JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGAWALSELIAAN PENGANGKUTAN JALAN [O841-005S-3:2025]
Kod CUO841-005S-3:2025-C03
CompetencyCore
Tajuk CULatihan asas pemanduan motokar.
Penerangan CULatihan asas pemanduan motokar menerangkan kemahiran dalam menyampaikan kandungan latihan yang berkaitan dengan pengenalan kepada komponen-komponen utama kenderaan, fungsi, lokasi dan cara asas penggunaannya.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh beri taklimat latihan asas pemanduan motokar, laksana latihan Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK), laksana latihan Rutin Sebelum Memandu (RSM), latih pengendalian alat kawalan motokar dan latih asas pemanduan motokar.

Hasilan CU ini adalah keterampilan dalam menyampaikan latihan asas pemanduan motokar secara profesional dan kemahiran pelajar melakukan RPK, RSM dan pengendalian motokar dipastikan memenuhi keperluan kurikulum pemanduan.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah keterampilan dalam menyampaikan latihan asas pemanduan motokar secara profesional dan kemahiran pelajar melakukan RPK, RSM dan pengendalian motokar dipastikan memenuhi keperluan kurikulum pemanduan

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Beri taklimat latihan asas pemanduan motokar.
2. Laksana latihan Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK).
3. Laksana latihan Rutin Sebelum Memandu (RSM).
4. Latih pengendalian alat kawalan motokar.
5. Latih asas pemanduan motokar.
Pra-SyaratTidak berkaitan.