JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPentadbiran Institusi Tahfiz [P853-004-3:2025]
Kod CUP853-004-3:2025-C05
CompetencyCore
Tajuk CULaksana pemeriksaan keselamatan dan kebersihan institusi tahfiz.
Penerangan CULaksana pemeriksaan keselamatan dan kebersihan institusi tahfiz menerangkan prosedur pemantauan aspek kebersihan dan keselamatan persekitaran asrama yang menjadi tempat tinggal utama pelajar tahfiz. Pemeriksaan berkala ini penting bagi menjamin keselesaan, kesihatan dan keselamatan pelajar serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan pemeriksaan keselamatan institusi tahfiz, lakukan pemeriksaan keselamatan dan kebersihan kemudahan keselamatan bangunan asrama, lakukan pemeriksaan keselamatan dan kebersihan kemudahan sanitasi, lakukan pemeriksaan keselamatan dan kebersihan kemudahan dewan makan dan lakukan pemeriksaan keselamatan dan kebersihan kawasan fasiliti persekitaran institusi.

Hasilan CU ini adalah personel yang kompeten dalam menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap kebersihan dan keselamatan asrama secara sistematik dan berkala, serta mampu mengemukakan cadangan penambahbaikan demi menjaga kesejahteraan pelajar dan standard pengurusan institusi tahfiz.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel dapat menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap kebersihan dan keselamatan asrama secara sistematik dan berkala, serta mampu mengemukakan cadangan penambahbaikan demi menjaga kesejahteraan pelajar dan standard pengurusan institusi tahfiz.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan pemeriksaan keselamatan institusi tahfiz.
2. Lakukan pemeriksaan keselamatan dan kebersihan kemudahan keselamatan bangunan asrama.
3. Lakukan pemeriksaan keselamatan dan kebersihan kemudahan sanitasi.
4. Lakukan pemeriksaan keselamatan dan kebersihan kemudahan dewan makan.
5. Lakukan pemeriksaan keselamatan dan kebersihan kawasan fasiliti persekitaran institusi.
Pra-SyaratTidak berkenaan