JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramDAKWAH ISLAM [P854-011-5:2025]
Kod CUP854-011-5:2025-C02
CompetencyCore
Tajuk CULaksana literasi undang-undang dakwah.
Penerangan CULaksana literasi undang-undang dakwah menerangkan aktiviti menganalisis secara mendalam, menginterpretasi, dan mengaplikasi peruntukan undang-undang serta peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan dakwah di peringkat negeri dan kebangsaan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti undang – undang dan bidang kuasa dakwah, jalin kerjasama dengan pihak berkuasa tertentu dan laksana aktiviti dakwah.

Hasilan CU ini adalah literasi undang-undang dakwah dilaksanakan secara komprehensif, profesional dan strategik, memastikan semua aktiviti dakwah berjalan dalam kerangka undang-undang yang sah, mengurangkan risiko perundangan, melindungi reputasi organisasi, serta membolehkan mesej dakwah disampaikan secara berhikmah, berkesan dan mematuhi prinsip syarak serta peraturan negara.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah literasi undang-undang dakwah dilaksanakan secara komprehensif, profesional dan strategik, memastikan semua aktiviti dakwah berjalan dalam kerangka undang-undang yang sah, mengurangkan risiko perundangan, melindungi reputasi organisasi, serta membolehkan mesej dakwah disampaikan secara berhikmah, berkesan dan mematuhi prinsip syarak serta peraturan negara.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti undang – undang dan bidang kuasa dakwah.
2. Jalin kerjasama dengan pihak berkuasa tertentu.
3. Laksana aktiviti dakwah.
Pra-SyaratTiada.