JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramDAKWAH ISLAM [P854-011-3:2025]
Kod CUP854-011-3:2025-C03
CompetencyCore
Tajuk CULaksana penyampaian dakwah mengikut uslub (mubtadi).
Penerangan CULaksana penyampaian dakwah mengikut uslub (mubtadi) menerangkan aktiviti dalam merancang, menyusun, melaksanakan, dan menilai aktiviti dakwah dengan menggunakan pendekatan atau gaya penyampaian (uslub) yang sesuai dengan latar belakang, keperluan, tahap pemahaman dan sensitiviti prospek dakwah. Contoh uslub dakwah untuk tahap ini adalah seni, penulisan, tazkirah ringkas, ziarah, usrah, riadah, latihan amali dan pemberian hadiah.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti uslub dakwah, sediakan kandungan dakwah dan laksana uslub dakwah yang bersesuaian.

Hasilan CU ini adalah program dakwah dilaksanakan secara teratur, menarik dan berkesan dengan penggunaan uslub yang bersesuaian, menghasilkan penyampaian mesej dakwah yang difahami, diterima, dan mampu memberi kesan positif kepada pemikiran, sikap serta amalan prospek dakwah.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah program dakwah dilaksanakan secara teratur, menarik dan berkesan dengan penggunaan uslub yang bersesuaian, menghasilkan penyampaian mesej dakwah yang difahami, diterima dan mampu memberi kesan positif kepada pemikiran, sikap serta amalan prospek dakwah.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti uslub dakwah.
2. Sediakan kandungan dakwah.
3. Laksana uslub dakwah.
Pra-SyaratTiada.