Senarai Kursus

Senarai Kursus

Memaparkan 4,741-4,760 daripada 5,011 items.
#Nama KursusJumlah Hari BekerjaPusat Bertauliah [Kod Pusat]Penerangan KursusNegeriTahap ProgramKategori Program
  
4741DANDANAN RAMBUT 60INSTITUT KECANTIKAN NUVIS SABAH [IS0069]ADI Berinsentif 2026Sabah2Program Modular
4742PENYELIAAN OPERASI MASJID90DARUL QURAN [SI0264]CO 2 LAKSANA BACAAN SURAH AS SAJADAH DAN AL INSAN
WA 1 : Buat aktiviti tahsin surah as sajadah
WA 2 : Buat aktiviti tahsin surah al insan

CO 3 LAKSANA PROGRAM ASAS FARDU 'AIN
WA 1 : Kendali program asas ilmu tauhid
WA 2 : Kendali program asas ilmu fiqh taharah
WA 3 : Kendali program asas ilmu fiqh ibadah (solat)
WA 4 : Kendali program asas ilmu fiqh ibadah (wanita)
WA 5 : Kendali program ilmu fiqh sembelihan
WA 6 : Kendali program asas ilmu tasawuf dan akhlak

CO 5 LAKSANA TUGAS PENGENDALIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
WA 1 : Kendali peralatan teknologi komunikasi dan sistem audio visual
WA 2 : Bina sistem e-filing masjid
WA 3 : Buat pangkalan data ahli kariah
WA 4 : Bina slaid pembentangan dan hamparan dokumen
Selangor3Program Modular
4743ADI PERANTISAN SKM LEVEL 1 - PERKHIDMATAN KECANTIKAN88PROFESSIONAL SKILL TRAINING CENTRE [IJ0095]Program ini merangkumi latihan teori dan amali dalam bidang perkhidmatan kecantikan, antaranya:

Pematuhan keselamatan, kesihatan dan kebersihan tempat kerja.
Rawatan wajah asas.
Penjagaan tangan dan kaki (manicure & pedicure).
Teknik solekan asas.
Perkhidmatan pelanggan dan operasi salon kecantikan.

Sepanjang tempoh latihan selama 88 hari bekerja, peserta akan mempelajari kemahiran teknikal, penggunaan peralatan dan produk kecantikan, komunikasi pelanggan serta amalan kerja profesional mengikut prosedur operasi standard (SOP) industri.
Johor1Program Penuh
4744PEMBUATAN ROTI 60FOCAS ACADEMY [PD6213]Program modular ini memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam menghasilkan produk bakeri mengikut amalan industri serta Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Peserta akan mempelajari aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan makanan, penyediaan pelbagai jenis inti manis dan savory, teknik menghasilkan donut, bun dan pizza, termasuk penyediaan doh, pembentukan, pembakaran, penggorengan, pemilihan topping, kawalan kualiti serta persembahan produk mengikut standard industri.Pahang2Program Modular
4745PEMBUATAN PAKAIAN WANITA60FOCAS ACADEMY [PD6213]Program Micro-Credential Pembuatan Pakaian Wanita dibangunkan bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan semasa industri tekstil, pakaian dan fesyen negara. Program ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran secara menyeluruh merangkumi proses penghasilan produk pakaian wanita bermula daripada lakaran reka bentuk fesyen, penyediaan sampel jahitan tangan, pembinaan komponen pakaian, pembangunan pola (*pattern making*), penghasilan pakaian kasual serta penghasilan pakaian kontemporari mengikut spesifikasi, standard kualiti dan amalan kerja industri.

Sepanjang **480 jam latihan**, peserta akan mengikuti pembelajaran berasaskan kompetensi (**Competency Based Training – CBT**) yang menggabungkan teori, latihan amali intensif, simulasi persekitaran kerja sebenar, projek berasaskan industri serta penilaian kompetensi. Pendekatan ini membolehkan peserta menguasai keseluruhan proses pembangunan produk pakaian daripada peringkat reka bentuk sehingga menghasilkan produk siap yang memenuhi kehendak pelanggan, spesifikasi pengeluaran dan piawaian industri.

Program ini merangkumi enam (6) **Competency Unit (CU)** iaitu:

C141-005-2:2021-C01 – *Ladies Garment Fashion Design Illustration*
C141-005-2:2021-C02 – *Ladies Garment Hand Stitching Sample Making*
C141-005-2:2021-C03 – *Ladies Garment Component Making*
C141-005-2:2021-C04 – *Ladies Garment Pattern Making*
C141-005-2:2021-C05 – *Ladies Garment Casual Wear Making*
C141-005-2:2021-C07 – *Ladies Garment Contemporary Wear Making*

Pemilihan enam (6) CU ini adalah bertepatan dengan keperluan industri semasa kerana ia membentuk rantaian kerja lengkap (*end-to-end garment production workflow*) yang digunakan dalam sektor pembuatan pakaian, bermula daripada reka bentuk, pembangunan sampel, penyediaan komponen, pembinaan pola, proses pengeluaran sehingga penghasilan pakaian siap. Kompetensi ini merupakan kemahiran teras yang diperlukan oleh kilang pakaian, syarikat Original Equipment Manufacturer (OEM), Original Design Manufacturer (ODM), butik fesyen, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta usahawan industri kreatif.

Seiring dengan perkembangan **Industri 4.0**, pendigitalan proses reka bentuk, peningkatan permintaan terhadap pengeluaran pakaian berkualiti, perkembangan platform e-dagang serta pertumbuhan jenama fesyen tempatan, industri memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja mahir menjahit tetapi turut mempunyai kompetensi dalam pembangunan pola, pembinaan produk, kawalan kualiti dan penyediaan sampel. Program ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan tersebut dengan melahirkan graduan yang bersedia memasuki pasaran kerja atau membangunkan perniagaan sendiri dalam industri pakaian dan fesyen.

Program ini sesuai diikuti oleh lepasan sekolah, belia, pekerja industri yang ingin meningkatkan kemahiran (*upskilling*), individu yang ingin beralih kerjaya (*reskilling*), serta usahawan jahitan yang ingin meningkatkan kompetensi. Setelah menamatkan program, peserta berupaya menghasilkan pakaian wanita mengikut spesifikasi industri, mengamalkan prosedur kerja yang selamat, melaksanakan kawalan kualiti, serta menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan daya saing industri pakaian negara.
Pahang2Program Modular
4746OPERASI PENGELUARAN TANAMAN78EA BRIDGE TRAINING SKILL (SABAH) [PD6052]Belajar cara tanam, jaga & hasilkan tanaman secara profesional dari awal hingga tuaian!

Teknik penanaman moden
Pengurusan ladang asas
Kawalan penyakit & perosak
Hasil tanaman berkualiti & boleh jana pendapatan
Sabah3Program Modular
4747PEMBUATAN PAKAIAN WANITA PENGAMBILAN SEP 2026 SIRI 362MALLDRESS COLLECTION [SI0090]Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan menyeluruh kepada perantis mengenai rekaan fesyen serta proses pembuatan pakaian wanita terkini. Selaras dengan perkembangan dan trend semasa dalam kombinasi warna serta estetika fesyen, perantis diperkenalkan kepada teknik asas merangkumi proses memotong, menjahit dan pengendalian mesin jahit moden. Melalui latihan ini, perantis dapat menguasai kemahiran asas yang relevan serta memahami gambaran awal tentang keperluan dan amalan sebenar dalam industri fesyen di negara ini.Perak2Program Modular
4748PEMBUATAN PAKAIAN WANITA PENGAMBILAN SIRI3 SEP 202662MISSAN GLOBAL RESOURCES [SI0596]Kursus Pembuatan Pakaian Wanita membekalkan perantis dengan kemahiran teknikal dan kreativiti dalam rekaan serta penghasilan pakaian wanita mengikut trend fesyen semasa. Melalui latihan yang merangkumi teknik memotong, menjahit, membuat pola, pengendalian mesin jahitan moden dan pemilihan fabrik, perantis dapat menghasilkan pakaian yang berkualiti serta memenuhi kehendak pelanggan.Perak2Program Modular
4749KURSUS PENGGUNTINGAN RAMBUT 60NIK SHILA AZWIN TRADING [SI0576]KURSUS PENGGUNTINGAN RAMBUTSelangor2Program Modular
4750KURSUS DANDANAN RAMBUT60NIK SHILA AZWIN TRADING [SI0576]KURSUS DANDANAN RAMBUT Selangor2Program Modular
4751OPERASI TEKNIKAL PAKAIAN WANITA INTAKE SEPTEMBER5HARETAS UMMI FASHION [SI0279]PEMBELAJARAN SECARA TEORI DAN AMALI SELAMA 2 BULAN SEPENUH MASA . KAEDAH PERSIJILAN ADALAH DI BAWAH KAEDAH MODULAR 2 CU NOSS C141-005-3:2021 OPERASI TEKNIKAL PAKAIAN WANITAKelantan3Program Modular
4752OPERASI TEKNIKAL PAKAIAN WANITA INTAKE OKTOBER5HARETAS UMMI FASHION [SI0279]PEMBELAJARAN SECARA TEORI DAN AMALI SELAMA 2 BULAN SEPENUH MASA . KAEDAH PERSIJILAN ADALAH DI BAWAH KAEDAH MODULAR 2 CU NOSS C141-005-3:2021 OPERASI TEKNIKAL PAKAIAN WANITAKelantan3Program Modular
4753COMPUTER SYSTEM SET-UP60PUSAT KOMPUTER INFOTEK [PD0246]To assemble computer hardware, computer peripheral and installs the software and make the computer ready to be used. Sabah3Program Modular
4754PEMBUATAN PASTRI60AK INTEGRATION SDN. BHD. (CAW. KOTA BHARU) [PD6022]Kursus ini dijalankan bagi membantu perantis/pelatih mengenai pengetahuan asas dalam menyediakan produk pastri. Kursus ini akan membantu perantis/pelatih menguasai pengetahuan tentang penyediaan biskut, puding, kuih muih tempatan dan seterusnya memudahkan perantis/pelatih untuk mengaplikasikan semula dalam dunia pekerjaan ataupun di dalam perniagaan sebenar mengikut keperluan industri.Kelantan2Program Modular
4755VECTOR GRAPHICS DESIGN (DIGITAL)40PUSAT KOMPUTER INFOTEK [PD0246]CU 2 - Vector Graphics Design
Kursus Vector Graphics Design memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas dan teknik menghasilkan grafik berasaskan vektor menggunakan perisian reka bentuk profesional seperti Adobe Illustrator
Sabah3Program Modular
4756PEMBUATAN PASTRI60AK INTEGRATION SDN BHD [PD6006]Kursus ini dijalankan bagi membantu perantis/pelatih mengenai pengetahuan asas dalam menyediakan produk pastri. Kursus ini akan membantu perantis/pelatih menguasai pengetahuan tentang penyediaan biskut, puding, kuih muih tempatan dan seterusnya memudahkan perantis/pelatih untuk mengaplikasikan semula dalam dunia pekerjaan ataupun di dalam perniagaan sebenar mengikut keperluan industri.Terengganu2Program Modular
4757PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN MAKANAN60AK INTEGRATION SDN BHD [PD6006]Kursus ini dijalankan bagi melatih perantis/pelatih mengenai prosedur kebersihan dan keselamatan dapur, melaksanakan pelbagai teknik potongan sayur-sayuran dan kentang, mengaplikasikan kaedah memasak yang sesuai, serta menyediakan pelbagai jenis salad, sandwich dan hidangan sarapan mengikut resipi, teknik penyediaan dan standard kualiti serta persembahan yang ditetapkan oleh industri.Terengganu2Program Modular
4758OPERASI SERVIS MAKANAN & MINUMAN60AK INTEGRATION SDN BHD [PD6006]Kursus ini memberikan pendedahan kepada perantis/pelatih mengenai tugas dan tanggungjawab umum dan khusus sebagai seorang krew F&B. Kursus ini akan membantu perantis/pelatih menguasai perkara-perkara asas di dalam pengurusan operasi makanan dan minuman dan seterusnya memudahkan perantis/pelatih untuk mengaplikasikannya semula di dalam dunia pekerjaan.Terengganu2Program Modular
4759OPERASI PENGEMASAN60AK INTEGRATION SDN BHD [PD6006]Kursus ini memberikan pendedahan kepada perantis/pelatih mengenai kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan pengemasan dan pembersihan di kawasan hotel umumnya kawasan awam.Terengganu2Program Modular
4760GRAPHIC EDITING 60PUSAT KOMPUTER INFOTEK [PD0246]The person who is competent in this CU shall be able to provide artwork enhancement services including image manipulation, colour correction, composition and special effect to ensure final artwork produced according to job specification and customer requirements. Upon completion of this competency unit, trainees will be able to:
• Interpret graphic editing job brief
• Prepare graphic editing work
• Execute graphic editing
• Carry out artwork documentation
Sabah3Program Modular