JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGAWALSELIAAN PENGANGKUTAN JALAN [O841-005S-3:2025]
Kod CUO841-005S-3:2025-C10
CompetencyCore
Tajuk CULatihan menembak taktikal (Pistol/Revolver).
Penerangan CULatihan menembak taktikal (Pistol/Revolver) menerangkan kecekapan dalam melaksanakan pelbagai teknik dan posisi menembak taktikal menggunakan pistol/revolver untuk memberi tindak balas daripada pelbagai arah dan/atau dalam pelbagai posisi atau situasi, mengikut peraturan semasa penggunaan senjata api yang berkuat kuasa.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana posisi menembak statik hadapan (pistol / revolver), laksana posisi menembak statik berpusing (pistol/revolver), laksana posisi menembak bergerak (pistol / revolver), laksana posisi menembak statik hadapan daripada pistol/revolver dalam sarung, laksana posisi menembak statik berpusing daripada pistol/revolver dalam sarung, laksana posisi menembak bergerak daripada pistol/revolver dalam sarung, laksana posisi menembak statik hadapan bagi pistol/revolver yang disarungkan di dalam jaket/kot, laksana posisi menembak statik berpusing bagi pistol/revolver yang disarungkan di dalam jaket/kot dan laksana posisi menembak bergerak bagi pistol/revolver yang disarungkan di dalam jaket/kot.

Hasilan CU ini adalah teknik tembakan yang tepat menggunakan pistol/revolver dilaksanakan dalam pelbagai posisi dan situasi menembak, selaras dengan arahan serta prosedur penembakan yang ditetapkan.
Tempoh Latihan92
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah teknik tembakan yang tepat menggunakan pistol/revolver dilaksanakan dalam pelbagai posisi dan situasi menembak mengikut arahan serta Prosedur Menembak.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Laksana posisi menembak statik hadapan (pistol/revolver).
2. Laksana posisi menembak statik berpusing (pistol/revolver).
3. Laksana posisi menembak bergerak (pistol/revolver).
4. Laksana posisi menembak statik hadapan daripada pistol/revolver dalam sarung.
5. Laksana posisi menembak statik berpusing daripada pistol/revolver dalam sarung.
6. Laksana posisi menembak bergerak daripada pistol/revolver dalam sarung.
7. Laksana posisi menembak statik hadapan bagi pistol/revolver yang disarungkan di dalam jaket/kot.
8. Laksana posisi menembak statik berpusing bagi pistol/revolver yang disarungkan di dalam jaket/kot.
9. Laksana posisi menembak bergerak bagi pistol/revolver yang disarungkan di dalam jaket/kot.
Pra-SyaratTidak berkaitan.