Job Description (JD)
| Nama Program | DAKWAH ISLAM [P854-011-4:2025] |
|---|---|
| Kod CU | P854-011-4:2025-C04 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | Laksana penyelarasan bimbingan dan sokongan dakwah pada prospek dakwah. |
| Penerangan CU | Laksana penyelarasan bimbingan dan sokongan dakwah pada prospek dakwah menerangkan kecekapan dalam menyelaras pelaksanaan aktiviti bimbingan dan sokongan dakwah secara sistematik dan berterusan kepada individu atau kumpulan yang dikenal pasti sebagai prospek dakwah. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh senarai keperluan prospek berdasarkan penilaian awalan, kenal pasti pihak berkepentingan berkaitan dan selaras keperluan dengan pihak berkepentingan berkaitan. Hasilan CU ini adalah penyelarasan bimbingan dan sokongan dakwah dilaksanakan dengan teratur lengkap, dan bersesuaian serta mengikut keperluan prospek dakwah. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah penyelarasan bimbingan dan sokongan dakwah dilaksanakan dengan teratur lengkap, dan bersesuaian serta mengikut keperluan prospek dakwah. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Senarai keperluan prospek berdasarkan penilaian awalan. 2. Kendali perhubungan dengan pihak berkepentingan berkaitan. 3. Selaras keperluan dengan pihak berkepentingan berkaitan. |
| Pra-Syarat | Tiada. |

