JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramDAKWAH ISLAM [P854-011-4:2025]
Kod CUP854-011-4:2025-C05
CompetencyCore
Tajuk CULaksana pemantauan prospek dakwah.
Penerangan CULaksana pemantauan prospek dakwah menerangkan aktiviti pemantauan secara berterusan dan sistematik ke atas individu atau kumpulan yang dikenal pasti sebagai prospek dakwah, bagi memastikan kesinambungan bimbingan, sokongan dan perkembangan positif mereka dalam memahami serta menghayati ajaran Islam.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti keperluan kepada pemantauan, rancang aktiviti pemantauan dakwah dan laksana aktiviti pemantauan dakwah.

Hasilan CU ini adalah pemantauan terhadap prospek dakwah dilaksanakan secara teratur dan berterusan, menghasilkan maklumat yang tepat dan berguna untuk merangka tindakan susulan yang lebih bersesuaian, seterusnya memastikan prospek dakwah menerima bimbingan dan sokongan yang berterusan serta meningkatkan keberkesanan usaha dakwah secara menyeluruh dan berhikmah.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pemantauan terhadap prospek dakwah dilaksanakan secara teratur dan berterusan, menghasilkan maklumat yang tepat dan berguna untuk merangka tindakan susulan yang lebih bersesuaian, seterusnya memastikan prospek dakwah menerima bimbingan dan sokongan yang berterusan serta meningkatkan keberkesanan usaha dakwah secara menyeluruh dan berhikmah.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti keperluan kepada pemantauan.
2. Rancang aktiviti pemantauan dakwah.
3. Laksana aktiviti pemantauan dakwah.
Pra-SyaratTiada.