Job Description (JD)
| Nama Program | Pentadbiran Institusi Tahfiz [P853-004-2:2025] |
|---|---|
| Kod CU | P853-004-2:2025-C01 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | Laksana pengendalian dokumen pentadbiran tahfiz. |
| Penerangan CU | Laksana pengendalian dokumen pentadbiran tahfiz menerangkan tatacara sistematik bagi memastikan pengurusan dokumen di institusi tahfiz dilaksanakan dengan tersusun, kemas dan selaras dengan keperluan pentadbiran semasa. Dokumen ini melibatkan pelbagai bentuk rekod dan borang rasmi yang berkait rapat dengan operasi harian institusi, termasuk rekod pelajar, pentadbiran kakitangan, program dan aktiviti, serta dokumen kewangan. Kecekapan dalam penyelarasan dokumen amat penting bagi menjamin ketelusan tadbir urus dan sebagai asas kepada pemantauan serta audit dalaman atau luaran. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh periksa dokumen pentadbiran institusi tahfiz, lakukan penyediaan dokumen institusi tahfiz, rekod dokumen institusi tahfiz dan kemas kini maklumat dokumen institusi tahfiz. Hasilan CU ini adalah dokumen pentadbiran institusi tahfiz sistematik, lengkap, tepat dan terkini serta mematuhi prosedur pentadbiran yang ditetapkan. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel boleh mengendali dokumen pentadbiran institusi tahfiz secara sistematik, lengkap, tepat dan terkini bagi menyokong kecekapan pengurusan serta pematuhan prosedur pentadbiran yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Periksa dokumen pentadbiran institusi tahfiz. 2. Lakukan penyediaan dokumen pentadbiran institusi tahfiz. 3. Kendali perekodan dokumen pentadbiran institusi tahfiz. 4. Kemas kini maklumat dokumen pentadbiran institusi tahfiz. |
| Pra-Syarat | Tidak berkenaan |

