JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramDAKWAH ISLAM [P854-011-5:2025]
Kod CUP854-011-5:2025-C04
CompetencyCore
Tajuk CULaksana penyampaian dakwah mengikut wasilah (mutakadim).
Penerangan CULaksana penyampaian dakwah mengikut wasilah (mutakadim) menerangkan aktiviti dalam merancang, membangun, melaksanakan, dan menilai program dakwah secara strategik dengan penggunaan pelbagai wasilah (saluran atau medium) yang sesuai, inovatif, dan berkesan, selaras dengan kehendak syarak serta keperluan masyarakat semasa. Contoh wasilah di tahap ini adalah bersemuka (dua hala), dalam talian (dua hala), media sosial (siaran langsung), media konvensional dan media cetak.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti wasilah (medium) dakwah, sedia kelengkapan wasilah dakwah dan sampaikan dakwah berdasarkan wasilah.

Hasilan CU ini adalah aktiviti dakwah dilaksanakan secara strategik, inovatif, dan berkesan dengan penggunaan wasilah yang bersesuaian, menghasilkan penyampaian mesej dakwah yang lebih kreatif, mudah difahami, serta memberi impak positif yang mendalam terhadap pemikiran, sikap dan amalan prospek.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah aktiviti dakwah dilaksanakan secara strategik, inovatif, dan berkesan dengan penggunaan wasilah yang bersesuaian, menghasilkan penyampaian mesej dakwah yang lebih kreatif, mudah difahami, serta memberi impak positif yang mendalam terhadap pemikiran, sikap, dan amalan khalayak sasaran.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti wasilah dakwah.
2. Sedia kelengkapan wasilah dakwah.
3. Sampaikan dakwah berdasarkan wasilah.
Pra-SyaratTiada.