Senarai Kursus

Senarai Kursus

Memaparkan 4,441-4,460 daripada 4,705 items.
#Nama KursusJumlah Hari BekerjaPusat Bertauliah [Kod Pusat]Penerangan KursusNegeriTahap ProgramKategori Program
  
4441ADI PERANTISAN SKM LEVEL 3 JUN 2026 - PERKHIDMATAN SOKONGAN PRA-PERANCANGAN KEWANGAN110ZEN IHC SDN BHD [PD6259]Kursus Perkhidmatan Sokongan Pra-Perancangan Kewangan memberi pendedahan kepada perantis mengenai kemahiran asas dalam menyokong proses awal perancangan kewangan pelanggan. Perantis akan mempelajari kaedah mengumpul, merekod dan menyusun maklumat kewangan pelanggan, menyediakan dokumen sokongan serta membantu dalam analisis awal keperluan kewangan. Kursus ini juga menekankan kepentingan ketepatan maklumat, pengurusan data yang sistematik dan pematuhan kepada etika kerahsiaan dalam perkhidmatan kewangan.Selangor3Program Modular
4442ADI PERANTISAN BERINSENTIF JUNE 2026 - PERKHIDMATAN KECANTIKAN TAHAP 1 44JUE LI AESTHETIC CENTRE [SI0514]Kursus Perkhidmatan Kecantikan memberi pendedahan kepada perantis mengenai kemahiran asas dalam rawatan kecantikan dan penjagaan diri. Perantis akan mempelajari teknik asas penjagaan kulit, rawatan wajah, penggunaan peralatan kecantikan serta prosedur kebersihan dan keselamatan dalam perkhidmatan kecantikan. Kursus ini juga menekankan kemahiran komunikasi, layanan pelanggan dan profesionalisme dalam menyediakan perkhidmatan kecantikan yang berkualiti.Sarawak1Program Modular
4443ADI PERANTISAN BERINSENTIF JUNE 2026 - Pembuatan Roti110TAKA HOLDINGS SDN BHD [PD6276]Kursus Pembuatan Roti memberi pendedahan kepada perantis mengenai kemahiran asas dalam menghasilkan pelbagai jenis roti secara profesional. Perantis akan mempelajari teknik penyediaan bahan, proses mengadun doh, pembentukan roti, proses penapaian dan pembakaran menggunakan peralatan bakeri yang sesuai. Kursus ini juga menekankan aspek kebersihan, keselamatan makanan serta kawalan kualiti dalam penghasilan produk bakeri.Sarawak2Program Modular
4444ADI PERANTISAN BERINSENTIF JUNE 2026 - PEMBUATAN PASTR110TAKA HOLDINGS SDN BHD [PD6276]Kursus Pembuatan Pastri memberi pendedahan kepada perantis mengenai kemahiran asas dalam menghasilkan pelbagai jenis pastri secara profesional. Perantis akan mempelajari teknik penyediaan bahan, proses penyediaan doh pastri, pembentukan dan pembakaran pastri menggunakan peralatan bakeri yang sesuai. Kursus ini juga menekankan aspek kebersihan, keselamatan makanan serta kawalan kualiti dalam penghasilan produk pastri.Sarawak2Program Modular
4445ADI PERANTISAN BERINSENTIF JUNE 2026 - Operasi Outlet Peruncitan110TAKA HOLDINGS SDN BHD [PD6276]Kursus Operasi Outlet Peruncitan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran asas dalam pengurusan dan operasi sesebuah outlet peruncitan. Perantis akan mempelajari teknik pengendalian jualan, pengurusan stok, penyusunan produk, perkhidmatan pelanggan serta penyelarasan aktiviti harian di outlet peruncitan. Kursus ini juga menekankan kemahiran komunikasi, etika perniagaan dan strategi asas bagi meningkatkan keberkesanan operasi jualan.Sarawak3Program Modular
4446ADI PERANTISAN BERINSENTIF JUN 2026 - OPERASI SISTEM KOMPUTER110LSP PRO SKILL ACADEMY [PD6269]Kursus Operasi Sistem Komputer memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran asas dalam pengendalian dan pengurusan sistem komputer. Perantis akan mempelajari cara mengendalikan sistem operasi komputer, pengurusan fail dan data, pemasangan perisian asas serta penyelenggaraan sistem komputer. Kursus ini juga menekankan kemahiran asas penyelesaian masalah (troubleshooting) bagi memastikan sistem komputer berfungsi dengan baik.Perak3Program Modular
4447C-141-005-2:2021 (PEMBUATAN PAKAIAN WANITA)20JAMILAH FASHION ENTERPRISE [SI0271]1. Untuk mewujudkan serta melatih para belia berkemahiran tinggi dan menjadi usahawan dalam bidang jahitan.
2. Membantu menjana pendapatan kepada para belia dan melahirkan pekerja mahir yang berdaya saing dalam bidang jahitan.
Kedah2Program Penuh
4448PERKHIDMATAN PEMBAIKAN - KENDERAAN RINGAN40INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA MIRI [PD6171]1. Latihan kepada pelajar secara tiori dan amali
2.Pendedahan kepada teknologi terkini tentang baik pulih kenderaan
3.pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan peralatan khas seperti alat pengimbas dan lain-lain
Sarawak2Program Modular
4449PERKHIDMATAN KECANTIKAN 60INSTITUT KECANTIKAN NUVIS SABAH [IS0069]ADI Beinsentif 2026Sabah1Program Modular
4450DANDANAN RAMBUT 60INSTITUT KECANTIKAN NUVIS SABAH [IS0069]ADI Berinsentif 2026Sabah2Program Modular
4451CU3 - 3D OBJECT ANIMATION 48LCP ANIMATION TRAINING CENTRE SDN BHD [SI0609]CU3 - 3D OBJECT ANIMATION

Kursus ini menawarkan individu yang kompeten dalam Unit Kompetensi CU3-3D Objek Animasi dan mereka akan mampu menghasilkan animasi objek 3D berdasarkan keperluan jalan cerita.

Antara faedah yang akan diperolehi oleh pelatih melalui kursus ini adalah seperti :
i) Menentukan Keperluan Animasi: Mengenal pasti keperluan animasi berdasarkan jalan cerita, termasuk memahami spesifikasi kreatif dan teknikal.
ii) Menyediakan "3D Layout" : Mereka bentuk dan menyediakan persekitaran 3D, termasuk komposisi adegan, pencahayaan, dan sudut kamera, selaras dengan naratif.
iii) Menyediakan "Blocking Animation" : Menetapkan pergerakan dan pose utama watak atau objek, membina asas bagi urutan animasi.
iv) Melakukan 3D Animasi secara kasar : Membangunkan animasi awal, memberi tumpuan kepada masa dan pergerakan tanpa perincian akhir, untuk memvisualisasikan aliran urutan.
v) Menyiapkan Animasi 3D: Memperhalusi dan menyelesaikan animasi, menambah perincian, tekstur, dan sentuhan akhir untuk menghasilkan urutan animasi 3D yang kemas.

CU3-3D Objek Animasi ini direka bagi membekalkan pelatih dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan animasi objek 3D yang berkesan
Selangor3Program Modular
4452CU1-3D MODELING40LCP ANIMATION TRAINING CENTRE SDN BHD [SI0609]CU1-3D MODELLING

Kursus ini direka bagi menghasilkan individu yang kompeten dalam Unit Kompetensi CU1-3D Modelling ini dan mereka akan dapat menghasilkan model 3D "hard surface" seperti yang digambarkan dalam lukisan konsep 2D mengikut keperluan produksi projek.

Antara faedah yang diperolehi oleh pelajar melalui kursus ini adalah seperti :
i) Dapat menghasilkan video "concept art / model sheet" : Menilai dan memahami "concept art / model sheet" untuk memastikan pemahaman yang tepat mengenai reka bentuk dan spesifikasi teknikal.
ii) Memasukkan "concept art / model sheet" ke dalam perisian pemodelan 3D untuk digunakan sebagai rujukan semasa proses pemodelan.
iii) Mencipta lakaran bentuk "Mesh" : Menggunakan teknik pemodelan untuk membina bentuk "Mesh" 3D berdasarkan lukisan konsep, memastikan topologi yang bersih dan efisien.
iv) Menghasilkan Gambaran Asas Tekstur Prinsip: Menggunakan Gambaran Asas Tekstur untuk memetakan tekstur pada model 3D, memastikan aplikasi tekstur yang tepat dan realistik.
v) Menyediakan dan menyerahkan model 3D yang telah siap kepada juruteknik rigging untuk proses seterusnya dalam aliran kerja pengeluaran.

CU1-3D Modelling ini direka untuk membekalkan pelatih dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan animasi objek 3D yang berkesan menyampaikan jalan cerita yang dimaksudkan.
Selangor3Program Modular
4453PEMBAIKAN BADAN KENDERAAN AUTOMOTIF 2026/2027100PERODUA SALES SDN. BHD. [SI0663]Kursus ADI bagi Automotive Body Repair adalah dimana peserta akan diajar secara teori dan praktikal dalam aktiviti seperti menanggalkan dan memasang semula alatganti dan trim kenderaan, menukar cermin(Windsheild Glass) kenderaan, membaiki badan kenderaan dan melakukan penyambungan panel badan kenderaan. Disamping itu juga peserta akan dilatih dengan asas penyeliaan, cara membaca dan mentafsir manual bengkel serta prosedur bengkel.
Faedah yang peserta akan dapat selepas menyertai program adalah dapat melaksanakan kerja-kerja pembaikan badan kenderaan samada mengalami kemalangan atau tidak dengan berkualiti.
Selangor3Program Modular
4454DANDANAN RAMBUT 2026120OCEAN HAIRDRESSING [SI0627]Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh kepada kemahiran asas dandanan rambut mengikut keperluan industri salon. Peserta akan mempelajari teknik penyediaan pelanggan, penyediaan tempat kerja, penggunaan peralatan, serta kaedah kerja selamat dalam salon rambut. Kursus ini juga meliputi penguasaan kemahiran praktikal seperti mencuci rambut, merawat kulit kepala, menggunting asas, mengering & menggayakan rambut, serta amalan kebersihan dan sanitasi yang betul.

Melalui latihan teori dan praktikal, peserta akan dapat melaksanakan tugasan harian di salon secara profesional mengikut standard kompetensi dalam NOSS S960-008-2:2025.
Sabah2Program Modular
4455PENGEMASAN & PENCECATAN SEMULA KENDERAAN 2026/2027100PERODUA SALES SDN. BHD. [SI0663]Kursus ADI bagi Automotive Refinishing ini peserta kan didedahkan dengan teori dan praktikal berkenaan Penyediaan Permukaan ( Aplikasi putty dan menggosok panel), Kaedah asas bancuhan, kaedah padanan warna,Kaedah penyemburan cat, operasi Spray Gun kaedah pengilatan panel (Polishing & detailing). Disamping itu juga peserta akan dilatih dengan asas penyeliaan, cara membaca dan mentafsir manual bengkel serta prosedur bengkel.
Faaedah yang peserta akan dapat selepas menyertai program adalah dapat melaksanakan kerja-kerja pengemasan dan pengecatan semula kenderaan dengan berkualiti.
Selangor3Program Modular
4456PERKHIDMATAN PEMBAIKAN - KENDERAAN RINGAN 2026/2027100PERODUA SALES SDN. BHD. [SI0663]Kursus ADI bagi Automotive Perkhimatan pembaikan - Kenderaan ringan ini peserta kan didedahkan dengan teori dan praktikal berkenaan perkara asas service, overhaul kenderaan dan gearbox. Disamping itu juga peserta akan dilatih dengan cara membaca dan mentafsir manual bengkel serta prosedur bengkel.
Faaedah yang peserta akan dapat selepas menyertai program adalah dapat melaksanakan kerja-kerja service dan overhaul kenderaan dengan berkualiti.
Selangor2Program Modular
4457CU 3 - HVAC ELECTRIC & ELECTRONIC CONTROL SYSTEM REPLACEMENT6VE AUTOCOOL [SI0551]Kursus modul ini direka untuk mendedahkan para perantis kepada prinsip-prinsip penyeleggaraan HVAC. Ia meliputi isu-isu replace expansion valve, condenser, hoses and pipes, cooling coil, compressor dan work report. Ia juga memperkenalkan konsep asas yang merupakan sebahagian daripada penyelenggaraan HVAC.

Antara faedah yang akan diperolehi melalui kursus ini adalah seperti berikut,
1. Untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai perkhidmatan HVAC dan pembaikan untuk bengkel.
2. Untuk mengesyorkan amalan baik untuk digunakan oleh perkhidmatan selepas pasaran tempatan dan bengkel pembaikan untuk melaksanakan aktiviti yang berkaitan.
Sabah3Program Modular
4458OPERASI TEKNIKAL PAKAIAN WANITA INTAKE JUN5HARETAS UMMI FASHION [SI0279]PEMBELAJARAN SECARA TEORI DAN AMALI SELAMA 3 BULAN SEPENUH MASA . KAEDAH PERSIJILAN ADALAH DI BAWAH KAEDAH MODULAR 2 CU NOSS C141-005-3:2021 OPERASI TEKNIKAL PAKAIAN WANITAKelantan3Program Modular
4459OPERASI TEKNIKAL PAKAIAN WANITA INTAKE SEPTEMBER5HARETAS UMMI FASHION [SI0279]PEMBELAJARAN SECARA TEORI DAN AMALI SELAMA 2 BULAN SEPENUH MASA . KAEDAH PERSIJILAN ADALAH DI BAWAH KAEDAH MODULAR 2 CU NOSS C141-005-3:2021 OPERASI TEKNIKAL PAKAIAN WANITAKelantan3Program Modular
4460OPERASI PENGELUARAN PAKAIAN INTAKE JUN5HARETAS UMMI FASHION [SI0279]PEMBELAJARAN SECARA TEORI DAN AMALI SELAMA 3 BULAN SEPENUH MASA . KAEDAH PERSIJILAN ADALAH DI BAWAH KAEDAH MODULAR 3 CU NOSS C141-006-4:2021 OPERASI PENGELUARAN PAKAIANKelantan4Program Modular