Job Description (JD)
| Nama Program | DAKWAH ISLAM [P854-011-5:2025] |
|---|---|
| Kod CU | P854-011-5:2025-C03 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | Laksana penyampaian dakwah mengikut uslub (mutakadim) |
| Penerangan CU | Laksana penyampaian dakwah mengikut uslub (mutakadim) aktiviti dalam merancang, membangun, melaksanakan, dan menilai program dakwah secara strategik dengan penggunaan pelbagai uslub (kaedah atau pendekatan penyampaian) yang bersesuaian, inovatif, dan berkesan, selaras dengan prinsip syarak dan keperluan semasa masyarakat. Contoh uslub untuk tahap ini adalah dialog, munazarah, mujadalah, pidato, dakwah lapangan, ceramah, forum, seni, penulisan, tazkirah ringkas, ziarah, usrah, riadah, latihan amali dan pemberian hadiah. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti uslub dakwah, sediakan kandungan dakwah dan laksana uslub dakwah. Hasilan CU ini adalah aktiviti dakwah dilaksanakan secara strategik, inovatif, dan berkesan menggunakan uslub yang bersesuaian dengan konteks khalayak, menghasilkan penyampaian mesej dakwah yang lebih mendalam, difahami, diterima baik, serta memberi kesan positif terhadap pemikiran, emosi, dan tingkah laku prospek dakwah. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah aktiviti dakwah dilaksanakan secara strategik, inovatif, dan berkesan menggunakan uslub yang bersesuaian dengan konteks khalayak, menghasilkan penyampaian mesej dakwah yang lebih mendalam, difahami, diterima baik, serta memberi kesan positif terhadap pemikiran, emosi, dan tingkah laku prospek dakwah. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Kenal pasti uslub dakwah. 2. Sediakan kandungan dakwah. 3. Laksana uslub dakwah. |
| Pra-Syarat | Tiada. |

