Job Description (JD)
| Nama Program | DAKWAH ISLAM [P854-011-4:2025] |
|---|---|
| Kod CU | P854-011-4:2025-C01 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | Laksana perancangan aktiviti dakwah. |
| Penerangan CU | Laksana perancangan aktiviti dakwah menerangkan aktiviti dalam merancang secara komprehensif, sistematik dan berstrategi pelaksanaan aktiviti dakwah yang melibatkan pelbagai aktiviti, sumber dan pihak berkepentingan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh semak perancangan aktiviti dakwah, selaras perancangan aktiviti dakwah dengan panduan dakwah berkaitan dan selia pengendalian maklum balas pelaksanaan aktiviti dakwah. Hasilan CU ini adalah perancangan dakwah yang teratur, komprehensif dan bersifat strategik disediakan dengan lengkap, menjadi panduan praktikal kepada pelaksanaan program dakwah yang lebih sistematik, profesional dan selaras dengan tuntutan syarak serta keperluan semasa. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah perancangan dakwah yang teratur, komprehensif dan bersifat strategik disediakan dengan lengkap, menjadi panduan praktikal kepada pelaksanaan program dakwah yang lebih sistematik, profesional dan selaras dengan tuntutan syarak serta keperluan semasa. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Semak perancangan aktiviti dakwah. 2. Selaras perancangan aktiviti dakwah dengan panduan dakwah berkaitan. 3. Selia pengendalian maklum balas pelaksanaan aktiviti dakwah. |
| Pra-Syarat | Tiada. |

