JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramDAKWAH ISLAM [P854-011-5:2025]
Kod CUP854-011-5:2025-C07
CompetencyCore
Tajuk CULaksana penyelarasan kader dakwah.
Penerangan CULaksana penyelarasan kader dakwah menerangkan aktiviti menyelaras proses mengenal pasti kader, pelaksanaan mentoring, serta pengurusan data prestasi dan perkembangan kader secara sistematik. Pelaksanaan ini dilakukan dengan kebolehan membuat keputusan yang kompleks, memberikan bimbingan kepada orang lain, serta memimpin penambahbaikan berasaskan penilaian impak.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti kader dakwah yang disenaraikan, mentor kader dakwah mengikut keperluan dan kendali data mentoring kader dakwah.

Hasilan CU ini adalah proses penyelarasan kader dakwah dilaksanakan secara strategik dan tersusun dan berkualiti tinggi, meliputi pemilihan, pemantauan, mentoring, dan pelaporan kader serta memastikan sistem kaderisasi berjalan secara mampan dan berkesan dalam menyokong misi dan visi dakwah organisasi serta memenuhi keperluan semasa masyarakat.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah proses penyelarasan kader dakwah dilaksanakan secara strategik dan tersusun dan berkualiti tinggi, meliputi pemilihan, pemantauan, mentoring, dan pelaporan kader serta memastikan sistem kaderisasi berjalan secara mampan dan berkesan dalam menyokong misi dan visi dakwah organisasi serta memenuhi keperluan semasa masyarakat.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti kader dakwah yang disenaraikan.
2. Mentor kader dakwah mengikut keperluan.
3. Kendali data mentoring kader dakwah.
Pra-SyaratTiada.