JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramDAKWAH ISLAM [P854-011-3:2025]
Kod CUP854-011-3:2025-C02
CompetencyCore
Tajuk CUBina hubungan dengan prospek dakwah.
Penerangan CUBina hubungan dengan prospek dakwah menerangkan berkenaan aktiviti mendekati, berhubung dan membina hubungan baik dengan individu atau kumpulan sasaran yang berpotensi menerima, mendalami atau menyokong aktiviti dakwah.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh semak latar belakang prospek dakwah, laksana hubungan dengan pihak berkepentingan, laksana tinjauan awal prospek dakwah dan laksana publisiti aktiviti dakwah.

Hasilan CU ini adalah hubungan dengan prospek dakwah terjalin secara positif dan berkesan, mewujudkan suasana saling menghormati dan percaya, serta menarik minat prospek untuk menerima, mendalami atau menyokong mesej dakwah, seterusnya membantu mencapai matlamat dakwah yang lebih meluas dan berkesan selaras dengan tuntutan syarak.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah perhubungan dengan prospek dakwah terjalin secara positif dan berkesan, mewujudkan suasana saling menghormati dan percaya, serta menarik minat prospek untuk menerima, mendalami atau menyokong mesej dakwah, seterusnya membantu mencapai matlamat dakwah yang lebih meluas dan berkesan selaras dengan tuntutan syarak.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Semak latar belakang prospek dakwah.
2. Laksana hubungan dengan pihak berkepentingan.
3. Laksana tinjauan awal prospek dakwah.
4. Laksana publisiti aktiviti dakwah.
Pra-SyaratTiada.