JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGAJARAN TAHFIZ [P853-003-3:2025]
Kod CUP853-003-3:2025-C04
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PENGAJARAN HAFAZAN (JUZUK 3, 4, & 5)
Penerangan CUMelaksanakan pengajaran hafazan (Juzuk 3, 4 & 5) menerangkan tentang proses proses mengenal pasti sukatan surah atau ayat hafazan, menentukan tahap penguasaan pelajar, memilih kaedah hafazan yang sesuai, serta menyusun jadual hafazan. CU ini juga merangkumi pelaksanaan aktiviti tasmik, tahsin, tahriri dan penilaian hafazan serta penulisan, termasuk membetulkan kesalahan bacaan, penulisan dan hafazan, memastikan ketepatan bacaan mengikut hukum tajwid, tanda waqaf, makhraj huruf serta piawaian mushaf Rasm Uthmani. Selain itu, CU ini melibatkan pemantauan dan rekod pencapaian hafazan pelajar secara sistematik berdasarkan sukatan hafazan institusi.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh rancang pengajaran hafazan (juzuk 3, 4 & 5), laksana aktiviti tahsin (juzuk 3, 4 & 5), laksana aktiviti tahriri (juzuk 3, 4 & 5), laksana aktiviti tasmik (juzuk 3, 4 & 5) dan laksana penilaian hafazan dan penulisan (juzuk 3, 4 & 5).

Hasilan CU ini adalah bacaan, hafazan, penulisan, dan rekod pencapaian hafazan pelajar yang tepat, sahih, mengikut sukatan hafazan institusi, piawaian mushaf Rasm Uthmani, prinsip hukum tajwid, dan direkodkan secara sistematik
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat memahami, menghayati, dan menghafal ayat-ayat al-Quran dengan betul mengikut kaedah yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Rancang pengajaran hafazan (juzuk 3, 4, & 5).
2. Laksana aktiviti tahsin (juzuk 3, 4, & 5).
3. Laksana aktiviti tahriri (juzuk 3, 4, & 5).
4. Laksana aktiviti tasmik (juzuk 3, 4, & 5).
5. Laksana penilaian hafazan dan penulisan (juzuk 3, 4, & 5).
Pra-SyaratTidak Berkenaan