Job Description (JD)
| Nama Program | DAKWAH ISLAM [P854-011-3:2025] |
|---|---|
| Kod CU | P854-011-3:2025-C06 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | Laksana penilaian pasca aktiviti dakwah. |
| Penerangan CU | Laksana penilaian pasca aktiviti dakwah menerangkan aktiviti dalam menyemak, menyusun dan membentangkan penilaian pasca aktiviti dakwah yang lengkap, sistematik dan teratur. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kendali semakan rekod pelaksanaan aktiviti dakwah, sedia laporan penilaian pasca pelaksanaan aktiviti dakwah, laksana tindakan susulan penambahbaikan aktiviti dakwah. Hasilan CU ini adalah penilaian pasca aktiviti dakwah disediakan dengan lengkap, teratur dan memenuhi keperluan dokumentasi organisasi atau syarikat, sekaligus menjadi rujukan penting untuk menilai keberkesanan program dakwah, membuat penambahbaikan, serta merancang program dakwah yang lebih berkesan pada masa hadapan. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah penilaian pasca aktiviti dakwah disediakan dengan lengkap, teratur dan memenuhi keperluan dokumentasi organisasi atau syarikat, sekaligus menjadi rujukan penting untuk menilai keberkesanan program dakwah, membuat penambahbaikan, serta merancang program dakwah yang lebih berkesan pada masa hadapan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Kendali semakan rekod pelaksanaan aktiviti dakwah. 2. Sedia laporan penilaian pasca pelaksanaan aktiviti dakwah. 3. Laksana tindakan susulan penambahbaikan aktiviti dakwah. |
| Pra-Syarat | Tiada. |

