JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGAJARAN TAHFIZ [P853-003-3:2025]
Kod CUP853-003-3:2025-C06
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENGAJARAN ASAS FARDU AIN
Penerangan CULaksana Pengajaran Asas Fardu Ain menerangkan proses mengenal pasti topik sukatan pelajaran, menyediakan jadual pengajaran, bahan bantu mengajar, serta melaksanakan sesi pengajaran ilmu Tauhid, dan Fiqh (taharah, solat, puasa) mengikut keperluan pengajaran, hukum tajwid, dan Mazhab Shafie. CU ini juga melibatkan penyampaian pengertian, penghuraian kandungan, pembetulan kesilapan pengajaran, penggunaan peralatan PdP yang sesuai, serta pengumpulan maklum balas pelajar berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh institusi.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sampaikan pengajaran tauhid ilahiyyat, sampaikan pengajaran tauhid Nubuwwat , sampaikan pengajaran tauhid Sam’iyyat, sampaikan pengajaran fiqh taharah, sampaikan pengajaran fiqh solat dan sampaikan pengajaran fiqh puasa.

Hasilan CU ini adalah sesi pengajaran Fardu Ain yang lengkap, tepat, sahih, dan dilaksanakan mengikut sukatan pelajaran institusi, prinsip hukum tajwid, piawaian Mazhab Shafie, dengan maklum balas pelajar direkodkan secara sistematik.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat melaksanakan sesi pengajaran Fardu Ain yang lengkap, tepat, sahih mengikut sukatan pelajaran institusi, prinsip hukum tajwid, piawaian Mazhab Shafie dengan maklum balas pelajar direkodkan secara sistematik.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sampaikan pengajaran tauhid ilahiyyat.
2. Sampaikan pengajaran tauhid Nubuwwat .
3. Sampaikan pengajaran tauhid Sam’iyyat.
4. Sampaikan pengajaran fiqh taharah.
5. Sampaikan pengajaran fiqh solat.
6. Sampaikan pengajaran fiqh puasa.
Pra-SyaratTidak Berkenaan