Job Description (JD)
| Nama Program | DAKWAH ISLAM [P854-011-4:2025] |
|---|---|
| Kod CU | P854-011-4:2025-C02 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | Laksana penyampaian dakwah mengikut uslub (mutawassit). |
| Penerangan CU | Laksana penyampaian dakwah mengikut uslub (mutawassit) menerangkan aktiviti dalam merancang, melaksanakan, dan menilai aktiviti dakwah dengan mengaplikasikan pelbagai uslub (gaya atau pendekatan penyampaian) yang sesuai, berkesan dan berhikmah selaras dengan kehendak syarak serta keperluan dan latar belakang khalayak prospek dakwah. Contoh uslub dakwah untuk tahap ini adalah ceramah, forum, seni, penulisan, tazkirah ringkas, ziarah, usrah, riadah, latihan amali dan pemberian hadiah. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti uslub dakwah, sediakan kandungan dakwah dan laksana uslub dakwah. Hasilan CU ini adalah aktiviti dakwah dilaksanakan dengan teratur dan berkesan menggunakan uslub yang bersesuaian, menghasilkan penyampaian mesej dakwah yang lebih mudah difahami, diterima, serta mampu memberi kesan positif terhadap pemikiran, emosi dan tingkah laku prospek dakwah. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah aktiviti dakwah dilaksanakan dengan teratur dan berkesan menggunakan uslub yang bersesuaian, menghasilkan penyampaian mesej dakwah yang lebih mudah difahami, diterima, serta mampu memberi kesan positif terhadap pemikiran, emosi dan tingkah laku prospek dakwah. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Kenal pasti uslub dakwah. 2. Sediakan kandungan dakwah. 3. Laksana uslub dakwah. |
| Pra-Syarat | Tiada. |

