Job Description (JD)
| Nama Program | DAKWAH ISLAM [P854-011-5:2025] |
|---|---|
| Kod CU | P854-011-5:2025-C01 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | Bina perancangan aktiviti dakwah. |
| Penerangan CU | Bina perancangan aktiviti dakwah menerangkan aktiviti dalam merangka dan membangun perancangan dakwah yang menyeluruh, sistematik dan strategik, berasaskan analisis mendalam terhadap pelbagai faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi keberkesanan dakwah. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti objektif dakwah, kenal pasti aktiviti dakwah dan rangka perancangan aktiviti dakwah. Hasilan CU ini adalah perancangan aktiviti dakwah dibangunkan secara menyeluruh dan berpandukan analisis yang komprehensif, menyediakan panduan strategik yang mantap untuk pelaksanaan dakwah yang lebih berkesan, relevan, dan mengikut peredaran zaman. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah perancangan aktiviti dakwah dibangunkan secara menyeluruh dan berpandukan analisis yang komprehensif, menyediakan panduan strategik yang mantap untuk pelaksanaan dakwah yang lebih berkesan, relevan dan mengikut peredaran zaman. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Kenal pasti objektif dakwah. 2. Kenal pasti aktiviti dakwah. 3. Rangka perancangan aktiviti dakwah. |
| Pra-Syarat | Tiada. |

