Senarai Kursus
Memaparkan 8,801-8,820 daripada 9,775 items.
| # | Nama Kursus | Jumlah Hari Bekerja | Pusat Bertauliah [Kod Pusat] | Penerangan Kursus | Negeri | Tahap Program | Kategori Program |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 8801 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF JUN 2025 - PERAKAUNAN | 60 | EUROGAIN CONSULTING GROUP SDN. BHD. [SI0448] | Kursus Perakaunan memperkenalkan pelajar kepada prinsip asas dan konsep perakaunan yang digunakan dalam perniagaan dan organisasi. Kursus ini meliputi proses kitaran perakaunan, penyediaan penyata kewangan, analisis kos, kawalan dalaman, dan penggunaan perisian perakaunan. Pelajar akan mempelajari kemahiran mencatat, mengelas, meringkaskan, dan mentafsir maklumat kewangan untuk membantu membuat keputusan perniagaan yang bijak. | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 3 | Program Modular |
| 8802 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF 2025 SIRI 2 MICRO-C DANDANAN RAMBUT TAHAP 2 | 60 | PROFESSIONAL SKILL TRAINING CENTRE [IJ0095] | CU1: Hair Care Consultation Mempelajari kaedah menjalankan konsultasi profesional dengan pelanggan. Ini termasuk mengenal pasti jenis rambut dan kulit kepala, memahami keperluan pelanggan, serta mencadangkan rawatan dan produk yang sesuai. CU4: Hair & Scalp Treatment Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan rawatan rambut dan kulit kepala. Pelajar akan diajar teknik merawat masalah seperti kelemumur, rambut gugur, kulit kepala berminyak/kering, dan pemulihan rambut rosak. CU5: Hair Salon Maintenance Fokus kepada penjagaan kebersihan, keselamatan dan susun atur salun rambut. Ini termasuk pengurusan peralatan, kebersihan persekitaran kerja, dan pematuhan SOP salon. CU6: Hair Salon Product Retailing Mendedahkan pelajar kepada teknik menjual produk penjagaan rambut di salon. Termasuk pengenalan produk, strategi pemasaran, kaedah upselling, dan pengendalian stok jualan runcit. | Johor | 2 | Program Modular |
| 8803 | ADI PERANTISAN JUN 2025 - PERKHIDMATAN KECANTIKAN | 60 | DESTIBEAU SDN. BHD. [SI0619] | PENERANGAN KURSUS: S960-002-1:2020 PERKHIDMATAN KECANTIKAN Kursus Perkhidmatan Kecantikan bertujuan melatih peserta dengan kemahiran profesional dalam rawatan kecantikan tubuh badan dan pengurusan operasi salon. Kursus ini menggabungkan teknik rawatan terkini dengan kemahiran pengurusan untuk memenuhi keperluan industri kecantikan yang kompetitif. CU1: Professional Ethics, Salon Safety and Hygiene Practices Perantis akan mempelajari etika profesional dalam industri kecantikan, termasuk kepentingan menjaga tingkah laku sopan, tanggungjawab terhadap pelanggan dan rakan sekerja. Kursus ini juga menekankan amalan keselamatan dan kebersihan di salon bagi memastikan persekitaran kerja yang bersih dan selamat. CU2: Salon Reception Duties Modul ini melatih perantis dalam mengendalikan tugasan di kaunter penerimaan salon, termasuk menyambut pelanggan, mengatur jadual temu janji, menjawab pertanyaan, serta merekod maklumat pelanggan dengan sistematik dan profesional. CU3: Manual Facial Services Perantis akan belajar teknik asas rawatan muka manual tanpa penggunaan mesin. Ini termasuk pembersihan, pengelupasan, urutan wajah, penggunaan masker, dan pelembap mengikut jenis kulit pelanggan. CU5: Manicure Services Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada penjagaan kuku tangan, termasuk teknik memotong, membentuk, merawat kutikel, urutan tangan, serta penggunaan pengilat kuku dan hiasan asas. CU6: Pedicure Services Perantis didedahkan kepada teknik penjagaan kaki yang merangkumi pemotongan kuku kaki, pembersihan kutikel, rawatan tapak kaki, urutan kaki, dan aplikasi pengilat kuku dengan prosedur yang betul dan selamat. | Negeri Sembilan | 1 | Program Modular |
| 8804 | ADI PERANTISAN JUN 2025 - OPERASI PEMERINCIAN KERETA TAHAP 2 | 60 | MY TINT & AUTO CARE SDN BHD [SI0583] | PENERANGAN KURSUS: OPERASI PEMERINCIAN KERETA TAHAP 2 Kursus Operasi Pemerincian Kereta Tahap 2 ini bertujuan untuk melatih peserta dengan kemahiran profesional dalam mencuci, membersih dan merawat kenderaan secara terperinci (detailing). Latihan ini menekankan prosedur standard industri untuk menjaga penampilan luaran dan dalaman kenderaan serta ruang enjin agar kekal bersih, berfungsi dan bernilai tinggi. Fokus utama kursus ini adalah: CU1: Car Exterior Washing Menjalankan cucian menyeluruh pada bahagian luar kenderaan termasuk badan, tayar, rim, dan cermin menggunakan teknik pencucian profesional seperti snow foam dan kaedah dua baldi bagi melindungi permukaan cat. CU2: Car Engine Cleaning Melaksanakan cucian enjin dengan teliti tanpa menjejaskan komponen elektronik dan mekanikal. Peserta diajar menggunakan bahan cucian selamat dan teknik pengeringan yang sesuai. CU3: Car Interior Detailing Memberi tumpuan kepada kebersihan dalaman kereta seperti tempat duduk, karpet, papan pemuka dan ruang bagasi. Peserta akan menggunakan teknik vakum, stim, dan penyegar untuk memberikan kemasan dalaman yang bersih dan selesa. | Johor | 2 | Program Modular |
| 8805 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF JUN 2025 - PEMBAIKPULIH TELEFON BIMBIT | 5 | PANCAR ACADEMY (ALOR SETAR) SDN BHD [PD6232] | Kursus ini direka khas untuk memberi pengetahuan dan kemahiran teknikal kepada peserta dalam bidang pembaikan telefon bimbit. Peserta akan mempelajari teknik mengenal pasti kerosakan, membaiki komponen elektronik, mengganti skrin, bateri, port pengecas, serta mengatasi masalah perisian. Latihan amali juga disediakan agar peserta dapat menjalankan kerja pembaikan sebenar secara profesional. | Kedah | 3 | Program Modular |
| 8806 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF 2025 SIRI 2 MICRO-C PERKHIDMATAN SOKONGAN PENTADBIRAN SME | 60 | SHANG PHILOSOPHY BUSINESS ACADEMY [PD6172] | Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran dalam Fungsi Setiausaha dan Perkhidmatan Sokongan Sumber Manusia. Peserta akan mempelajari cara menjalankan tugas-tugas setiausaha yang berkaitan dengan pengurusan dokumen, penyusunan jadual, serta komunikasi profesional. Selain itu, kursus ini juga menekankan peranan sokongan dalam pengurusan sumber manusia, termasuk pengendalian rekod pekerja, bantuan dalam pengambilan pekerja, dan sokongan dalam latihan serta pembangunan kakitangan. Peserta akan diajar untuk beroperasi dengan cekap dalam persekitaran pejabat sambil mematuhi piawaian profesional dan perundangan. | Johor | 3 | Program Modular |
| 8807 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF 2025 SIRI 2 MICRO-C Operasi Sistem Komputer | 59 | SHANG PHILOSOPHY BUSINESS ACADEMY [PD6172] | Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam Pemasangan Sistem Komputer dan Konfigurasi Peranti Mudah Alih. Peserta akan mempelajari cara untuk memasang dan mengkonfigurasi sistem komputer dari awal, termasuk penyediaan sistem operasi, pemasangan perisian, serta penyelesaian masalah asas. Selain itu, kursus ini juga merangkumi teknik-teknik konfigurasi peranti mudah alih, seperti telefon pintar dan tablet, untuk memastikan kelancaran penggunaan aplikasi, sambungan rangkaian, dan penyelenggaraan peranti. Pelajar akan diajar untuk mengatasi masalah teknikal yang biasa dihadapi oleh pengguna serta memberi sokongan teknikal yang efisien dalam kedua-dua persekitaran komputer dan mudah alih. | Johor | 3 | Program Modular |
| 8808 | ADI PERANTISAN JUN 2025 - PERKHIDMATAN KECANTIKAN | 60 | BEAUTY TALENT ACADEMY [PD5989] | PENERANGAN KURSUS: S960-002-1:2020 PERKHIDMATAN KECANTIKAN Kursus Perkhidmatan Kecantikan bertujuan melatih peserta dengan kemahiran profesional dalam rawatan kecantikan tubuh badan dan pengurusan operasi salon. Kursus ini menggabungkan teknik rawatan terkini dengan kemahiran pengurusan untuk memenuhi keperluan industri kecantikan yang kompetitif. CU1: Professional Ethics, Salon Safety and Hygiene Practices Perantis akan mempelajari etika profesional dalam industri kecantikan, termasuk kepentingan menjaga tingkah laku sopan, tanggungjawab terhadap pelanggan dan rakan sekerja. Kursus ini juga menekankan amalan keselamatan dan kebersihan di salon bagi memastikan persekitaran kerja yang bersih dan selamat. CU2: Salon Reception Duties Modul ini melatih perantis dalam mengendalikan tugasan di kaunter penerimaan salon, termasuk menyambut pelanggan, mengatur jadual temu janji, menjawab pertanyaan, serta merekod maklumat pelanggan dengan sistematik dan profesional. CU3: Manual Facial Services Perantis akan belajar teknik asas rawatan muka manual tanpa penggunaan mesin. Ini termasuk pembersihan, pengelupasan, urutan wajah, penggunaan masker, dan pelembap mengikut jenis kulit pelanggan. CU5: Manicure Services Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada penjagaan kuku tangan, termasuk teknik memotong, membentuk, merawat kutikel, urutan tangan, serta penggunaan pengilat kuku dan hiasan asas. CU6: Pedicure Services Perantis didedahkan kepada teknik penjagaan kaki yang merangkumi pemotongan kuku kaki, pembersihan kutikel, rawatan tapak kaki, urutan kaki, dan aplikasi pengilat kuku dengan prosedur yang betul dan selamat. | Pahang | 1 | Program Modular |
| 8809 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF 2025 SIRI 2 MICRO-C Operasi Jualan & Pemasaran | 58 | MEGATY PROPERTY & MANAGEMENT SDN. BHD. [X00796] | Kursus ini memberikan pendedahan kepada kemahiran dalam Perkhidmatan Lepas Jualan dan Jualan Dalam Talian. Peserta akan mempelajari cara mengurus interaksi dengan pelanggan selepas pembelian, termasuk pengendalian aduan, khidmat nasihat produk, dan membina kepuasan pelanggan. Dalam modul jualan dalam talian pula, peserta akan didedahkan kepada penggunaan platform e-dagang, strategi pemasaran digital, pengurusan tempahan, dan penghantaran. Kursus ini melatih peserta untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang profesional serta meningkatkan jualan secara atas talian melalui pendekatan yang efektif dan mesra pelanggan. | Johor | 3 | Program Modular |
| 8810 | ADI PERANTISAN JUN 2025 - PERKHIDMATAN KECANTIKAN | 59 | PROFESSIONAL SKILL TRAINING CENTRE [IJ0095] | Kursus ini memberikan latihan teori dan amali dalam bidang kecantikan, merangkumi penjagaan kulit wajah, rawatan asas muka, solekan, penjagaan kuku, serta kebersihan dan keselamatan dalam perkhidmatan. Peserta akan mempelajari teknik penggunaan produk kecantikan, alat rawatan, dan kaedah perkhidmatan pelanggan yang profesional. Kursus ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang bersedia untuk bekerja di spa, salon kecantikan, atau menjalankan perniagaan sendiri dalam industri kecantikan yang kian berkembang. | Johor | 1 | Program Modular |
| 8811 | ADI PERANTISAN JUN 2025 - OPERASI PERKHIDMATAN MAKANAN & MINUMAN TAHAP 2 | 40 | TEA TIME ACADEMY [PD6139] | PENERANGAN KURSUS: OPERASI PERKHIDMATAN MAKANAN & MINUMAN TAHAP 2 (Sektor Hospitaliti & Perhotelan) Kursus ini direka untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran praktikal dalam memberikan perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) yang cekap, sopan, dan profesional di pelbagai jenis premis seperti restoran, hotel, dan kafe. Fokus kursus ini adalah untuk membina kemahiran dalam pengendalian tetamu, pengambilan pesanan, dan penyampaian perkhidmatan pelanggan bertaraf tinggi. Fokus utama kursus ini adalah: CU3: F&B Guest Order Handling Melatih peserta dalam teknik mengambil dan mencatat pesanan makanan dan minuman daripada tetamu dengan tepat dan beretika. Mengaplikasikan kemahiran komunikasi pelanggan, seperti menyambut tetamu, memahami kehendak mereka, memberi cadangan menu, dan menjawab pertanyaan dengan mesra. Memastikan ketepatan pesanan, pengesahan item yang dipesan, dan menyampaikan maklumat tersebut dengan cekap kepada dapur dan kaunter minuman. Menangani aduan atau perubahan pesanan secara profesional dan menjaga kepuasan pelanggan sepanjang proses perkhidmatan. Menggunakan sistem manual atau digital (POS) dalam mencatat dan memproses pesanan. | Johor | 2 | Program Modular |
| 8812 | ADI PERANTISAN JUN 2025 - OPERASI PERKHIDMATAN MAKANAN & MINUMAN TAHAP 2 | 40 | TEA TIME ACADEMY [PD6139] | PENERANGAN KURSUS: OPERASI PERKHIDMATAN MAKANAN & MINUMAN TAHAP 2 (Sektor Hospitaliti & Perhotelan) Kursus ini direka khas untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran asas dan praktikal dalam bidang perkhidmatan makanan & minuman (F&B). Peserta akan didedahkan kepada tatacara melayani tetamu, pengendalian pesanan, serta penyediaan dan penyampaian makanan secara profesional mengikut standard industri hospitaliti. Fokus utama kursus ini adalah: CU4: F&B Serving Melatih peserta dalam menyediakan dan menyampaikan makanan dan minuman kepada tetamu secara sopan, tepat, dan mengikut etika perkhidmatan pelanggan. Menjalankan setup meja mengikut jenis layanan seperti layanan ala carte, buffet, atau fine dining. Mengaplikasikan prosedur membawa dulang, menyusun peralatan hidangan, serta mengenal pasti jenis cutlery, crockery dan glassware yang sesuai. Menyampaikan hidangan dengan teknik layanan yang betul, termasuk kaedah perkhidmatan tangan kiri/kanan, serta memastikan keselesaan dan keselamatan tetamu. Mengurus situasi sebenar di restoran seperti permintaan khas, perubahan tempat duduk, dan pengendalian aduan secara profesional. | Johor | 2 | Program Modular |
| 8813 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA | 40 | KELUARGA MAZADEE ENTERPRISE [SI0354] | Objektif Utama: 1. Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan lepasan sekolah, penganggur, pemegang SKM dan pekerja sedia ada 2. Melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) pekerja yang memiliki 3 element kompetenci: a. Teknikal b. Sosial dan Kemanusiaan c. Metadologi dan Pembelajaran 3. Memberi laluan kerjaya 4. Meningkatkan kebolehpasaran keluaran ADI berinsentif 5. Meningkatkan bilangan pekerja mahir negara KAEDAH PELAKSANAAN 1. PELAKSANAAN - Day Release (4-5 hari disyarikat dan 1-2 hari di Pusat Latihan 2. JENIS PROGRAM - Program penuh 3. ASAS LATIHAN - Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) 4. PENILAIAN - Penilaian berterusan, Penilaian Akhir dan Penilaian Kemahiran sosial dan Nilai Sosial 5. PERSIJILAN - Sijil SKM mengikut tahap atau Penyata pencapaian Kursus modul ini direka untuk memdedahkan para peserta kepada perinsip-perinsip rekaan fesyen pakaian wanita secara menual dan juga secara digital seperti berikut: 1. Tadbir keterampilan diri 2. Praktik ciri-ciri keselamatan 3. Kendali peralatan jahitan 4. Kenali jenis-jenis fabrik 5. Kenali fesyen dan kos bahan 6. Mengambil ukur dan lakar pola 7. Gunting/potong fabrik 8. Jahit/cantum bahagian pakaian 9. Hias pakaian 10. Reka/cipta fesyen 11. Tadbir perniagaan | Kedah | 2 | Program Modular |
| 8814 | PENGAJARAN TAHFIZ | 480 | DARUL QURAN PITAS [SI0367] | Kursus ini adalah kursus persijilan Micro Credential bagi program Pengajaran Tahfiz Tahap 3 (P854-002-3:2016) bagi CU 3, CU 4 dan CU 5 Individu yang kompeten akan boleh mengajar talaqqi dan musyafahah Al Quran Juzuk 7 hingga 9 dan Tajwid Ilmi. Boleh mengajar Asas Fardhu Ain seperti Adab Hamalah al quran, Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu akhlak/Tasawuf dan Ilmu Feqah wanita Boleh menguruskan Disiplin Ibadah berkaitan solat fardhu, solat sunat, zikir, doa, qiamullail dan aktiviti riadhah pelajar. | Selangor | 3 | Program Modular |
| 8815 | MANUAL FACIAL SERVICES | 480 | CHARACTER INTERNATIONAL ACADEMY SDN BHD [PD5441] | Program latihan MANUAL FACIAL adalah program yang bertujuan untuk melatih para perantis menjadi beauty therapist. Berikut adalah deskripsi mengenai program ini: Pengetahuan Kecantikan yang Komprehensif: Program ini meliputi segala aspek perawatan kecantikan, termasuk penjagaan kulit, penjagaan wajah, manicure dan pedicure. Para perantis akan belajar cara mengidentifikasi berbagai jenis kulit muka/tangan/kaki dan masalahnya, serta memberikan solusi perawatan yang disesuaikan untuk setiap pelanggan. Latihan Kemahiran Profesional: Program kami terdiri dari pembelajaran teori dan latihan praktis. Para perantis akan belajar untuk menguasai berbagai prosedur perawatan kecantikan secara profesional, seperti pembersihan, pijatan, pengelupasan, waxing, dan lain-lain. Mereka juga akan mempelajari cara menggunakan peralatan, instrumen, dan produk dengan benar dan efektif. Pengetahuan Kesihatan dan Keselamatan: Para perantis akan menerima pelatihan tentang kesehatan dan keselamatan, termasuk standar kebersihan, prosedur disinfeksi, penggunaan bahan kimia, dan peralatan dengan aman. Mereka akan mempelajari cara mencegah penyakit menular dan masalah kulit, serta memastikan keselamatan dan kesehatan pelanggan. | Johor | 1 | Program Modular |
| 8816 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA | 40 | KELUARGA MAZADEE ENTERPRISE [SI0354] | Objektif Utama: 1. Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan lepasan sekolah, penganggur, pemegang SKM dan pekerja sedia ada 2. Melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) pekerja yang memiliki 3 element kompetenci: a. Teknikal b. Sosial dan Kemanusiaan c. Metadologi dan Pembelajaran 3. Memberi laluan kerjaya 4. Meningkatkan kebolehpasaran keluaran ADI berinsentif 5. Meningkatkan bilangan pekerja mahir negara KAEDAH PELAKSANAAN 1. PELAKSANAAN - Day Release (4-5 hari disyarikat dan 1-2 hari di Pusat Latihan 2. JENIS PROGRAM - Program penuh 3. ASAS LATIHAN - Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) 4. PENILAIAN - Penilaian berterusan, Penilaian Akhir dan Penilaian Kemahiran sosial dan Nilai Sosial 5. PERSIJILAN - Sijil SKM mengikut tahap atau Penyata pencapaian Kursus modul ini direka untuk memdedahkan para peserta kepada perinsip-perinsip rekaan fesyen pakaian wanita secara menual dan juga secara digital seperti berikut: 1. Tadbir keterampilan diri 2. Praktik ciri-ciri keselamatan 3. Kendali peralatan jahitan 4. Kenali jenis-jenis fabrik 5. Kenali fesyen dan kos bahan 6. Mengambil ukur dan lakar pola 7. Gunting/potong fabrik 8. Jahit/cantum bahagian pakaian 9. Hias pakaian 10. Reka/cipta fesyen 11. Tadbir perniagaan | Kedah | 2 | Program Modular |
| 8817 | EYEBROW & EYELASH ENHANCE SERVICES | 480 | CHARACTER INTERNATIONAL ACADEMY SDN BHD [PD5441] | Program Latihan EYEBROW & EYELASH ENHANCES SERVIS adalah program yang bertujuan untuk melatih perantis menjadi pakar dalam kecantikan mata. Program ini merangkumi: Pengetahuan Menyeluruh Mengenai Mata: Kursus ini meliputi pelbagai aspek kecantikan mata, termasuk penjagaan mata, sambungan bulu mata, pengangkatan bulu mata dengan keratin, pewarnaan kening dan bulu mata, serta penyingkiran bulu secara manual. Perantis akan mempelajari cara mengenal pasti keadaan mata untuk menyediakan rawatan yang disesuaikan bagi setiap pelanggan, mereka bentuk sambungan bulu mata yang sesuai berdasarkan bentuk mata pelanggan, melakukan pewarnaan kening dan bulu mata mengikut warna kulit pelanggan, serta menyediakan perkhidmatan penyingkiran bulu mengikut keperluan pelanggan. Latihan kemahiran profesional: Kursus kami termasuk pembelajaran teori dan latihan praktikal. Perantis akan belajar untuk menguasai pelbagai prosedur penjagaan kecantikan mata/penyingkiran rambut, seperti perundingan pelanggan, pengauditan, langkah penjagaan yang betul, dll. Mereka juga akan belajar cara menggunakan peralatan, instrumen dan produk dengan betul dan berkesan. Pengetahuan Kesihatan dan Keselamatan: Para perantis akan menerima pelatihan tentang kesehatan dan keselamatan, termasuk standar kebersihan, prosedur disinfeksi, penggunaan bahan kimia, dan peralatan dengan aman. Mereka akan mempelajari cara mencegah penyakit menular dan masalah kulit, serta memastikan keselamatan dan kesehatan pelanggan. | Johor | 2 | Program Modular |
| 8818 | MUSCULOSKELETAL TUINA | 480 | CHARACTER INTERNATIONAL ACADEMY SDN BHD [PD5441] | Musculoskeletal Tuina merupakan kaedah rawatan semula jadi yang tidak memerlukan pembedahan atau penggunaan ubat-ubatan. Ini bermakna ia biasanya tidak menyebabkan kesan sampingan atau komplikasi, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur dan lapisan masyarakat. Dengan gaya hidup moden masa kini, ramai individu—daripada kanak-kanak hingga warga emas—menghadapi masalah kesihatan berkaitan otot dan rangka. Melalui teknik manual yang halus dan khusus, urutan ini dapat melegakan ketegangan otot dan membantu mengimbangi struktur muskuloskeletal, sekaligus menyokong peningkatan tahap kesihatan keseluruhan badan. Urutan ini juga membantu melancarkan peredaran darah dan sistem limfa, yang penting untuk mengurangkan kesakitan serta ketidakselesaan lain. Selain itu, ia boleh membantu memperbaiki postur badan, meningkatkan kualiti tidur, menstabilkan emosi, dan menguatkan sistem imun badan. Sebagai satu bentuk terapi semula jadi yang berkesan dan berkos rendah, urutan muskuloskeletal semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Ia bukan sahaja memenuhi keperluan kesihatan semasa, malah turut membuka peluang dalam bidang kerjaya dan keusahawanan berkaitan kesihatan alternatif dan pelengkap. | Johor | 3 | Program Modular |
| 8819 | GRAPHIC EDITING | 30 | PUSAT KOMPUTER INFOTEK [PD0246] | GRAPHIC EDITING - CU 5 The person who is competent in this CU shall be able to provide artwork enhancement services including image manipulation, colour correction, composition and special effect to ensure final artwork produced according to job specification and customer requirements. Upon completion of this competency unit, trainees will be able to: • Interpret graphic editing job brief • Prepare graphic editing work • Execute graphic editing • Carry out artwork documentation | Sabah | 3 | Program Modular |
| 8820 | Seni Hiasan Kuku | 40 | OMG ACADEMY [PD6085] | Kursus seni hiasan kuku adalah program latihan yang mengajar kemahiran dalam memberi konsultasi dan merawat kuku pelanggan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam NOSS. Peserta akan belajar teknik menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan kuku dirawat dengan baik. Kursus ini sesuai untuk sesiapa yang berminat dalam industri kecantikan dan ingin menjadi pakar dalam perkhidmatan rawatan kuku. Peserta juga turut menjalani latihan praktikal untuk menyiap-siagakan mereka dalam dunia perniagaan yang sangat kompetitif. | Sabah | 3 | Program Modular |

