Senarai Kursus
Memaparkan 3,201-3,220 daripada 4,610 items.
| # | Nama Kursus | Jumlah Hari Bekerja | Pusat Bertauliah [Kod Pusat] | Penerangan Kursus | Negeri | Tahap Program | Kategori Program |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 3201 | OPERASI AKUAKULTUR AIR TAWAR | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI KAMUNTING [SI0027] | Menjalankan kerja-kerja mengambil sampel, penyediaan tempat ternakan, pencegahan dan kawalan penyakit, penuaian dan pembungkusan hasil ternakan, merekod dan membuat jadual kerja serta mengkoordinasikan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan. | Perak | 2 | Program Modular |
| 3202 | FABRICATION PRODUCTION-SME | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI KAMUNTING [SI0027] | Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi fabrikasi logam yang merangkumi kerja-kerja fabrikasi logam, pengimpalan, merekabentuk pola, penggunaan mesin separa automatik serta penggunaan peralatan asas dalam proses fabrikasi logam. Pelajar turut akan terlibat dengan pelbagai projek fabrikasi yang menggunakan bahan seperti keluli lembut, keluli bergalvani, aluminium dan keluli kalis karat | Perak | 2 | Program Modular |
| 3203 | Jahitan Pakaian Lelaki | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI KAMUNTING [SI0027] | Kursus Jahitan Pakaian Lelaki merupakan salah satu jurusan di dalam Jabatan Fesyen Dan Pakaian. Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian adalah berdasarkan sistem keterampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan. Objektif kursus ialah memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak dan peluang pekerjaan mahir kepada belia di dalam bidang Pembuatan Pakaian Lelaki, melahirkan usahawan muda di kalangan belia dan mampu menguasai teknologi, berfikiran progresif dan dinamik serta berani mengambil risiko dalam menuju wawasan 2050 dan juga menanam semangat berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin, kreatif dan sedar pentingnya kualiti dengan aspirasi negara | Perak | 2 | Program Modular |
| 3204 | PENGENDALIAN LADANG RUMINAN | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI KAMUNTING [SI0027] | Pengendalian Ladang Ruminan mengkehendaki pelatih untuk memeriksa dan melaksanakan kerja-kerja teknikal ternakan, membancuh ratio makanan, kawalan dan rawatan penyakit, penyelenggaraan mesin dan peralatan ladang, penjagaan kualiti hasil, pengolahan sisa kumbahan dan mengurus pastura mengikut amalan pengurusan penternakan baik (GAHP) | Perak | 2 | Program Modular |
| 3205 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA | 60 | EFFA CLASS ENTERPRISE [SI0235] | PROGRAM MODULAR SELAMA 3 BULAN BERDASARKAN NOSS DARIPADA JPK. CU NOSS YANG TERLIBAT IALAH CU4,CU5 DAN CU7. | Kelantan | 2 | Program Modular |
| 3206 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA | 40 | EFFA CLASS ENTERPRISE [SI0235] | PROGRAM MODULAR SELAMA 2 ULAN BERDASARKAN NOSS YANG DITETAPKAN OLEH JPK. CU YANG TERPIIH IALAH CU6 DAN CU7 | Kelantan | 2 | Program Modular |
| 3207 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA | 40 | EFFA CLASS ENTERPRISE [SI0235] | PROGRAM MODULAR SELAMA 2 BULAN. CU YANG TERLIBAT IALAH CU4 DAN CU5 BERDASARKAN NOSS YANG DITETAPKAN OLEH JPK.. | Kelantan | 2 | Program Modular |
| 3208 | PENYELARASAN OPERASI MASJID | 40 | AKADEMI LATIHAN AL-MUHAMMADI (ALAMi) [PD6151] | Program Penyelaras Operasi Masjid bertujuan untuk melahirkan individu yang kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan penyelarasan operasi harian masjid secara profesional dan sistematik. Kursus ini memberi penekanan kepada aspek pentadbiran masjid, penyeliaan aktiviti keagamaan, pengurusan aset dan fasiliti, serta penglibatan komuniti. Melalui program ini, pelatih akan dibimbing untuk menguasai kemahiran teknikal dan insaniah yang diperlukan dalam memastikan kelancaran operasi masjid selaras dengan kehendak syariah, peraturan pihak berkuasa agama negeri, serta keperluan komuniti setempat. Kursus ini juga menekankan nilai-nilai integriti, amanah dan kepimpinan yang tinggi dalam menjalankan tugas sebagai Penyelaras Operasi Masjid. Program ini berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan dijalankan secara latihan berasaskan pekerjaan (work-based learning) yang merangkumi pembelajaran teori dan praktikal. | Kelantan | 2 | Program Modular |
| 3209 | PEMBUATAN PASTRI | 60 | AK INTEGRATION SDN. BHD. (CAW. KOTA BHARU) [PD6022] | Kursus ini dijalankan bagi membantu perantis/pelatih mengenai pengetahuan asas dalam menyediakan produk pastri. Kursus ini akan membantu perantis/pelatih menguasai pengetahuan tentang penyediaan biskut, puding, kuih muih tempatan dan seterusnya memudahkan perantis/pelatih untuk mengaplikasikan semula dalam dunia pekerjaan ataupun di dalam perniagaan sebenar mengikut keperluan industri. | Kelantan | 2 | Program Modular |
| 3210 | Pastry Production | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI POKOK SENA [SI0056] | Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai bidang Pembuatan Pastri dari asas sehingga peringkat pertengahan mengikut trend semasa. Pelajar diajar pembuatan kek, mengenal bahan asas pembuatan, menghasilkan pembuatan pastri yang berkualiti, membuat pembungkusan pastry serta pelajar diajar juga asas perniagaan selepas tamat latihan. | Kedah | 2 | Program Modular |
| 3211 | Operasi Pembuatan Perabot | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI POKOK SENA [SI0056] | PROGRAM OPERASI PEMBUATAN PERABOT INI MENGAJAR TENTANG LUKISAN SERTA MEREKA BENTUK PRODUK PERABOT, CARA KAWALAN KUALITI, PEMBUNGKUSAN DAN PENGHASILAN PRODUK PERABOT TREND MASA KINI. | Kedah | 2 | Program Modular |
| 3212 | Pembuatan Pakaian Wanita | 60 | PUSAT VOKASIONAL INDUSTRI POKOK SENA [SI0056] | KURSUS INI MENERANGKAN TENTANG PENGENALAN PEMBUATAN PAKAIAN WANITA TENTANG POLA DAN JUGA REKAAN FESYEN YANG TERKINI. | Kedah | 2 | Program Modular |
| 3213 | Perkhidmatan Kecantikan tahap 1 | 52 | SHIRA BELLA ENTERPRISE (BELLA S BEAUTY SPA) [SI0595] | Menawarkan program akademi dalam industri kecantikan tahap 1 secara modular dan pilihan modul seperti di bawah : Professional Ethics, Salon Safety and Hygiene Practices [S960-002-1:2020-C01] Manual Facial Services [S960-002-1:2020-C03] | Sarawak | 1 | Program Modular |
| 3214 | URUT TERAPI | 26 | PONDOK RAWATAN NUSANTARA [SI0405] | Kursus Urut Terapi ini adalah bertujuan untuk mendedahkan perantis mengenai pengetahuan asas berkaitan dengan kesihatan, konsep dan prosedur serta teknik melakukan urut terapi. Kursus modul ini juga direka juga meliputi tatacara sebelum,semasa dan selepas urut terapi dilakukan oleh juruterapis dengan mementingkan aspek kebersihan dan keselamatan. Kursus urut terapi ini merangkumi lapan (8) penyataan aktiviti kerja iaitu: 1. MENGENALPASTI KEPERLUAN URUT TERAPI 2. MENYEDIAKAN TEMPAT URUT TERAPI 3. MENYEDIAKAN PELANGGAN UNTUK URUT TERAPI 4. MELAKSANAKAN URUT TERAPI 5. MEMANTAU PROSEDUR URUT TERAPI 6. MENILAI PERKHIDMATAN URUT TERAPI 7. MEREKOD PERKHIDMATAN URUT TERAPI 8. MENGURUS PROSEDUR SELEPAS URUT TERAPI | Pulau Pinang | 3 | Program Modular |
| 3215 | DANDANAN RAMBUT | 40 | JAMALTIEYA HAIRCUT [SI0608] | Kursus Dandanan Rambut Tahap 3 direka untuk melengkapkan pelatih dengan pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi lanjutan dalam bidang dandanan rambut. Kursus ini menumpukan kepada kemahiran profesional termasuk teknik potongan lanjutan, pewarnaan kreatif, penggayaan khas, dan pengurusan perniagaan salon. Ia juga merangkumi aspek keselamatan, kebersihan, serta komunikasi pelanggan secara profesional.Menguasai teknik dandanan rambut lanjutan mengikut standard industri. Mampu melaksanakan tugas dalam pengurusan operasi salon. Membina kemahiran komunikasi berkesan dengan pelanggan. Mengaplikasikan pengetahuan dalam keselamatan dan penjagaan kebersihan di tempat kerja. Menyediakan pelatih untuk peluang kerjaya sebagai Penata Gaya Rambut Profesional atau untuk membuka perniagaan sendiri. | Sarawak | 3 | Program Modular |
| 3216 | JAHITAN PAKAIAN LELAKI | 42 | MALLDRESS COLLECTION [SI0090] | Program ini adalah untuk mendedahkan perantis mengenai rekaan fesyen lelaki .Sebagai trend semasa dalam kombinasi warna dalam dunia fesyen,Perantis diperkenalkan dengan teknik memotong, menjahit dan menguasai mesin-mesin jahit terkini supaya mereka dapat memahami pengenalan awal kepada senario industri fesyen di negara ini. | Perak | 2 | Program Modular |
| 3217 | JAHITAN PAKAIAN LELAKI | 40 | MALLDRESS COLLECTION [SI0090] | Program ini adalah untuk mendedahkan perantis mengenai rekaan fesyen lelaki .Sebagai trend semasa dalam kombinasi warna dalam dunia fesyen,Perantis diperkenalkan dengan teknik memotong, menjahit dan menguasai mesin-mesin jahit terkini supaya mereka dapat memahami pengenalan awal kepada senario industri fesyen di negara ini. | Perak | 2 | Program Modular |
| 3218 | PEMBUATAN PAKAIAN WANITA[C141-005-2:2021] | 40 | MALLDRESS COLLECTION [SI0090] | Program ini adalah untuk mendedahkan perantis mengenai rekaan fesyen pembuatan pakaian wanita terkini. Sebagai trend semasa dalam kombinasi warna dalam dunia fesyen,Perantis diperkenalkan dengan teknik memotong, menjahit dan menguasai mesin-mesin jahit terkini supaya mereka dapat memahami pengenalan awal kepada senario industri fesyen di negara ini. | Perak | 2 | Program Modular |
| 3219 | Beauty Services | 5 | S GLOBAL TVET INSTITUTE [PD6229] | Kursus Beauty Services memberi pendedahan dan kemahiran praktikal dalam bidang penjagaan kecantikan seperti penjagaan kulit muka, rawatan spa, dandanan rambut, solekan profesional, penjagaan kuku, dan lain-lain. Peserta akan mempelajari teknik-teknik moden serta aspek keselamatan, kebersihan, dan etika profesional dalam industri kecantikan. Kursus ini juga merangkumi asas perniagaan dan komunikasi dengan pelanggan. | Melaka | 1 | Program Modular |
| 3220 | Office Administration | 5 | S GLOBAL TVET INSTITUTE [PD6229] | Kursus Office Administration memberi tumpuan kepada kemahiran asas dan lanjutan dalam pengurusan pejabat seperti pengendalian dokumen, pengurusan jadual, komunikasi organisasi, penggunaan perisian pejabat (contohnya Microsoft Office), pengurusan fail dan rekod, serta etika kerja profesional. Pelajar akan dilatih untuk menjadi individu yang cekap, teratur dan mampu menyokong operasi pejabat dengan berkesan. | Melaka | 3 | Program Modular |

