Senarai Kursus
Memaparkan 4,701-4,720 daripada 4,931 items.
| # | Nama Kursus | Jumlah Hari Bekerja | Pusat Bertauliah [Kod Pusat] | Penerangan Kursus | Negeri | Tahap Program | Kategori Program |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 4701 | PENGENDALIAN LADANG RUMINAN | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI KAMUNTING [SI0027] | Pengendalian Ladang Ruminan mengkehendaki pelatih untuk memeriksa dan melaksanakan kerja-kerja teknikal ternakan, membancuh ratio makanan, kawalan dan rawatan penyakit, penyelenggaraan mesin dan peralatan ladang, penjagaan kualiti hasil, pengolahan sisa kumbahan dan mengurus pastura mengikut amalan pengurusan penternakan baik (GAHP) | Perak | 2 | Program Modular |
| 4702 | FABRICATION PRODUCTION-SME | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI KAMUNTING [SI0027] | Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi fabrikasi logam yang merangkumi kerja-kerja fabrikasi logam, pengimpalan, merekabentuk pola, penggunaan mesin separa automatik serta penggunaan peralatan asas dalam proses fabrikasi logam. Pelajar turut akan terlibat dengan pelbagai projek fabrikasi yang menggunakan bahan seperti keluli lembut, keluli bergalvani, aluminium dan keluli kalis karat | Perak | 2 | Program Modular |
| 4703 | JAHITAN PAKAIAN LELAKI | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI KAMUNTING [SI0027] | Kursus Jahitan Pakaian Lelaki merupakan salah satu jurusan di dalam Jabatan Fesyen Dan Pakaian. Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian adalah berdasarkan sistem keterampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan. Objektif kursus ialah memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak dan peluang pekerjaan mahir kepada belia di dalam bidang Pembuatan Pakaian Lelaki, melahirkan usahawan muda di kalangan belia dan mampu menguasai teknologi, berfikiran progresif dan dinamik serta berani mengambil risiko dalam menuju wawasan 2050 dan juga menanam semangat berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin, kreatif dan sedar pentingnya kualiti dengan aspirasi negara | Perak | 2 | Program Modular |
| 4704 | JAHITAN PAKAIAN LELAKI | 62 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI (PVI) TAWAU [SI0032] | KURSUS INI MENAWARKAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERKENAAN BIDANG INI DAN PERANTIS YANG BERJAYA MENAMATKAN LATIHAN AKAN DIANUGERAHKAN SIJIL KEMAHIRAN DARIPADA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MALAYSIA. | Sabah | 2 | Program Modular |
| 4705 | OPERASI PEMBUATAN PERABOT | 62 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI (PVI) TAWAU [SI0032] | KURSUS INI MENAWARKAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERKENAAN BIDANG INI DAN PERANTIS YANG BERJAYA MENAMATKAN LATIHAN AKAN DIANUGERAHKAN SIJIL KEMAHIRAN DARIPADA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MALAYSIA. | Sabah | 2 | Program Modular |
| 4706 | PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN MAKANAN | 86 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI (PVI) TAWAU [SI0032] | KURSUS INI MENAWARKAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERKENAAN BIDANG INI DAN PERANTIS YANG BERJAYA MENAMATKAN LATIHAN AKAN DIANUGERAHKAN SIJIL KEMAHIRAN DARIPADA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MALAYSIA. | Sabah | 2 | Program Modular |
| 4707 | ADI PERANTISAN TANPA PERUNTUKAN 2026 - PERKHIDMATAN KECANTIKAN L1 [S960-002-1:2020] | 88 | PROFESSIONAL SKILL TRAINING CENTRE [IJ0095] | Kursus ini direka untuk melatih perantis dalam melaksanakan tugasan asas berkaitan perkhidmatan kecantikan secara teratur, selamat dan profesional. Sepanjang tempoh latihan, perantis akan dibimbing oleh tenaga pengajar dan pihak industri untuk memahami proses kerja sebenar di tempat kerja. Latihan melibatkan gabungan pembelajaran teori, amali, tugasan tempat kerja, penyediaan bukti kerja, penilaian kompetensi dan pemantauan prestasi perantis. Perantis juga akan didedahkan kepada keperluan kebersihan diri, sanitasi tempat kerja, komunikasi dengan pelanggan, penyediaan peralatan, serta tatacara memberikan perkhidmatan asas kecantikan mengikut standard industri. | Johor | Program Penuh | |
| 4708 | PENGENDALIAN TANAMAN CENDAWAN (TANAH RENDAH) | 145 | PUSAT LATIHAN PERTANIAN AL FALAH (KUMPULAN PERTANIAN KELANTAN BERHAD) [PD6158] | Kursus ini adalah untuk melatih perantis dalam bidang penanaman cendawan | Kelantan | 3 | Program Penuh |
| 4709 | Brooks CU5 | 30 | VITROX TECHNICAL ACADEMY [PD6078] | Kursus ini dibuka kepada pekerja Brooks sahaja | Pulau Pinang | 3 | Program Modular |
| 4710 | SKM BEAUTY LVL 1 (G3) | 50 | V IMAGE BEAUTY GROUP SDN. BHD [SI0445] | Kursus SKM Beauty Therapy Tahap 1 ini memberi asas pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kecantikan. Peserta akan belajar kemahiran asas seperti penjagaan kulit muka, asas solekan ringan, penjagaan tangan dan kaki, serta pengendalian peralatan asas kecantikan. Kursus ini sesuai untuk mereka yang baru ingin menceburi bidang kecantikan. | Selangor | 1 | Program Modular |
| 4711 | Diploma in Accounting | 450 | APEX TECHNICAL COLLEGE [PD6214] | Program Perakaunan melatih pelajar menguasai kemahiran merekod, mengurus dan menganalisis transaksi kewangan mengikut standard perakaunan Malaysia. Pelajar mempelajari penyediaan penyata kewangan, kawalan tunai, rekod jualan dan belian, rekonsiliasi bank, serta asas cukai. Latihan praktikal memberi pendedahan kepada perisian perakaunan dan prosedur audit dalaman. Graduan mampu bekerja sebagai pembantu akaun, pegawai kewangan atau memulakan kerjaya dalam bidang pengurusan pejabat. Program ini menekankan ketepatan, integriti dan pematuhan. | Sarawak | 4 | Program Penuh |
| 4712 | SENI SOLEKAN | 59 | APSARAH BRIDAL SERVICE [SI0554] | Kursus Seni Solekan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) memberi latihan dalam teknik asas hingga profesional dalam dunia solekan. Pelajar akan belajar tentang penjagaan wajah, alat dan produk solekan, teknik solekan harian, majlis, dan penggambaran. Kursus ini membantu pelajar membina kemahiran untuk menjadi jurusolek profesional atau membuka perniagaan sendiri dalam bidang kecantikan. | Johor | 2 | Program Modular |
| 4713 | PERKHIDMATAN KECANTIKAN 2026 | 96 | N SASIA PROFESSIONAL LEARNING ACADEMY [PD5171] | PROGRAM AKADEMI DALAM INDUSTRI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PERKHIDMATAN KECANTIKAN TAHAP 1 TEMPOH LATIHAN: 4 BULAN (1 JUN 2026 - 30 SEPT 2026) SYARIKAT KERJASAMA: NORAIDA BEAUTY HOUSE (SD8232) | Kedah | 1 | Program Penuh |
| 4714 | PENGELUARAN FABRIKASI SME | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI JELEBU [SI0044] | Perantis akan belajar mengenal jenis-jenis besi, Perantis akan belajar mengukur, memotong, membentuk menjadi produk. | Negeri Sembilan | 2 | Program Modular |
| 4715 | JAHITAN PAKAIAAN LELAKI | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI JELEBU [SI0044] | Perantis akan belajar untuk menghasilkan pakaian daripada kain, bermula dari proses mengukur badan, memotong kain, menjahitsehingga menjadi sehelai pakaian seperti baju dan seluar | Negeri Sembilan | 2 | Program Modular |
| 4716 | ADI PERANTISAN SKM LEVEL 1 JUN 2026 - PERKHIDMATAN KECANTIKAN (CU1,CU2,CU3) | 66 | FACE BAR ACADEMY SDN. BHD. [PD6226] | Kursus ini memberi latihan secara teori dan praktikal kepada perantis dalam melaksanakan tugasan asas dalam industri kecantikan. Peserta akan dilatih untuk memahami keperluan pelanggan, menyediakan ruang kerja, menjaga kebersihan peralatan, mengamalkan keselamatan kerja serta membantu dalam pelaksanaan perkhidmatan kecantikan asas. Sepanjang kursus, peserta akan diberi pendedahan kepada kerja-kerja asas seperti penyediaan pelanggan, penyediaan bahan dan peralatan, amalan sanitasi, penjagaan kebersihan diri, layanan pelanggan serta pematuhan kepada arahan kerja di premis kecantikan. Program ini juga membantu peserta membina disiplin kerja, keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan sikap profesional sebelum melangkah ke tahap kemahiran yang lebih tinggi dalam bidang kecantikan. | Selangor | 1 | Program Modular |
| 4717 | MAKEUP SKM 2 | 99 | V IMAGE BEAUTY GROUP SDN. BHD [SI0445] | Kursus SKM Make Up Tahap 2 ini memberi pendedahan kepada kemahiran asas dan lanjutan dalam bidang solekan. Peserta akan mempelajari teknik solekan harian, majlis khas, perkahwinan, serta solekan mengikut tren semasa. Kursus ini juga merangkumi pengetahuan tentang penjagaan kulit asas, penggunaan produk, pemilihan warna, serta etika dan keselamatan semasa menjalankan kerja sebagai jurusolek. | Selangor | 2 | Program Modular |
| 4718 | DANDANAN RAMBUT | 60 | ARTIST ACADEMY [IQ0027] | Kursus SLDN Dandanan Rambut tahap 2 ini telah dibangunkan dengan memfokuskan kepada perkhidmatan dandanan rambut seperti menggunting , rawatan rambut serta men-gaplikasikan kemahiran dan kepakaran untuk menjana pendapatan. Program pengajian ini, menjurus kepada usaha untuk melahirkan usahawan yang berkemahiran, berketerampilan dan berpengetahuan luas dalam bidang dandanan rambut. Selaras dengan perkembangan globalisasi program ini dirangka untuk melahirkan golongan belia yang kompetitif, kreatif, inovasi dan mempunyai keupayaan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan serta diterapkan jati diri kenegaraan melalui jati diri sebagai tambahan program. Melalui program ini, pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teori dun amali. Subjek Teras Tahap 2 C01 - Hair Care Consultation C02 - Hair Shampooing C03 - Hair Styling | Sarawak | 2 | Program Modular |
| 4719 | OPERATOR PENGELUARAN PERABOT | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI POKOK SENA [SI0056] | Kursus Operasi Pembuatan Perabot memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta dalam bidang penghasilan perabot kayu secara profesional. Pelatih akan didedahkan kepada kemahiran asas dan lanjutan dalam membaca pelan, memilih bahan, menggunakan mesin dan peralatan bengkel serta membina perabot mengikut spesifikasi teknikal dan kehendak pelanggan. | Kedah | 2 | Program Modular |
| 4720 | PENGENDALIAN TANAMAN CENDAWAN (TANAH RENDAH) | 280 | PUSAT LATIHAN PERTANIAN AL FALAH (KUMPULAN PERTANIAN KELANTAN BERHAD) [PD6158] | Kursus ini adalah untuk melatih perantis dalam bidang penanaman cendawan | Kelantan | 3 | Program Penuh |

