Job Description (JD)
| Nama Program | Pentadbiran Institusi Tahfiz [P853-004-2:2025] |
|---|---|
| Kod CU | P853-004-2:2025-C04 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | Laksana sokongan teknikal Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan audio visual. |
| Penerangan CU | Laksana sokongan teknikal Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan audio visual merujuk kepada pelaksanaan tugas yang melibatkan penyediaan, pengendalian, penyelenggaraan serta sokongan teknikal terhadap peralatan ICT dan sistem audio visual di institusi tahfiz bagi memastikan kelancaran proses pengajaran, pembelajaran dan pengurusan harian. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kendali peralatan teknologi dan sistem audio visual, lakukan penyelarasan aktiviti penyelenggaraan peralatan ICT dan sistem audio visual dan kemas kini media sosial institusi. Hasilan CU ini adalah dapat melaksanakan tugas sokongan teknikal ICT dan sistem audio visual secara berkesan dalam persekitaran institusi tahfiz, dengan mematuhi piawaian keselamatan dan etika penggunaan teknologi. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel dapat menguasai kemahiran teknikal ICT, memastikan penyelenggaraan peralatan multimedia, serta mengurus komunikasi digital institusi dengan berkesan dan beretika. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Kendali peralatan ICT dan sistem audio visual. 2. Lakukan penyelarasan aktiviti penyelenggaraan peralatan ICT dan sistem audio visual. 3. Kemas kini media sosial institusi. |
| Pra-Syarat | Tidak berkenaan |

