Job Description (JD)
| Nama Program | PENGAWALSELIAAN PENGANGKUTAN JALAN [O841-005S-3:2025] |
|---|---|
| Kod CU | O841-005S-3:2025-C07 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | Pelaksanaan latihan fizikal |
| Penerangan CU | Pelaksanaan latihan fizikal menerangkan suatu aktiviti latihan yang melibatkan seluruh anggota badan dalam meningkatkan daya tahan otot, meningkatkan tahap kecergasan badan serta daya tahan kardiovaskular setiap pelatih. Latihan fizikal boleh dijalankan di lapangan lokasi latihan (padang kawad, padang bola, dsb), kawasan tinggi serta kawasan melibatkan elemen air (sungai, kolam, tasik, dll). Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana latihan kawad, laksana latihan tali tinggi, laksana latihan kembara halangan, laksana latihan air, laksana latihan jasmani (asas), laksana latihan seni mempertahankan diri (asas), laksana latihan medan dan laksana latihan senamrobik. Hasilan CU ini adalah memastikan peningkatan tahap disiplin, membina karakter unggul, meningkat motivasi diri, memupuk semangat kerjasama serta meningkat kefahaman dari segi keselamatan semasa menjalankan latihan fizikal. |
| Tempoh Latihan | - |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah memastikan peningkatan tahap disiplin, membina karakter unggul, meningkat motivasi diri, memupuk semangat kerjasama serta meningkat kefahaman dari segi keselamatan semasa menjalankan latihan fizikal. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Laksana latihan kawad. 2. Laksana latihan tali tinggi. 3. Laksana latihan kembara halangan. 4. Laksana latihan air. 5. Laksana latihan jasmani (asas). 6. Laksana latihan seni mempertahankan diri (asas). 7. Laksana latihan medan. 8. Laksana latihan senamrobik. |
| Pra-Syarat | Tidak berkaitan. |

