Job Description (JD)
| Nama Program | Pentadbiran Institusi Tahfiz [P853-004-2:2025] |
|---|---|
| Kod CU | P853-004-2:2025-C05 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | Laksana aktiviti halaqah bacaan al-Quran Juzuk 30, 1 - 4 |
| Penerangan CU | Laksanakan aktiviti halaqah bacaan al-Quran Juzuk 30, 1 – 4 merangkumi proses memperdengarkan dan membetulkan bacaan al-Quran. Aktiviti ini melibatkan murajaah bacaan al-Quran, mendengar bacaan al-Quran, meneliti bacaan al-Quran, membetulkan bacaan al-Quran, memberi contoh bacaan yang betul serta membaca terjemahan ayat al-Quran. Semua aktiviti ini dilakukan di kalangan pentadbir dan pengajar tahfiz secara sistematik berdasarkan sukatan institusi. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kendali aktiviti halaqah al-Quran juzuk 30, 1, 2, 3 dan 4. Hasilan CU ini adalah pelatih dapat mengulang ayat-ayat al-Quran dengan betul mengikut kaedah yang ditetapkan. |
| Tempoh Latihan | 156 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel dapat mengulang ayat-ayat al-Quran dengan betul mengikut kaedah yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Kendali aktiviti halaqah al-Quran juzuk 30. 2. Kendali aktiviti halaqah al-Quran juzuk 1. 3. Kendali aktiviti halaqah al-Quran juzuk 2. 4. Kendali aktiviti halaqah al-Quran juzuk 3. 5. Kendali aktiviti halaqah al-Quran juzuk 4. |
| Pra-Syarat | Tidak berkenaan |

