JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGAWALSELIAAN PENGANGKUTAN JALAN [O841-005S-3:2025]
Kod CUO841-005S-3:2025-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPemeriksaan bahagian atas kenderaan.
Penerangan CUPemeriksaan bahagian atas kenderaan menerangkan pemeriksaan untuk menentukan dan menilai keadaan badan kenderaan (rangka/struktur).

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan proses pemeriksaan bahagian atas kenderaan, laksana pemeriksaan bahagian atas kenderaan, laksana pengesahan perbandingan di antara penemuan fizikal dan rujukan kenderaan dan sediakan laporan pemeriksaan bahagian atas kenderaan.

Hasilan CU ini adalah memastikan keadaan bahagian atas kenderaan diperiksa dan penemuan fizikal disahkan.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah untuk pelatih mampu memastikan keadaan bahagian atas kenderaan diperiksa dan setiap penemuan fizikal disahkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sediakan proses pemeriksaan bahagian atas kenderaan.
2. Laksana pemeriksaan bahagian atas kenderaan.
3. Laksana pengesahan perbandingan di antara penemuan fizikal dan rujukan kenderaan.
Pra-SyaratTidak berkaitan.