Senarai Kursus
Memaparkan 4,621-4,640 daripada 4,876 items.
| # | Nama Kursus | Jumlah Hari Bekerja | Pusat Bertauliah [Kod Pusat] | Penerangan Kursus | Negeri | Tahap Program | Kategori Program |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 4621 | Jahitan2026_Penuh | 120 | PUSAT SLDN TEST SDN BHD [MP0001] | . | Selangor | 2 | Program Penuh |
| 4622 | PENGGUNTINGAN RAMBUT SESI MEI JULAI 2026 | 5 | KHAL HAIR SALON [SI0479] | Program Kurus Modular ADi Perantisan Berinsentif Pengguntingan Rambut Tahap 3 Adalah kursus berasaskan pengetahuan dan latihan amali yang lebih intensif membabitkan bidang pengguntingan rambut terutamanya lelaki. Ianya merangkumi aspek klasik, moden dan kreativiti dalam pemotongan rambut serta elemen penggayaan rambut lelaki. dan Ia juga memperkenalkan perkara peruncitan dalam bidang pengguntingan rambut sebagai cabang perniagaan mengikut standard industri yang di gunapakai di serata dunia. Melalui kursus ini, perantis dapat memahami dan melakukan servis pengguntingan rambut dengan lebih efisien dan mengikut tahap keperluan industri. | Selangor | 3 | Program Modular |
| 4623 | PENGGUNTINGAN RAMBUT SESI OGOS SEPTEMBER 2026 | 5 | KHAL HAIR SALON [SI0479] | Program Kurus Modular ADi Perantisan Berinsentif Pengguntingan Rambut Tahap 3 Adalah kursus berasaskan pengetahuan dan latihan amali yang lebih intensif membabitkan bidang pengguntingan rambut terutamanya lelaki. Ianya merangkumi aspek klasik, moden dan kreativiti dalam pemotongan rambut serta elemen penggayaan rambut lelaki. dan Ia juga memperkenalkan perkara peruncitan dalam bidang pengguntingan rambut sebagai cabang perniagaan mengikut standard industri yang di gunapakai di serata dunia. Melalui kursus ini, perantis dapat memahami dan melakukan servis pengguntingan rambut dengan lebih efisien dan mengikut tahap keperluan industri. | Selangor | 3 | Program Modular |
| 4624 | PENGOPERASIAN MASJID | 5 | AKADEMI LATIHAN ISLAM DARUL AMAN [PD6156] | Tahap 1 CU1 merangkumi pengendalian urusan dokumentasi masjid yang melibatkan pelaksanaan perekodan, penyediaan, dan pengedaran dokumentasi masjid serta pemeriksaan penggunaan peralatan operasi masjid. Aktiviti ini memastikan pengurusan dokumentasi dilakukan secara sistematik dan efisien. Tahap 1 CU2 pula memberi fokus kepada pengendalian perkhidmatan kaunter masjid. Tugas utama termasuk melaksanakan perkhidmatan kaunter hadapan, menjalankan komunikasi awam, mengatur temu janji pelawat, dan memantau keselamatan di kaunter masjid. Ini bertujuan untuk memastikan urusan di kaunter berjalan lancar dan profesional. Tahap 1 CU3 melibatkan tugas sokongan operasi masjid. Aktiviti ini merangkumi penyediaan jadual tugas pegawai masjid, pencatatan arahan tugas, pengurusan keperluan logistik, pelaksanaan perolehan masjid, serta pengendalian aktiviti kewangan. Selain itu, ia juga melibatkan penyelarasan operasi masjid, pengurusan keperluan ahli kariah, dan pengemaskinian laporan operasi. Aktiviti ini penting untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan operasi masjid secara keseluruhan. Tahap 1 CU4 menumpukan kepada pelaksanaan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Az-Zalzalah. Aktiviti ini termasuk tahsin bagi setiap surah tersebut dengan tujuan memperbaiki dan meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran. Tahap 1 CU5 pula melibatkan bacaan dan aktiviti tahsin bagi surah-surah dari Surah Al-‘Aadiyat hingga Surah Quraisy. Aktiviti ini meliputi tahsin bacaan bagi surah-surah tersebut, dengan fokus kepada memperkemas dan memperindah bacaan Al-Quran untuk manfaat ahli kariah. | Kedah | 1 | Program Modular |
| 4625 | JAHITAN PAKAIAN WANITA SESI 2 2026 | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI (PVI) WANITA KOTA KINABALU [SI0041] | KURSUS JJAHITAN PAKAIAN WANITA SESI KE -2 MELIBATKAN 3 CU YANG DIJALANKAN SELAMA 3 BULAN | Sabah | 2 | Program Modular |
| 4626 | PERKHIDMATAN PEMBAIKAN KENDERAAN RINGAN | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI TELOK MAS [SI0307] | Kursus Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan Tahap 2 (G452-002-2:2018) merupakan program latihan kemahiran yang memberi pendedahan kepada pelatih dalam asas penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan ringan seperti kereta penumpang. Kursus ini menekankan kemahiran praktikal serta pengetahuan teknikal yang diperlukan dalam industri automotif. | Melaka | 2 | Program Modular |
| 4627 | OPERASI PENYELENGGARAAN TAMAN | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI TELOK MAS [SI0307] | Kursus Operasi Penyelenggaraan Taman Tahap 1 (LE-020-1:2011) merupakan program kemahiran asas yang memberi pendedahan kepada pelatih dalam kerja-kerja penyelenggaraan taman dan landskap. Kursus ini menumpukan kepada kemahiran praktikal bagi memastikan kawasan taman sentiasa bersih, teratur dan menarik. | Melaka | 1 | Program Modular |
| 4628 | OPERASI PENGELUARAN TANAMAN | 100 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI (PVI) KENINGAU [SI0329] | MELIBATKAN 3 CU OPERASI PENGELUARAN TANAMAN | Sabah | 3 | Program Modular |
| 4629 | PERSEMBAHAN INSTRUMEN BERTALI | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI TELOK MAS [SI0307] | Kursus Persembahan Instrumen Bertali Tahap 3 (AC-041-3:2014) merupakan program latihan kemahiran yang memberi fokus kepada penguasaan teknik permainan alat muzik bertali seperti gitar, violin, cello dan alat bertali lain secara profesional. Kursus ini menekankan pembangunan kemahiran teknikal, ekspresi muzik serta kebolehan membuat persembahan yang berkualiti sama ada secara solo mahupun berkumpulan. Pelatih akan didedahkan kepada pembacaan dan interpretasi notasi muzik, latihan teknik permainan yang betul, kawalan tona dan dinamik, serta koordinasi dalam persembahan ensemble. Selain itu, pelatih juga akan mempelajari aspek persediaan persembahan seperti latihan (rehearsal), etika pentas, pengurusan masa dan komunikasi dengan ahli kumpulan. Kursus ini turut memberi penekanan kepada pembinaan keyakinan diri, disiplin latihan dan kreativiti dalam menyampaikan persembahan muzik yang menarik dan berkesan kepada penonton, selaras dengan keperluan industri seni persembahan. | Melaka | 3 | Program Modular |
| 4630 | PEMBUAT PAKAIAN WANITA | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI TELOK MAS [SI0307] | Kursus Pembuat Pakaian Wanita Tahap 2 (C141-005-2:2021) merupakan program latihan kemahiran yang memberi fokus kepada penghasilan pakaian wanita secara sistematik bermula daripada pengambilan ukuran, penyediaan pola, pemotongan fabrik hingga ke proses jahitan dan kemasan akhir. Pelatih akan mempelajari teknik asas dan pertengahan dalam pembuatan pakaian seperti baju kurung, blouse, skirt dan pakaian kasual wanita. Kursus ini menekankan ketepatan ukuran, kekemasan jahitan serta penggunaan teknik yang betul bagi menghasilkan pakaian yang berkualiti dan selesa dipakai. Selain itu, pelatih juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan peralatan jahitan, pemilihan fabrik yang sesuai serta amalan keselamatan dan kebersihan di tempat kerja. Aspek kreativiti dan rekaan juga diberi perhatian bagi membolehkan pelatih menghasilkan pakaian mengikut trend semasa dan kehendak pelanggan. | Melaka | 2 | Program Modular |
| 4631 | PEMBUATAN PASTRI | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI TELOK MAS [SI0307] | Kursus Pembuatan Pastri Tahap 2 (HT-014-2:2011) merupakan program latihan kemahiran yang memberi penekanan kepada teknik asas dan pertengahan dalam penyediaan pelbagai jenis produk pastri. Kursus ini melatih pelatih menghasilkan produk seperti kek, biskut, roti, pencuci mulut dan produk bakeri lain mengikut standard industri. Pelatih akan didedahkan kepada keseluruhan proses pembuatan pastri bermula daripada penyediaan bahan (mise en place), teknik pencampuran adunan, pembakaran, hiasan serta penyimpanan produk. Selain itu, pelatih juga mempelajari penggunaan peralatan dapur dengan betul, pematuhan resipi standard serta kawalan kualiti produk. Kursus ini turut menekankan aspek kebersihan, keselamatan makanan dan amalan sanitasi, di samping membentuk sikap disiplin, kreativiti dan ketelitian dalam menghasilkan produk pastri yang berkualiti tinggi dan menarik. | Melaka | 2 | Program Modular |
| 4632 | JAHITAN PAKAIAN LELAKI | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI TELOK MAS [SI0307] | Kursus Jahitan Pakaian Lelaki Tahap 2 (C141-001-2:2017) merupakan program latihan kemahiran yang memberi fokus kepada penghasilan pakaian lelaki secara sistematik dan berkualiti. Kursus ini melatih pelatih dalam proses lengkap pembuatan pakaian bermula daripada pengambilan ukuran badan, penyediaan pola, pemotongan fabrik, proses jahitan hingga ke kemasan akhir. Pelatih akan mempelajari teknik jahitan bagi menghasilkan pelbagai jenis pakaian lelaki seperti kemeja, seluar, baju Melayu dan pakaian kasual. Penekanan diberikan kepada ketepatan ukuran, kekemasan jahitan serta penggunaan teknik yang betul mengikut standard industri. Selain itu, pelatih turut didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan peralatan, pemilihan fabrik yang sesuai serta amalan keselamatan dan kebersihan di tempat kerja. Kursus ini juga menggalakkan kreativiti dan kemahiran menghasilkan pakaian mengikut kehendak pelanggan dan trend semasa. | Melaka | 2 | Program Modular |
| 4633 | PENGELUARAN FABRIKASI SME | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI TELOK MAS [SI0307] | Kursus Pengeluaran Fabrikasi SME Tahap 2 (C259-002-2:2016) merupakan program latihan kemahiran yang memberi fokus kepada kerja-kerja asas dalam fabrikasi logam di sektor industri kecil dan sederhana (SME). Kursus ini melatih pelatih dalam menghasilkan produk berasaskan logam melalui proses pemotongan, pembentukan, penyambungan dan kemasan. Pelatih akan didedahkan kepada kemahiran membaca lukisan teknikal, mengukur bahan dengan tepat, serta menggunakan pelbagai peralatan seperti mesin pemotong, mesin kimpalan dan alatan tangan. Selain itu, pelatih juga mempelajari teknik kimpalan asas seperti MIG, TIG dan kimpalan arka. Kursus ini turut menekankan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), pematuhan prosedur kerja serta pengendalian bahan dan peralatan dengan betul bagi memastikan hasil kerja yang berkualiti dan selamat. | Melaka | 2 | Program Modular |
| 4634 | PERSEMBAHAN RITMA BERKUMPULAN | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI TELOK MAS [SI0307] | Kursus Persembahan Ritma Berkumpulan Tahap 2 (AC-030-2:2014) merupakan program latihan kemahiran yang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas dan pertengahan dalam persembahan muzik berasaskan ritma secara berkumpulan. Kursus ini melatih pelatih menggunakan alat muzik perkusi seperti kompang, drum, cajon dan alat ritma lain secara tersusun dan harmoni. Pelatih akan didedahkan kepada teknik asas permainan ritma, pembacaan corak ritma, koordinasi kumpulan serta disiplin latihan (rehearsal). Selain itu, pelatih juga akan mempelajari kemahiran persembahan seperti susunan formasi, kawalan tempo, komunikasi antara ahli kumpulan serta etika persembahan di pentas. Kursus ini turut menekankan aspek kerjasama berpasukan, keyakinan diri dan kreativiti dalam menghasilkan persembahan ritma yang menarik, bertenaga dan berkualiti selaras dengan keperluan industri seni persembahan. | Melaka | 2 | Program Modular |
| 4635 | OPERASI PEMBUATAN PERABOT | 90 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI SUNGAI PETANI [SI0311] | Memberi latihan kemahiran kepada belia tempatan dalam bidang operasi pemesinan kerja kayu dan pembuatan perabot dan seterusnya menjadi sebahagian daripada tenaga kerja tempatan dalam sektor perkayuan. | Kedah | 2 | Program Modular |
| 4636 | PENGELUARAN FABRIKASI – SME | 90 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI SUNGAI PETANI [SI0311] | Memberi latihan kemahiran kepada belia tempatan dalam bidang operasi pngeluaran fabrikasi dan seterusnya menjadi sebahagian daripada tenaga kerja tempatan dalam sektor logam. | Kedah | 2 | Program Modular |
| 4637 | MOTOSIKAL - PENYELENGGARAAN & PERKHIDMATAN | 90 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI SUNGAI PETANI [SI0311] | Dalam kursus ini, pelajar akan belajar menyelenggara dan membaikpulih enjin, sistem pacuan, sistem brek, sistem stereng, sistem gantungan dan memasang komponen kenderaan dan memandu uji serta teknik-teknik keselamatan. | Kedah | 1 | Program Modular |
| 4638 | ADI PERANTISAN TANPA PERUNTUKAN MEI 2026 MICRO-CREDENTIAL OPERASI PEMBUATAN PERABOT [RB-050-2:2012] | 22 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI SUNGAI UDANG [SI0050] | Program ini adalah bertujuan mendedahkan perantis mengenai bidang Operasi Pembuatan Perabot dari asas sehingga peringkat pertengahan. Perantis diajar mengambil ukuran, membuat lakaran, memotong, membuat kemasan, mengecat, pembungkusan produk dan penggunaan pelbagai jenis mesin dengan kaedah yang betul. Perantis juga diajar tentang asas perniagaan dari pengiraan kos bahan hingga pasaran produk. | Melaka | 2 | Program Modular |
| 4639 | ADI PERANTISAN TANPA PERUNTUKAN MEI 2026 MICRO-CREDENTIAL JAHITAN PAKAIAN LELAKI [C141-001-2:2017] | 22 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI SUNGAI UDANG [SI0050] | Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan perantis mengenai bidang Jahitan Pakaian Lelaki dari asas sehingga penghasilan pakaian lelaki pelbagai jenis. Perantis diajar mengambil ukuran, membuat lakaran, membuat pola, memotong dan penggunaan mesin jahit dengan kaedah yang betul. Perantis juga diajar tentang asas perniagaan dari pengiraan kos bahan hingga pasaran produk. | Melaka | 2 | Program Modular |
| 4640 | ADI PERANTISAN TANPA PERUNTUKAN MEI 2026 MICRO-CREDENTIAL PENGELUARAN FABRIKASI - SME [C259-002-2:2016] | 22 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI SUNGAI UDANG [SI0050] | Program ini adalah bertujuan mendedahkan perantis mengenai bidang Pengeluaran Fabrikasi – SME dari asas sehingga peringkat pertengahan. Perantis diajar mengambil ukuran, membuat lakaran, memotong, membuat kemasan, mengimpal, mengecat, pembungkusan produk dan penggunaan pelbagai jenis mesin dengan kaedah yang betul. Perantis juga diajar tentang asas perniagaan dari pengiraan kos bahan hingga pasaran produk. | Melaka | 2 | Program Modular |

