Job Description (JD)
| Nama Program | PENGAJARAN TAHFIZ [P853-003-3:2025] |
|---|---|
| Kod CU | P853-003-3:2025-C07 |
| Competency | Core |
| Tajuk CU | LAKSANA PENGAJARAN ADAB HAMALATUL QURAN |
| Penerangan CU | laksana pengajaran adab Hamalatul quran menerangkan proses mengenal pasti ukatan pelajaran, menyediakan bahan bantu mengajar, serta melaksanakan sesi pengajaran adab Mualim , Mutaalim, dan Penghafaz al-Quran. CU ini juga melibatkan penyampaian pengertian adab, penghuraian ciri-ciri adab, pemberian contoh teladan, galakan amalan adab dalam kehidupan seharian, serta mengumpul maklum balas pelajar. Selain itu, CU ini merangkumi penggunaan peralatan PdP yang sesuai dan pembetulan sebarang kesalahan penguasaan adab oleh pelajar berdasarkan sukatan institusi, prinsip hukum tajwid, dan piawaian mushaf Rasm Uthmani. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sampaikan pengajaran adab Mualim al-quran, sampaikan pengajaran adab mutaallim al-quran, sampaikan pengajaran adab penghafaz al-quran, sampaikan pengajaran akhlak dan laksana aktiviti di luar bilik darjah. Hasilan CU ini adalah adalah sesi pengajaran adab Hamalatul Quran yang lengkap, tepat, sahih, dan dilaksanakan mengikut sukatan institusi, piawaian mushaf Rasm Uthmani, prinsip hukum tajwid, dan nilai-nilai Islam, dengan maklum balas pelajar direkodkan secara sistematik. |
| Tempoh Latihan | 0 |
| Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat melaksanakan sesi pengajaran adab Hamalatul Quran yang lengkap, tepat, sahih mengikut sukatan institusi, piawaian mushaf Rasm Uthmani, prinsip hukum tajwid, dan nilai-nilai Islam, dengan maklum balas pelajar direkodkan secara sistematik. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Sampaikan pengajaran adab Mualim al-Quran. 2. Sampaikan pengajaran adab mutaallim al-Quran. 3. Sampaikan pengajaran adab penghafaz al-Quran. 4. Sampaikan pengajaran akhlak. 5. Laksana aktiviti di luar bilik darjah. |
| Pra-Syarat | Tidak Berkenaan |

