Senarai Kursus
Memaparkan 3,661-3,680 daripada 4,632 items.
| # | Nama Kursus | Jumlah Hari Bekerja | Pusat Bertauliah [Kod Pusat] | Penerangan Kursus | Negeri | Tahap Program | Kategori Program |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 3661 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA | 20 | YU SOLUTIONS [SI0254] | Dapat memberi kemahiran dan melahirkan tenaga mahir negara | Kelantan | 2 | Program Penuh |
| 3662 | Ladies Garment Making Intake July | 100 | TAISOHAR DE'TRATI ENTERPRISE [SI0462] | 1. Kursus ADi bagi perantis 2. Kursus Pembuatan Pakaian Wanita untuk pencari kerja. 3. Kursus pembuatan pakaian wanita untuk meningkatkan kemahiran perantis. 3. Tempoh pengajian 5 bulan 4. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 5. Kursus Program Penuh (NOSS) | Terengganu | 2 | Program Penuh |
| 3663 | JAHITAN PAKAIAN WANITA | 100 | TUKANG JAHIT MAD NOH BIN DERAMAN [SI0247] | PROGRAM PENUH SLDN ADI PERANTISAN 2026 - JAHITAN PAKAIAN WANITA SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 2 - PROGRAM SELAMA 5 BULAN - ELAUN SEBANYAK RM500 SEBULAN UNTUK PERANTIS - TERDIRI DARIPADA 7CU IAITU : *FASHION DESIGN ILLUSTRATION *HAND STITCHING SAMPLE MAKING *COMPONENT MAKING *PATTERN MAKING *CASUAL WEAR MAKING *TRADITIONAL WEAR MAKING *COMTEMPORARY WEAR MAKING | Terengganu | 2 | Program Penuh |
| 3664 | JAHITAN PAKAIAN LELAKI | 100 | TUKANG JAHIT MAD NOH BIN DERAMAN [SI0247] | PROGRAM PENUH SLDN ADI PERANTISAN 2026 - JAHITAN PAKAIAN LELAKI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 2 - PROGRAM SELAMA 5 BULAN - ELAUN SEBANYAK RM500 SEBULAN UNTUK PERANTIS - TERDIRI DARIPADA 5CU IAITU : *CASUAL WEAR MAKING *OFFICE WEAR MAKING *TRADITIONAL WEAR MAKING *TRADITIONAL CONTEMPORARY WEAR MAKING *ACTIVE WEAR MAKING *FUNCTIONAL WEAR MAKING | Terengganu | 2 | Program Penuh |
| 3665 | ADI PERANTISAN SKM LEVEL 1 FEB 2026 PERKHIDMATAN KECANTIKAN | 88 | DESTIBEAU SDN. BHD. [SI0619] | Kursus ini memberikan latihan teori dan amali dalam bidang kecantikan, merangkumi penjagaan kulit wajah, rawatan asas muka, solekan, penjagaan kuku, serta kebersihan dan keselamatan dalam perkhidmatan. Peserta akan mempelajari teknik penggunaan produk kecantikan, alat rawatan, dan kaedah perkhidmatan pelanggan yang profesional. Kursus ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang bersedia untuk bekerja di spa, salon kecantikan, atau menjalankan perniagaan sendiri dalam industri kecantikan yang kian berkembang. | Negeri Sembilan | 1 | Program Penuh |
| 3666 | Operasi Pusat Jagaan Orang Tua | 80 | UOA Academy [PD6138] | Sijil Profesional dalam Penjagaan Warga Emas (Micro Credential) bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan kecekapan untuk mengendalikan warga emas dengan isu kesihatan, serta cabaran yang dibentangkan dalam bekerja dengan pasukan pelbagai disiplin dalam persekitaran penjagaan warga emas. Kursus ini merangkumi aspek fizikal, psikologi, pemakanan dan mental kesihatan manusia, serta alat yang anda perlukan untuk menangani penyakit dan tingkah laku yang mencabar. | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 3 | Program Modular |
| 3667 | URUT TERAPI | 26 | PONDOK RAWATAN NUSANTARA [SI0405] | Kursus Urut Terapi ini adalah bertujuan untuk mendedahkan perantis mengenai pengetahuan asas berkaitan dengan kesihatan, konsep dan prosedur serta teknik melakukan urut terapi. Kursus modul ini juga direka juga meliputi tatacara sebelum,semasa dan selepas urut terapi dilakukan oleh juruterapis dengan mementingkan aspek kebersihan dan keselamatan. Kursus refleksologi kaki, tangan dan telinga ini merangkumi lapan (8) penyataan aktiviti kerja iaitu: 1. MENGENALPASTI KEPERLUAN URUT TERAPI 2. MENYEDIAKAN TEMPAT REFLEKSOLOGI URUT TERAPI 3. MENYEDIAKAN PELANGGAN UNTUK URUT TERAPI 4. MELAKSANAKAN URUT TERAPI 5. MEMANTAU PROSEDUR URUT TERAPI 6. MENILAI PERKHIDMATAN URUT TERAPI 7. MEREKOD PERKHIDMATAN URUT TERAPI 8. MENGURUS PROSEDUR SELEPAS URUT TERAPI | Pulau Pinang | 3 | Program Penuh |
| 3668 | ADI PERANTISAN SKM LEVEL 2 FEB 2026 - PEMBAIKPULIHAN TELEFON BIMBIT | 110 | PANCAR ACADEMY (ALOR SETAR) SDN BHD [PD6232] | Kursus ini direka khas untuk memberi pengetahuan dan kemahiran teknikal kepada peserta dalam bidang pembaikan telefon bimbit. Peserta akan mempelajari teknik mengenal pasti kerosakan, membaiki komponen elektronik, mengganti skrin, bateri, port pengecas, serta mengatasi masalah perisian. Latihan amali juga disediakan agar peserta dapat menjalankan kerja pembaikan sebenar secara profesional. | Kedah | 2 | Program Penuh |
| 3669 | ADI PERANTISAN SKM LEVEL 2 FEB 2026 - DANDANAN RAMBUT(C01,C02,C03,C06) | 88 | PROFESSIONAL SKILL TRAINING CENTRE [IJ0095] | Kursus ini menyediakan latihan teori dan amali dalam bidang dandanan rambut, merangkumi teknik asas guntingan, penggayaan, pencucian dan penjagaan rambut, pewarnaan, serta rawatan rambut profesional. Peserta akan mempelajari penggunaan produk rambut, peralatan salun, dan kaedah perkhidmatan pelanggan yang betul mengikut standard industri. Kursus ini bertujuan melahirkan tenaga mahir yang bersedia bekerja di salun rambut, barbershop moden, atau memulakan perniagaan sendiri dalam industri dandanan rambut yang semakin berkembang. | Johor | 2 | Program Modular |
| 3670 | OPERASI PENGELUARAN TANAMAN | 200 | GM FRESHMART [SI0211] | Program A016-001-3:2016 adalah satu standard kemahiran di bawah Sektor Pertanian dan Perladangan yang memberi tumpuan kepada pengeluaran tanaman secara sistematik dan berkesan. Ia merangkumi pengetahuan, kemahiran dan amalan terbaik yang diperlukan oleh pekerja dalam bidang operasi tanaman. Tujuan Utama 1. Melahirkan pekerja mahir dalam operasi penanaman. 2.Memastikan pengeluaran tanaman dilakukan secara cekap, selamat dan mengikut prosedur pertanian moden. 3. Menyokong keperluan industri pertanian negara. program ini mampu: 1. Mengendalikan keseluruhan proses penanaman dari awal sampai penuaian. 2.Mengurus kawasan tanaman mengikut standard industri. 3.Memahami prosedur kerja, keselamatan dan dokumentasi ringkas. | Terengganu | 3 | Program Penuh |
| 3671 | PEMBUATAN PASTRI | 160 | KAK ZAH CAKE & BAKERY [SI0370] | 1 hari teori, 4 hari amali | Kelantan | Program Penuh | |
| 3672 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA SKM TAHAP 2 | 100 | KOLEKSI NIKMAT [SI0273] | Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai rekaan fesyen pembuatan pakaian wanita terkini. Pelajar diperkenalkan dengan pelbagai aspek dalam penghasilan pakaian seperti mengenalpasti rekaan pakaian, mengambil ukuran dengan tepat, mendraf pola pakaian, memotong pakaian, mengacu padan pakaian dan kekemasan akhir. Pelajar juga diajar dengan menggunakan mesin-mesin industri yang berkualiti supaya mereka dapat memahami pengenalan awal kepada industri fesyen di negara ini. Penekanan diberikan dengan cara penggunaan bahan dan peralatan, rekaan pakaian serta pelbagai jenis jahitan pakaian wanita. Kursus ini mampu memberi pendedahan kepada kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak pasaran industri. | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 2 | Program Penuh |
| 3673 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF FEB 2026 - SENI SOLEKAN TAHAP 2 | 120 | CHRIS BEAUTY PROFESSIONAL MAKEUP [SI0569] | PENERANGAN KURSUS: S960-004-2:2021 SENI SOLEKAN (TAHAP 2) Kursus Seni Solekan Tahap 2 menawarkan latihan asas hingga pertengahan yang komprehensif kepada peserta untuk menguasai kemahiran solekan secara profesional. Kursus ini memberi penekanan kepada teknik asas solekan, kreativiti dalam menghasilkan gaya yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan, serta amalan kebersihan dan keselamatan yang wajib dipatuhi di dalam industri kecantikan. Peserta akan mempelajari cara menjalankan konsultasi solekan, termasuk analisis bentuk wajah, jenis kulit, dan pemilihan warna yang sesuai. Selain itu, kursus ini melatih peserta mengaplikasikan solekan siang dan malam, teknik corrective seperti shading, highlighting dan contouring, serta teknik pembentukan kening dan solekan mata yang melibatkan pengisian kening, blending eyeshadow, eyeliner dan penggunaan bulu mata. Pendedahan asas kepada solekan glam atau solekan pengantin turut diberikan bagi memenuhi permintaan acara khas. Keseluruhannya, kursus ini bertujuan melahirkan tenaga kerja yang mahir, berdisiplin, kreatif dan bersedia memberikan perkhidmatan solekan berkualiti mengikut standard industri kecantikan. | Johor | 2 | Program Penuh |
| 3674 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA- MODULAR (MC-CU) | 40 | KOLEKSI NIKMAT [SI0273] | Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai rekaan fesyen pembuatan pakaian wanita terkini. Pelajar diperkenalkan dengan pelbagai aspek dalam penghasilan pakaian seperti mengenalpasti rekaan pakaian, mengambil ukuran dengan tepat, mendraf pola pakaian, memotong pakaian, mengacu padan pakaian dan kekemasan akhir. Pelajar juga diajar dengan menggunakan mesin-mesin industri yang berkualiti supaya mereka dapat memahami pengenalan awal kepada industri fesyen di negara ini. Penekanan diberikan dengan cara penggunaan bahan dan peralatan, rekaan pakaian serta pelbagai jenis jahitan pakaian wanita. Kursus ini mampu memberi pendedahan kepada kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak pasaran industri. | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 2 | Program Modular |
| 3675 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF FEB 2026 - OPERASI SISTEM KOMPUTER | 198 | SHANG PHILOSOPHY BUSINESS ACADEMY [PD6172] | Kursus ini memberikan latihan teori dan amali dalam bidang Operasi Sistem Komputer, merangkumi asas perkakasan komputer, sistem operasi, rangkaian asas, penyelesaian masalah (troubleshooting), serta penyelenggaraan komputer. Peserta akan mempelajari teknik pemasangan, konfigurasi, penggunaan perisian, keselamatan data, dan prosedur sokongan teknikal mengikut keperluan industri IT. Kursus ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang bersedia bekerja dalam sektor sokongan IT, pusat servis komputer, atau memulakan perkhidmatan teknikal sendiri. | Johor | 3 | Program Modular |
| 3676 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF FEB 2026 - PERKHIDMATAN SOKONGAN PENTADBIRAN SME | 176 | SHANG PHILOSOPHY BUSINESS ACADEMY [PD6172] | Kursus ini menyediakan latihan teori dan amali dalam bidang Perkhidmatan Sokongan Pentadbiran untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME). Latihan merangkumi asas pengurusan pejabat, penyediaan dokumen, pengurusan fail, komunikasi perniagaan, asas perakaunan, penggunaan perisian pejabat, serta prosedur operasi harian. Peserta akan mempelajari kemahiran organisasi, pengurusan masa, perkhidmatan pelanggan, serta tatacara profesional yang diperlukan untuk menyokong operasi pentadbiran syarikat. Kursus ini bertujuan melahirkan tenaga sokongan pentadbiran yang cekap, sistematik dan berdaya saing dalam persekitaran SME. | Johor | 3 | Program Modular |
| 3677 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF AUG 2026 - SENI SOLEKAN TAHAP 3 (C01,C02) | 60 | CHRIS BEAUTY PROFESSIONAL MAKEUP [SI0569] | PENERANGAN KURSUS: S960-004-3:2021 SENI SOLEKAN (TAHAP 3) Kursus Seni Solekan Tahap 3 menyediakan latihan lanjutan yang lebih mendalam kepada peserta untuk mencapai tahap profesional dalam bidang solekan. Kursus ini menekankan penguasaan teknik solekan yang lebih kompleks, kreativiti tinggi dalam menghasilkan gaya solekan mengikut tema, serta kemampuan mengendalikan permintaan pelanggan untuk pelbagai jenis majlis dan produksi. Peserta akan mempelajari teknik solekan berasaskan konsep, solekan editorial dan fantasi, serta solekan pengantin yang lebih terperinci mengikut trend semasa. Selain itu, peserta akan mempraktikkan teknik pembentukan wajah lanjutan seperti advanced contouring, shading, highlighting dan colour correction untuk menghasilkan transformasi wajah yang lebih tepat dan kemas. Kursus ini turut memberi tumpuan kepada kemahiran komunikasi dan konsultasi profesional, termasuk pemahaman mendalam mengenai jenis kulit, struktur wajah dan pemilihan produk yang sesuai. Pendedahan kepada prosedur keselamatan, kebersihan alat, serta pengurusan perkhidmatan juga diberikan agar peserta mampu memberikan servis bertaraf profesional. Secara keseluruhannya, kursus ini bertujuan melahirkan jurusolek profesional yang berkemahiran tinggi, kreatif, yakin dan bersedia memenuhi keperluan industri kecantikan, fesyen, perkahwinan serta produksi media. | Johor | 3 | Program Modular |
| 3678 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF FEB 2026 - SENI HIASAN KUKU TAHAP 3 (C01,C02,C03,C04,C05) | 160 | CHRIS BEAUTY PROFESSIONAL MAKEUP [SI0569] | PENERANGAN KURSUS: MP-062-3:2012 SENI HIASAN KUKU Kursus MP-062-3:2012 Seni Hiasan Kuku memberikan latihan komprehensif kepada peserta untuk menguasai kemahiran profesional dalam penjagaan dan hiasan kuku. Kursus ini menekankan aspek kebersihan dan keselamatan salon kuku, teknik konsultasi dengan pelanggan, serta pengaplikasian perkhidmatan asas dan lanjutan dalam seni hiasan kuku. Peserta akan mempelajari teknik penjagaan kuku seperti pemotongan, penggilapan, rawatan kuku dan kutikel bagi memastikan kesihatan serta kecantikan kuku terjaga. Selain itu, kursus ini turut merangkumi pelbagai teknik seni kuku kreatif, termasuk reka bentuk nail art, penggunaan warna dan aksesori, serta aplikasi kuku akrilik dan kuku gel yang memerlukan ketepatan dan kemahiran tinggi. Melalui latihan teori dan praktikal, peserta dibimbing untuk menghasilkan perkhidmatan berkualiti tinggi sesuai dengan permintaan pelanggan dan standard industri. Secara keseluruhannya, kursus ini bertujuan melahirkan pakar hiasan kuku yang profesional, kreatif, mahir dalam teknik moden, serta mampu memberikan perkhidmatan yang selamat, kemas dan memuaskan dalam industri kecantikan. | Johor | 3 | Program Modular |
| 3679 | ADI PERANTISAN SKM LEVEL 1 FEB 2026 - PERKHIDMATAN KECANTIKAN | 88 | ONLINE BEAUTY ACADEMY [PD6099] | Kursus ini memberikan latihan teori dan amali dalam bidang kecantikan, merangkumi penjagaan kulit wajah, rawatan asas muka, solekan, penjagaan kuku, serta kebersihan dan keselamatan dalam perkhidmatan. Peserta akan mempelajari teknik penggunaan produk kecantikan, alat rawatan, dan kaedah perkhidmatan pelanggan yang profesional. Kursus ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang bersedia untuk bekerja di spa, salon kecantikan, atau menjalankan perniagaan sendiri dalam industri kecantikan yang kian berkembang. | Johor | 1 | Program Penuh |
| 3680 | ADI PERANTISAN BERINSENTIF FEB 2026 - PERAKAUNAN TAHAP 3 (C01,C04,C05,C06) | 160 | EZ PRO BUSINESS ACADEMY PLT [PD6182] | PENERANGAN KURSUS: FB-100-3:2012 PERAKAUNAN Kursus FB-100-3:2012 Perakaunan menawarkan latihan menyeluruh kepada peserta untuk menguasai kemahiran asas hingga pertengahan dalam pengurusan kewangan dan penyediaan rekod perakaunan organisasi. Kursus ini menekankan penguasaan konsep asas perakaunan, prinsip kewangan, serta penggunaan sistem perakaunan untuk merekod, menyusun dan melaporkan transaksi kewangan secara tepat dan mengikut standard yang ditetapkan. Peserta akan mempelajari proses penyediaan buku catatan asas, lejar, imbangan duga, serta penyediaan penyata kewangan seperti Penyata Pendapatan, Kunci Kira-Kira dan Aliran Tunai. Selain itu, kursus ini turut memperkenalkan amalan pengurusan kos, kawalan dalaman, serta penggunaan perisian perakaunan bagi meningkatkan kecekapan kerja. Melalui kombinasi teori dan latihan praktikal, peserta akan dibimbing untuk memahami kitaran perakaunan penuh, menganalisis data kewangan, serta menyediakan laporan kewangan yang tepat untuk tujuan pentadbiran dan keputusan perniagaan. Secara keseluruhan, kursus ini bertujuan melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang perakaunan, berupaya menjalankan tugasan perakaunan harian dengan cekap, serta menyokong operasi kewangan organisasi secara profesional dan sistematik. | Johor | 3 | Program Modular |

