yang terlibat ialah RB-050-2:2012-C01, RB-050-2:2012-C02, RB-050-2:2012-C03, RB-050-2:2012-C04,RB-050-2:2012-C05 dan RB-050-2:2012-C06 Pelatih akan didedahkan kepada kemahiran mengukur, lakaran, memotong, kemasan, kerja-kerja mengecat, pembungkusan produk serta penggunaan pelbagai jenis mesin. Pelatih turut mempelajari asas pengurusan perniagaan.. | Pulau Pinang | 2 | Program Penuh |
| 9374 | LADIES GARMENT MAKING | 60 | A.R ABADAN ENTERPRISE [SI0494] | SKM JAHITAN TAHAP DUA (PILIHAN) | Kedah | 2 | Program Modular |
| 9375 | PENYELARASAN OPERASI MASJID | 90 | DARUL QURAN [SI0264] | Bagi kursus modular Tahap 2 CU1 iaitu Kendali Pembersihan Fasiliti Masjid memberi tumpuan kepada pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di dalam dan di luar masjid. Ia merangkumi pembersihan ruang hamam, ruang makan, serta bilik-bilik khusus. Tugas ini amat penting dalam memastikan kebersihan masjid terjaga demi keselesaan para jemaah dan pelawat. Seterusnya, kursus modular Tahap 2 CU2 iaitu Laksana Program Masjid memainkan peranan penting dalam pengimarahan masjid melalui pelbagai program bermanfaat. Unit ini melibatkan perancangan dan penyediaan peralatan untuk program, penyelarasan kedudukan jemputan, pemantauan aktiviti program, dan pelaporan selepas program dilaksanakan. Keupayaan untuk melaksanakan program secara teratur dan sistematik membantu menjadikan masjid pusat aktiviti komuniti yang efektif. Bagi memastikan persekitaran masjid kekal indah dan menyenangkan, kursus modular Tahap 2 CU3 iaitu Laksana Aktiviti Pengindahan dan Keceriaan Masjid bertanggungjawab mengenal pasti keperluan pengindahan, menyelenggara aset keceriaan, memeriksa tanaman landskap, serta merekodkan aset berkaitan. Aktiviti ini tidak hanya mencipta suasana masjid yang harmoni, tetapi juga menarik minat jemaah untuk terus mengimarahkan masjid. Kursus modular Tahap 2 CU4 iaitu Selenggara Peralatan dan Kemudahan Masjid pula memastikan semua peralatan dan kemudahan masjid sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Aktiviti seperti penyelenggaraan peralatan, utiliti masjid, serta penyediaan laporan penyelenggaraan dilaksanakan dengan teliti. Dengan ini, masjid dapat terus beroperasi tanpa gangguan teknikal yang boleh menjejaskan kelancarannya. Selain itu, kursus modular Tahap 2 CU5 iaitu Kendali Stor Peralatan Masjid menumpukan kepada pengurusan stor yang efisien. Semakan peralatan dan aset, inventori, serta penerimaan stok dilakukan bagi memastikan segala keperluan masjid diurus dengan rapi dan tersusun. Pendekatan ini penting untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan stok yang mencukupi untuk kegunaan harian. Kursus modular Tahap 2 CU6 iaitu Kendali Keselamatan dan Fasiliti Masjid memberikan perhatian kepada aspek keselamatan masjid. Ia merangkumi pemantauan tugas keselamatan, pemeriksaan peralatan, fasiliti, dan keselamatan jemaah. Langkah-langkah ini diambil bagi menjamin kesejahteraan semua pihak yang berada di masjid. Kursus modular Tahap 2 CU7, perantis akan didedahkan dengan pelaksanaan bacaan Surah – An-Naba’ (78) – Al-Inshiqaq (84). Tahap 2 CU8 menumpukan kepada pelaksanaan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Al-Buruj hingga Surah Al-Lail. Aktiviti ini termasuk tahsin bagi setiap surah tersebut dengan tujuan memperbaiki dan meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran. | Selangor | 2 | Program Penuh |
| 9376 | PENGGUNTINGAN RAMBUT | 100 | JAMALTIEYA HAIRCUT [SI0608] | PENGGUNTINGAN RAMBUT | Sarawak | 2 | Program Penuh |
| 9377 | KURSUS MODULAR - REFLEKSOLOGI KAKI | 60 | POINT D' BEAUTE ACADEMY [IS0007] | Kursus Foot Reflexology ini memfokuskan teknik urutan refleksologi kaki berasaskan piawaian NOSS MP-080-3:2011-C01. Peserta dipandu menguasai anatomi asas kaki, point-point refleks badan, teknik tekanan, prosedur kerja selamat, serta etika profesional dalam rawatan refleksologi. Latihan bersifat praktikal, hands-on dan menekankan kualiti perkhidmatan mengikut standard industri. | Sabah | 3 | Program Modular |
| 9378 | KURSUS MODULAR - FULL BODY MASSAGE & BODY TREATMENT | 60 | POINT D' BEAUTE ACADEMY [IS0007] | Kursus Full Body Massage & Body Treatment ini memberi kemahiran profesional dalam teknik urutan badan penuh, rawatan badan berasaskan produk spa, prosedur kerja selamat, anatomi asas, dan pengendalian pelanggan mengikut piawaian NOSS MP-061-3:2011-C03 & C04. Peserta akan menjalani latihan praktikal intensif termasuk teknik effleurage, petrissage, knuckling, exfoliation, body wrap, dan kaedah rawatan relaksasi. Kursus menekankan standard industri, etika, kebersihan dan kualiti perkhidmatan spa. | Sabah | 3 | Program Modular |
| 9379 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA SESI 2026 | 100 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI WANITA KOTA KINABALU [SI0041] | Kursus ini melibatkan 7 CU yang dijalankan selama 5 bulan | Sabah | 2 | Program Penuh |
| 9380 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA | 160 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI KLUANG [SI0059] | PROGRAM INI ADALAH BERTUJUAN MENDEDAHKAN PERANTIS MENGENAI BIDANG LADIES GARMENT MAKING DARI ASAS SEHINGGA PERINGKAT PERTENGAHAN. PERANTIS DIAJAR MENGAMBIL UKURAN,LAKARAN,MEMOTONG,MEMBUAT KEMASAN, DAN PENGGUNAAN JENIS MESIN MENGIKUT DENGAN KAEDAH YANG BETUL.PERANTIS JUGA DIAJAR TENTANG ASAS PERNIAGAAN DARI PENGIRAAN KOS BAHAN HINGGA PASARAN PRODUK | Johor | 2 | Program Penuh |

