JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGAJARAN TAHFIZ [P853-003-3:2025]
Kod CUP853-003-3:2025-E01
CompetencyElektif
Tajuk CULAKSANA PENGAJARAN TARANNUM MURATTAL
Penerangan CULaksana Pengajaran Tarannum Murattal menerangkan tentang proses penyampaian ilmu tarannum kepada pelajar yang meliputi pengajaran konsep asas ilmu tarannum, hukum bacaan bertarannum, jenis-jenis tarannum, serta pengenalan kepada thobaqot suara. CU ini juga melibatkan pelaksanaan pengajaran tarannum Hijaz dan Nahawand secara murattal, termasuk memperdengarkan, menyemak, membetulkan dan mengesahkan bacaan al-Quran pelajar mengikut ciri-ciri tarannum setiap aliran, ketepatan alunan, tempo bacaan, variasi nada, tanda waqaf, makhraj huruf serta piawaian mushaf Rasm Uthmani.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sampaikan pengajaran pengenalan ilmu tarannum, sampaikan pengajaran tarannum hijaz murattal dan sampaikan pengajaran tarannum nahawand murattal.

Hasilan CU ini adalah pengajaran ilmu tarannum, bacaan al-Quran bertarannum, pembetulan bacaan, serta rekod pencapaian penguasaan ilmu tarannum pelajar yang tepat, sahih, mengikut piawaian mushaf Rasm Uthmani serta hukum tajwid, dan selaras dengan sukatan pengajaran ilmu tarannum yang ditetapkan oleh institusi.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat melaksanakan sesi pengajaran ilmu tarannum, bacaan al-Quran bertarannum, pembetulan bacaan, serta rekod pencapaian penguasaan ilmu tarannum pelajar yang tepat, sahih, mengikut piawaian Mushaf Rasm Uthmani serta hukum tajwid, dan selaras dengan sukatan pengajaran ilmu tarannum yang ditetapkan oleh institusi.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sampaikan pengajaran pengenalan ilmu tarannum.
2. Sampaikan pengajaran tarannum hijaz murattal.
3. Sampaikan pengajaran tarannum nahawand murattal.
Pra-SyaratTidak Berkenaan