JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramDAKWAH ISLAM [P854-011-4:2025]
Kod CUP854-011-4:2025-C03
CompetencyCore
Tajuk CULaksana penyampaian dakwah mengikut wasilah (mutawassit).
Penerangan CULaksana penyampaian dakwah mengikut wasilah (mutawassit) menerangkan kecekapan dalam merancang, melaksanakan, dan menilai program dakwah dengan menggunakan pelbagai wasilah (medium atau saluran) yang tepat, berkesan, dan selaras dengan kehendak syarak serta keperluan propek dakwah. Contoh wasilah yang bersesuaian pada tahap ini adalah bersemuka (dua hala), dalam talian (dua hala) dan media sosial (siaran langsung).

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti wasilah dakwah, sedia kelengkapan wasilah dakwah dan sampaikan dakwah berdasarkan wasilah.

Hasilan CU ini adalah aktiviti dakwah dilaksanakan secara teratur, kreatif, dan berkesan dengan penggunaan wasilah yang bersesuaian, menghasilkan penyampaian mesej dakwah yang lebih mudah difahami, menarik minat, serta mampu memberi kesan positif terhadap pemikiran, sikap, dan amalan prospek dakwah.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah aktiviti dakwah dilaksanakan secara teratur, kreatif, dan berkesan dengan penggunaan wasilah yang bersesuaian, menghasilkan penyampaian mesej dakwah yang lebih mudah difahami, menarik minat, serta mampu memberi kesan positif terhadap pemikiran, sikap dan amalan prospek dakwah.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti wasilah dakwah.
2. Sedia kelengkapan wasilah dakwah.
3. Sampaikan dakwah berdasarkan wasilah.
Pra-SyaratTiada.