JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGAWALSELIAAN PENGANGKUTAN JALAN [O841-005S-3:2025]
Kod CUO841-005S-3:2025-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPemeriksaan identiti kenderaan bermotor.
Penerangan CUPemeriksaan identiti kenderaan bermotor menerangkan pemeriksaan untuk pengenalan kenderaan berdasarkan nombor casis dan nombor enjin kenderaan. Kerja pemeriksaan merangkumi pengenalpastian lokasi, kejelasan, kebolehbacaan, pematuhan kriteria, serta ketulenan yang selaras dengan dokumen kenderaan yang diperlukan. Pemeriksaan ini dijalankan semasa pemeriksaan awal, rutin, pemindahan pemilikan, khas dan sewaan beli (hire purchase).

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh periksa nombor casis kenderaan bermotor, periksa nombor enjin kenderaan bermotor, periksa nombor pendaftaran kenderaan bermotor dan sahkan kesahihan nombor enjin, nombor casis dan nombor pendaftaran.

Hasilan CU ini adalah memastikan pemeriksa kenderaan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan pemeriksaan pengenalan kenderaan.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah identiti kenderaan bermotor diperiksa sebagaimana yang ditetapkan dalam dokumen pemeriksaan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Periksa nombor casis kenderaan bermotor.
2. Periksa nombor enjin kenderaan bermotor.
3. Periksa nombor pendaftaran kenderaan bermotor.
4. Sahkan kesahihan nombor enjin, nombor casis dan nombor pendaftaran.
Pra-SyaratTidak berkaitan.