Job Description (JD)
| Nama Program | PENGAWALSELIAAN PENGANGKUTAN JALAN [O841-005S-3:2025] |
|---|---|
| Kod CU | O841-005S-3:2025-C01 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | Latihan asas penunggangan motosikal. |
| Penerangan CU | Latihan asas penunggangan motosikal menerangkan kemahiran dalam menyampaikan kandungan latihan yang berkaitan dengan pengenalan kepada komponen-komponen utama motosikal, fungsi, lokasi dan cara asas penggunaannya. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh beri taklimat latihan asas penunggangan motosikal, laksana latihan Rutin Pemeriksaan Motosikal (RPM), laksana latihan Rutin Sebelum Menunggang (RSM), latih pengendalian alat kawalan motosikal dan latih asas penunggangan motosikal. Hasilan CU ini adalah keterampilan dalam menyampaikan latihan asas penunggangan motosikal secara profesional dan kemahiran pelajar melakukan RPM, RSM dan pengendalian motosikal dipastikan memenuhi keperluan kurikulum pemanduan. |
| Tempoh Latihan | - |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah keterampilan dalam menyampaikan latihan asas penunggangan motosikal secara profesional dan kemahiran pelajar melakukan RPK, RSM dan pengendalian motosikal dipastikan memenuhi keperluan kurikulum penunggangan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Beri taklimat latihan asas penunggangan motosikal. 2. Laksana latihan Rutin Pemeriksaan Motosikal (RPM). 3. Laksana latihan Rutin Sebelum Menunggang (RSM). 4. Latih pengendalian alat kawalan motosikal. 5. Latih asas penunggangan motosikal. |
| Pra-Syarat | Tiada berkaitan. |

