JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramDAKWAH ISLAM [P854-011-5:2025]
Kod CUP854-011-5:2025-C06
CompetencyCore
Tajuk CULaksana susulan prospek dakwah.
Penerangan CULaksana susulan prospek dakwah menerangkan aktiviti dalam merancang, melaksanakan, menyelaras, serta menilai aktiviti susulan terhadap individu atau kumpulan yang dikenal pasti sebagai prospek dakwah, dengan pendekatan yang strategik, sistematik dan berkesan. Contoh aktiviti susulan adalah lawatan peribadi, komunikasi digital, pertemuan berkala, sesi kaunseling atau aktiviti sosial yang berteraskan nilai Islam.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti keperluan kepada susulan dakwah, rancang aktiviti susulan dakwah dan laksana aktiviti susulan dakwah.

Hasilan CU ini adalah tindakan susulan terhadap prospek dakwah dilaksanakan secara profesional, strategik, dan berkesan, menghasilkan hubungan yang berterusan, meningkatkan tahap kefahaman dan komitmen prospek terhadap Islam, serta membina jaringan sokongan yang menyeluruh untuk membantu prospek mengatasi cabaran yang dihadapi.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah tindakan susulan terhadap prospek dakwah dilaksanakan secara profesional, strategik, dan berkesan, menghasilkan hubungan yang berterusan, meningkatkan tahap kefahaman dan komitmen prospek terhadap Islam, serta membina jaringan sokongan yang menyeluruh untuk membantu prospek mengatasi cabaran yang dihadapi.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti keperluan susulan dakwah.
2. Rancang aktiviti susulan dakwah.
3. Laksana aktiviti susulan dakwah.
Pra-SyaratTiada.