Senarai Kursus
Memaparkan 4,681-4,700 daripada 5,011 items.
| # | Nama Kursus | Jumlah Hari Bekerja | Pusat Bertauliah [Kod Pusat] | Penerangan Kursus | Negeri | Tahap Program | Kategori Program |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 4681 | CLOSED CIRCUIT TELEVISION (CCTV) INSTALLATION | 35 | KASANIRA TECHNOLOGIES SDN BHD [SI0467] | CCTV | Kelantan | 3 | Program Modular |
| 4682 | URUT TERAPI TAHAP 3 BATCH 2026 | 5 | ST. NICHOLAS' HOME PENANG [SI0125] | Kursus modul ini direka untuk mendedahkan para peserta kepada prinsip-prinsip dan procedure urutan terapi yang meliputi Urutan Seluruh Badan dan Urutan Kaki dan Tangan. | Pulau Pinang | 3 | Program Modular |
| 4683 | SERVIS DIAGNOSTIK - KENDERAAN RINGAN | 5 | SUGEE & FAMILY SDN BHD [SI0269] | Kursus ini direka untuk mendedahkan para peserta kepada prinsip-prinsip servis diagnostik kenderaan ringan yang meliputi kepada dua, iaitu Core Competency dan Elective Competency. Kursus ini memfokuskan kepada usaha untuk memberi peluang kepada pelajar yang tercicir yang tidak berjaya menamatkan persekolahan mereka. disamping itu, kursus ini juga bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir selaras dengan RMK-12 dan mempersijilkan tenaga pekerja mahir seiring dengan kemajuan negara. | Sabah | 3 | Program Modular |
| 4684 | Penyeliaan dan Operasi Penanaman Kelapa Sawit Tahap 3 | 294 | SALCRA Bajo Training Centre [PD6072] | Program Akademi Dalam Industri (ADI) Pekerjaan – Penyeliaan dan Operasi Penanaman Kelapa Sawit Tahap 3 merupakan program latihan berasaskan pekerjaan yang dibangunkan untuk meningkatkan kompetensi pekerja dalam bidang penyeliaan dan pengurusan operasi perladangan kelapa sawit mengikut keperluan industri semasa. Program ini menggabungkan pembelajaran teori dan latihan praktikal di tempat kerja bagi membolehkan peserta memperoleh pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman sebenar dalam melaksanakan tugas-tugas operasi ladang secara sistematik dan berkesan. Antara kompetensi utama yang diberi penekanan termasuk penyeliaan operasi penanaman kelapa sawit, penjagaan dan penyelenggaraan ladang, pengurusan pembajaan, penyeliaan aktiviti penuaian dan pengumpulan hasil, pentadbiran operasi lapangan, kawalan kualiti pengeluaran, serta penggunaan mekanisasi dalam operasi perladangan. Melalui pendekatan work-based learning, peserta akan dilatih secara langsung dalam persekitaran industri dengan bimbingan pegawai penyelia dan tenaga pengajar yang berkelayakan, bagi memastikan setiap peserta mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan oleh standard pekerjaan kebangsaan. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan laluan pembangunan kerjaya kepada pekerja industri bagi memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, seterusnya meningkatkan produktiviti, profesionalisme, dan peluang kenaikan pangkat dalam sektor perladangan kelapa sawit. | Sarawak | 3 | Program Penuh |
| 4685 | DANDANAN RAMBUT | 72 | GEORGE HAIR & BEAUTY SALON [SI0516] | Kursus Dandanan Rambut ini merupakan program latihan kemahiran profesional yang memberi pendedahan dalam teknik penjagaan, potongan, penggayaan, pewarnaan dan rawatan rambut mengikut standard industri salon. Kursus ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir serta usahawan dalam bidang dandanan rambut melalui latihan teori dan amali secara hands-on. Pelajar juga didedahkan dengan SOP salon, konsultasi pelanggan dan pengurusan asas salon. | Sarawak | 2 | Program Modular |
| 4686 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA | 40 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI BATU GAJAH PERAK [SI0054] | KURSUS JAHITAN PAKAIAN WANITA | Perak | 2 | Program Modular |
| 4687 | OPERASI PEMBUATAN PERABOT | 40 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI BATU GAJAH PERAK [SI0054] | KURSUS BERKAITAN PEMBUATAN PERABOT | Perak | 2 | Program Modular |
| 4688 | PASTRY PRODUCTION | 40 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI POKOK SENA [SI0056] | Kursus Pastry Filling, Cream Pudding & Cookies Preparation ini direka khas untuk peserta yang ingin memulakan atau mempertingkatkan kemahiran dalam seni pembuatan pencuci mulut (dessert) dan biskut komersial. | Kedah | 2 | Program Modular |
| 4689 | OPERATOR PENGELUARAN PERABOT | 40 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI POKOK SENA [SI0056] | Program latihan kemahiran ini memberi tumpuan menyeluruh kepada teknologi reka bentuk, pemesinan kayu, dan pengeluaran perabot secara sistematik. Pelatih didedahkan kepada aliran kerja industri bermula daripada penterjemahan pelan teknikal, pemilihan bahan mentah, penggunaan mesin industri (seperti mesin CNC), sehinggalah kepada teknik pemasangan serta kekemasan akhir perabot (finishing). | Kedah | 2 | Program Modular |
| 4690 | LADIES GARMENT MAKING | 40 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI POKOK SENA [SI0056] | Bidang Ladies Garment Making (Pembuatan Pakaian Wanita) adalah sebuah bidang kemahiran teknikal di bawah industri fesyen dan tekstil yang memfokuskan kepada proses menghasilkan pelbagai jenis pakaian wanita daripada peringkat awal lakaran sehingga pakaian siap. | Kedah | 2 | Program Modular |
| 4691 | PENGELUARAN FABRIKASI - SME (FABRICATION PRODUCTION ) | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI POKOK SENA [SI0056] | Kursus Pengeluaran Fabrikasi (khususnya Fabrikasi Logam/Struktur) adalah sebuah program latihan kemahiran teknikal yang memfokuskan kepada proses mereka bentuk, memotong, membentuk, memasang, dan membaiki produk atau struktur yang berasaskan logam. | Kedah | 2 | Program Modular |
| 4692 | TAHAP 2 PENYELARASAN OPERASI MASJID | 40 | AKADEMI LATIHAN AL-MUHAMMADI (ALAMi) [PD6151] | Kursus Penyelarasan Pengoperasian Masjid Tahap 2 merupakan kursus lanjutan yang bertujuan memperkukuhkan kemahiran pengurusan dan penyelarasan operasi masjid secara lebih sistematik, profesional dan berkesan meliputi aspek tadbir urus, pengimarahan masjid, pengurusan program, dokumentasi, kewangan serta pemantapan fungsi jawatankuasa masjid agar selaras dengan keperluan semasa dan garis panduan pihak berkuasa agama dalam memperkasakan institusi masjid sebagai pusat pembangunan ummah. | Kelantan | 2 | Program Modular |
| 4693 | Kursus Gunting Rambut | 40 | HILLMEN ACADEMY [PD6266] | Kursus ini adalah untuk melatih perantis dalam bidang gunting rambut. | Melaka | 2 | Program Modular |
| 4694 | PELEPA | 62 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI (PVI) TAWAU [SI0032] | KURSUS INI MENAWARKAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERKENAAN BIDANG INI DAN PERANTIS YANG BERJAYA MENAMATKAN LATIHAN AKAN DIANUGERAHKAN SIJIL KEMAHIRAN DARIPADA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MALAYSIA. | Sabah | 1 | Program Modular |
| 4695 | ADI PERANTISAN TANPA PERUNTUKAN JUN 2026 - OPERASI SISTEM KOMPUTER (CU1,CU2,CU3) | 88 | LSP PRO SKILL ACADEMY [PD6269] | Kursus Operasi Sistem Komputer memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas penggunaan, pengurusan dan penyelenggaraan sistem komputer. Peserta akan mempelajari fungsi sistem operasi, pengurusan fail, pemasangan perisian asas, konfigurasi sistem, keselamatan komputer serta penyelesaian masalah komputer secara asas. Kursus ini sesuai untuk peserta yang ingin meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan sokongan komputer. | Perak | 3 | Program Modular |
| 4696 | Barber Maintenance dan Shampoo and Scalp Treatment | 38 | HILLMEN ACADEMY [PD6266] | Kursus ini untuk melatih perantis untuk menjadi barber pemula dalam bidang gunting rambut. | Melaka | 2 | Program Modular |
| 4697 | OPERASI PENGELUARAN TANAMAN | 386 | COE PPK KUALA LANGAT [SI0631] | Operasi pengeluaran tanaman ialah proses mengurus dan menjalankan aktiviti pertanian untuk menghasilkan tanaman bermula daripada penyediaan kawasan hingga hasil dipasarkan. Aktiviti utama meliputi: penyediaan tanah, pemilihan benih, penanaman, pembajaan dan pengairan, kawalan perosak serta penyakit, penuaian, dan pengendalian hasil selepas tuai. Operasi ini bertujuan memastikan tanaman dapat dihasilkan dengan berkualiti, selamat, produktif, dan memberi keuntungan kepada pengusaha pertanian. | Selangor | 3 | Program Penuh |
| 4698 | OPERASI AKUAKULTUR AIR TAWAR | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI KAMUNTING [SI0027] | Menjalankan kerja-kerja mengambil sampel, penyediaan tempat ternakan, pencegahan dan kawalan penyakit, penuaian dan pembungkusan hasil ternakan, merekod dan membuat jadual kerja serta mengkoordinasikan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan. | Perak | 2 | Program Modular |
| 4699 | PENGENDALIAN LADANG RUMINAN | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI KAMUNTING [SI0027] | Pengendalian Ladang Ruminan mengkehendaki pelatih untuk memeriksa dan melaksanakan kerja-kerja teknikal ternakan, membancuh ratio makanan, kawalan dan rawatan penyakit, penyelenggaraan mesin dan peralatan ladang, penjagaan kualiti hasil, pengolahan sisa kumbahan dan mengurus pastura mengikut amalan pengurusan penternakan baik (GAHP) | Perak | 2 | Program Modular |
| 4700 | FABRICATION PRODUCTION-SME | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI KAMUNTING [SI0027] | Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi fabrikasi logam yang merangkumi kerja-kerja fabrikasi logam, pengimpalan, merekabentuk pola, penggunaan mesin separa automatik serta penggunaan peralatan asas dalam proses fabrikasi logam. Pelajar turut akan terlibat dengan pelbagai projek fabrikasi yang menggunakan bahan seperti keluli lembut, keluli bergalvani, aluminium dan keluli kalis karat | Perak | 2 | Program Modular |

