Job Description (JD)
| Nama Program | Pentadbiran Institusi Tahfiz [P853-004-3:2025] |
|---|---|
| Kod CU | P853-004-3:2025-C03 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | Laksana penyelarasan hal ehwal pelajar. |
| Penerangan CU | Laksana penyelarasan hal ehwal pelajar menerangkan proses dan keperluan penyelarasan aspek-aspek penting berkaitan urusan pelajar dalam institusi tahfiz. Hal ini melibatkan pengurusan akademik bukan hafazan, pembangunan sahsiah, kebajikan, pemakanan, penginapan, serta aktiviti kemasyarakatan yang menyumbang kepada pembentukan pelajar secara holistik. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh selaras kelas pengajian umum, selaras program ibadah pelajar, selia urusan pengambilan pelajar, urus aktiviti program kemasyarakatan, pantau urusan penyediaan makanan, susun penempatan pelajar asrama, pantau keterampilan dan disiplin pelajar serta selia urusan kebajikan pelajar. Hasilan CU ini adalah personel yang kompeten dalam melaksanakan penyelarasan hal ehwal pelajar secara sistematik, berhemah dan berkesan dalam memastikan pengurusan pelajar yang seimbang dari aspek akademik, sahsiah dan sosial selaras dengan objektif institusi tahfiz. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel dapat melaksanakan penyelarasan hal ehwal pelajar secara sistematik, berhemah dan berkesan dalam memastikan pengurusan pelajar yang seimbang dari aspek akademik, sahsiah dan sosial selaras dengan objektif institusi tahfiz. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Selaras program pengajian umum. 2. Selaras program ibadah pelajar. 3. Selia urusan pengambilan pelajar. 4. Urus aktiviti khidmat masyarakat. 5. Pantau urusan penyediaan makanan. 6. Susun penempatan pelajar asrama. 7. Pantau keterampilan dan disiplin pelajar. 8. Selia urusan kebajikan pelajar |
| Pra-Syarat | Not Available |

