JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPentadbiran Institusi Tahfiz [P853-004-2:2025]
Kod CUP853-004-2:2025-C03
CompetencyCore
Tajuk CULaksana tugasan operasi institusi tahfiz.
Penerangan CULaksana tugasan operasi institusi tahfiz menerangkan pelaksanaan pelbagai urusan pentadbiran harian yang menyokong kelangsungan pengurusan institusi tahfiz secara berstruktur, sistematik dan berintegriti. Tugas-tugas ini penting untuk memastikan operasi institusi tahfiz berjalan lancar selaras dengan peraturan pentadbiran, amalan baik pengurusan Islam dan keperluan semasa institusi pendidikan tahfiz. Individu yang melaksanakan tugasan ini perlu peka terhadap keperluan pengurusan dan bersikap profesional dalam mengurus sumber, masa dan komunikasi dalaman institusi.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sedia jadual operasi institusi tahfiz, kendali urusan dokumen kewangan institusi tahfiz, kendali aktiviti kewangan operasi institusi tahfiz, lakukan urusan sumbangan kebajikan, lakukan aktiviti keceriaan pejabat institusi tahfiz, selaras aktiviti sambutan dan protokol tetamu khas institusi tahfiz, kendali urusan fail surat menyurat dan selaras dokumen keselamatan institusi tahfiz.

Hasilan CU ini adalah tugasan operasi institusi tahfiz yang kemas, tersusun dan profesional dapat dilaksanakan bagi meningkat kecekapan pengurusan institusi tahfiz, kesejahteraan pelajar dan imej institusi.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel mampu melaksana aktiviti operasi, kewangan, sumbangan, dokumentasi dan acara rasmi institusi tahfiz secara profesional, sistematik, amanah dan beretika Islam.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sedia jadual operasi institusi tahfiz.
2. Kendali dokumen kewangan institusi tahfiz.
3. Kendali aktiviti kewangan pentadbiran institusi tahfiz .
4. Lakukan urusan sumbangan kebajikan.
5. Lakukan aktiviti keceriaan pejabat institusi tahfiz.
6. Selaras aktiviti sambutan dan protokol tetamu khas institusi tahfiz.
7. Kendali urusan fail surat menyurat.
Pra-SyaratTidak berkenaan