JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramDAKWAH ISLAM [P854-011-3:2025]
Kod CUP854-011-3:2025-C04
CompetencyCore
Tajuk CULaksana penyampaian dakwah mengikut wasilah (mubtadi).
Penerangan CULaksana penyampaian dakwah mengikut wasilah (mubtadi) menerangkan aktiviti dalam merancang, mengurus, melaksanakan, dan menilai aktiviti dakwah dengan menggunakan pelbagai wasilah (medium) yang sesuai dan berkesan untuk menyampaikan mesej Islam kepada khalayak prospek. Contoh wasilah yang bersesuaian pada tahap ini adalah bersemuka (sehala), dalam talian dan media sosial (perkongsian semula, copy writing).

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti wasilah dakwah, sedia kelengkapan wasilah dakwah dan sampaikan dakwah berdasarkan wasilah.

Hasilan CU ini adalah aktiviti dakwah dilaksanakan secara teratur, kreatif dan berkesan dengan penggunaan wasilah yang bersesuaian, menghasilkan penyampaian mesej dakwah yang lebih mudah difahami, menarik minat, serta mampu memberi kesan positif terhadap pemikiran, sikap dan amalan prospek dakwah.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah aktiviti dakwah dilaksanakan secara teratur, kreatif dan berkesan dengan penggunaan wasilah yang bersesuaian, menghasilkan penyampaian mesej dakwah yang lebih mudah difahami, menarik minat serta mampu memberi kesan positif terhadap pemikiran, sikap dan amalan prospek dakwah.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti wasilah dakwah.
2. Sedia kelengkapan wasilah dakwah.
3. Sampaikan dakwah berdasarkan wasilah.
Pra-SyaratTiada.