Job Description (JD)
| Nama Program | Pentadbiran Institusi Tahfiz [P853-004-3:2025] |
|---|---|
| Kod CU | P853-004-3:2025-C02 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | Laksana pemeriksaan infrastruktur dan kemudahan institusi tahfiz. |
| Penerangan CU | Laksana pemeriksaan infrastruktur dan kemudahan institusi tahfiz menerangkan proses pemantauan secara berkala terhadap kemudahan fizikal dan infrastruktur sesebuah institusi tahfiz bagi menjamin keselamatan, keselesaan serta kelestarian persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menepati piawaian. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan persediaan pemeriksaan infrastruktur dan kemudahan institusi tahfiz, periksa infrastruktur dan kemudahan institusi tahfiz dan sediakan laporan pemeriksaan infrastruktur dan kemudahan institusi tahfiz. Hasilan CU ini adalah personel yang kompeten dalam mengenal pasti keadaan kemudahan dan infrastruktur, mencadangkan tindakan penambahbaikan yang sesuai, serta memastikan infrastruktur dan kemudahan institusi berada dalam keadaan baik dan selamat. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel dapat mengenal pasti keadaan kemudahan dan infrastruktur, mencadangkan tindakan penambahbaikan yang sesuai, serta memastikan infrastruktur dan kemudahan institusi berada dalam keadaan baik dan selamat. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Lakukan persediaan pemeriksaan infrastruktur dan kemudahan institusi tahfiz. 2. Periksa infrastruktur dan kemudahan institusi tahfiz. 3. Sediakan laporan pemeriksaan infrastruktur dan kemudahan institusi tahfiz. |
| Pra-Syarat | Tidak berkenaan |

