JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGAWALSELIAAN PENGANGKUTAN JALAN [O841-005S-3:2025]
Kod CUO841-005S-3:2025-C11
CompetencyCore
Tajuk CUPemantauan aliran trafik.
Penerangan CUPemantauan aliran trafik menerangkan Kecekapan dalam mengekalkan kadar aliran trafik yang selamat, selesa dan lancar di sepanjang jajaran lebuh raya yang ditetapkan. Tugas ini merangkumi menghapuskan semua jenis halangan trafik, menghalang kenderaan larangan daripada menceroboh, serta melaksanakan kawalan trafik di kawasan sesak.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana laporan halangan lalu lintas, laksana kawalan ke atas kenderaan yang dilarang, laksana pemindahan segera halangan di lebuh raya, laksana pemindahan tertunda halangan di lebuh raya, laksana kawalan lalu lintas di kawasan rehat, laksana kawalan lalu lintas di plaza tol dan laksana kawalan lalu lintas di laluan utama.

Hasilan CU ini adalah memastikan pengguna lebuh raya berada dalam keadaan selamat, selesa dan menerima pengalaman pelanggan terbaik yang tiada tandingan dengan mana-mana lebuh raya lain dalam kawasan pasaran yang sama, selaras dengan keperluan organisasi. Dalam melaksanakan pemantauan aliran trafik lebuh raya, anggota rondaan mestilah memiliki lesen memandu kereta dan lesen motosikal yang sah, memandangkan sifat aktiviti ini memerlukan penggunaan kenderaan bagi menyempurnakan tugasan.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah memastikan pengguna lebuh raya berada dalam keadaan selamat, selesa dan menerima pengalaman pelanggan terbaik yang tiada tandingan dengan mana-mana lebuh raya lain dalam kawasan pasaran yang sama, selaras dengan keperluan organisasi.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Laksana laporan halangan lalu lintas.
2. Laksana kawalan ke atas kenderaan yang dilarang.
3. Laksana pemindahan segera halangan di lebuh raya.
4. Laksana pemindahan tertunda halangan di lebuh raya.
5. Laksana kawalan lalu lintas di kawasan rehat.
6. Laksana kawalan lalu lintas di plaza tol.
7. Laksana kawalan lalu lintas di laluan utama.
Pra-SyaratTidak berkaitan.