Job Description (JD)
| Nama Program | Pentadbiran Institusi Tahfiz [P853-004-2:2025] |
|---|---|
| Kod CU | P853-004-2:2025-C02 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | Laksana urusan khidmat pelanggan institusi tahfiz. |
| Penerangan CU | Laksana urusan khidmat pelanggan institusi tahfiz merujuk kepada pelaksanaan tugas yang melibatkan pengurusan interaksi dan hubungan yang berkesan antara pihak institusi dengan ibu bapa, pelawat, penderma, agensi luar, serta komuniti setempat. Elemen khidmat pelanggan yang beretika dan profesional amat penting dalam membina imej positif institusi, selain menjadi medium penyampaian maklumat dan penyelesaian aduan secara berhemah berasaskan nilai Islam. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan operasi kaunter hadapan institusi tahfiz, kendali komunikasi awam institusi tahfiz serta kendali pelanggan dan pelawat institusi tahfiz. Hasilan CU ini adalah perkhidmatan pelanggan pengurusan kaunter institusi tahfiz yang cekap, beretika dan responsif. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel dapat menguasai kemahiran khidmat pelanggan, komunikasi berkesan dan pengurusan kaunter secara profesional, beretika dalam pentadbiran institusi tahfiz. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Kendali kaunter hadapan institusi tahfiz. 2. Kendali komunikasi institusi tahfiz. 3. Kendali pelanggan dan pelawat institusi tahfiz. |
| Pra-Syarat | Tidak berkenaan |

